web analytics

Perihal Rawatan Alternatif Islam Kami

Rawatan alternatif Islam kami bermula pada tahun 1999. Fokus rawatan ketika itu ialah untuk mereka yang mengidap penyakit yang berkaitan dengan jin (hantu). Pada akhir tahun 2010, kami meluaskan skop rawatan alternatif Islam kami untuk pesakit yang penyakitnya perlu dirawat oleh doktor perubatan. Selain itu, rawatan kecantikan setara dengan penggunaan collagen dan pengurangan lemak dalam badan juga ada kami lakukan untuk mereka yang berminat dalam perkara itu. Sejumlah penyakit yang telah berjaya kami rawat dengan izin Allah ada disenaraikan dalam menu boleh rawat.

Ketahuilah bahawa perubatan alternatif kami adalah rawatan kesihatan alternatif perubatan moden..

Kebanyakan pesakit yang datang ke kami mempunyai gabungan masalah yang berkaitan dengan jin dan juga kesihatan. Oleh itu, apa yang kami lakukan untuk setiap pesakit yang datang, kami akan scan dulu walaupun pesakit kata dia sakit itu atau ini. Dari situ barulah tatacara rawatan dilaksanakan. Dengan kata lain, kami merawat berpandukan kepada keadaan kesihatan pesakit. Bukan teka-teka saja. Kami mahu pesakit sihat dan boleh meneruskan kehidupan harian sesempurna mungkin..

Scan terbahagi kepada dua iaitu scan kesihatan dan scan hantu. Sekiranya kami dapati dalam badan pesakit ada hantu, kami akan cadangkan supaya halau hantu dulu, baru buat rawatan kesihatan. Walau bagaimanapun, untuk pesakit yang keadaannya terlalu lemah atau uzur, kami akan syorkan supaya hantu itu ditidurkan untuk sementara waktu (biasanya boleh bertahan hampir seminggu) dan terus buat rawatan kesihatan. Jadi, dengan cara ini pesakit akan cepat segar walaupun bukan 100%. Jadi bila dah agak sihat, urusan menghalau hantu boleh dilakukan bila-bila masa kemudian.

Kaedah rawatan kesihatan kami lain daripada yang lain. Segala peralatan dan ubat semuanya tidak kelihatan dengan mata kasar kecuali orang tertentu yang memang boleh nampak sesuatu yang orang biasa tak boleh nampak. Ramai juga yang merujuk rawatan begini sebagai keadah kebatinan ataupun ilmu batin. Rujukan itu sebenanya tidak tepat sebab kami tidak mengguna khidmat jin sama sekali. Apapun namanya, yang penting kaedah kami dah berjaya menyembuhkan ramai pesakit dengan izin Allah dan tidak menyimpang daripada Islam.

Kami tidak membekalkan sebarang ubat tradisional ataupun herba – hanya air. Dalam air itu, kami mohon kepada Allah “ubat tak nyata” yang setara dan lebih baik daripada ubat doktor ataupun farmasi serta 100% tiada kesan sampingan. Ada juga pesakit yang datang ke rawatan alternatikami hanya untuk mengambil air ubat sebagai ganti kepada ubat, supplement atau vitamin yang biasa mereka guna sebelum berubat dengan kami.

Terus terang, rawatan kesihatan yang kami laksanakan ialah rawatan alternatif Islam dan tidak menyimpang daripada Islam. Kami TIDAK menggunakan khidmat JIN sama sekali. Ini kerana kami takut dan akur dengan perintah ALLAH supaya tidak berbaik dengan mereka [sila rujuk ayat 50 surah al-Kahfi dan ayat 60 surah Ya Sin] – malah Allah perintah kita supaya memusuhi mereka tanpa tolak ansur [ayat 6 surah Fatir]. Kami memohon terus kepada Allah. Samada pesakit akan sembuh ataupun tidak, itu bukan kami yang menentukan. Kami lemah & da’if – tiada kuasa apa-apa, hanya Allah yang berkuasa atas segalanya. Tugas kami sebagai perawat rawatan alternatif perubatan Islam ialah memohon semuga ada rahmat Allah untuk pesakit agar penyakit yang dideritai pesakit beransur pulih. Kalau tak sembuh sepenuhnyapun, akan ringan dan selesa daripada biasa. Mudah-mudahan dengan keadaan itu pesakit akan dapat melakukan tugas harian dan ibadah yang lebih sempurna kepada Allah. Insya Allah!

Inilah serba ringkas tentang rawatan kesihatan di pusat rawatan alternatif Islam kami. Semuga bermanfaat untuk anda!

Sila telefon kami jika berminat untuk berubat.

XML Sitemap · Disclaimer · Privacy Policy · Terms Of Use
© Hak Cipta Terpelihara 2014 - 2024 · Pusat Rawatan Alternatif Dr Rasid & Nazar – Perubatan Islam Tanpa Ubat ·