web analytics

pendinding, gangguan jin, saka & sihir

Jom buang saka keturunan anda

jom buang saka keturunan

saka tak guna – jom buang saka keturunan anda seberapa segera dengan kami!

Jom buang saka keturunan anda seberapa segera! Ianya menyusahkan, kebaikannya tak ketarapun! Tak payahlah nak mengundang masalah dan musibah. Bina keluarga bahgia lebih baik lagi. Lainlah halnya jika berhajat nak jadi nombor SATU dalam beberapa perkara, nak cari musuh, nak jaga tepi kain orang atau menundukkan orang dan haiwan. Namun begitu, lambat laun, fikiran akan jadi kusut, bercelaru dan kerap dipengaruhi untuk berbuat hal-hal negatif yang orang tak suka. Akan jadi tak tenteram dan tidurpun kerap terganggu. Tambahan pula, hampir semua orang yang berada di sekitar anda akan tidak menunjukkan wajah ceria ketika adanya anda bersama mereka. Baguskah suasana hidup yang begitu? Jom kita jadi bijak mulai sekarang – buang saka keturunan dalam diri anda tu!

Yang pasti, jika anda simpan saka, anda akan mengalami beberapa perkara negatif seperti yang tersenarai di bawah ini:-

  • jadi pemarah dan cepat melenting
  • mungkin boleh bersikap sabar tetapi sesekali marah, 2 3 jam tak teduh – malah ada juga yang mengakui hingga 2 3 hari baru reda
  • jadi sentiasa tak puas hati dengan orang yang anda lihat, lebih cenderung untuk menyendiri
  • akan ada orang yang sentiasa tak puas hati dengan anda – itu yang hingga kena sihir tu!
  • akan ramai yang tak menyenangi adanya anda di sekitar mereka
  • hubungan kekeluargaan akan jadi tidak seindah baru berumah tangga – suami isteri akan jadi tak sefaham dan kerap bergaduh
  • kebanyakan urusan yang berkaitan dengan rezeki jadi terhalang – sempit rezeki!
  • tak dapat zuriat (dalam hadis, dinyatakan memang ada jenis jin yang suka makan janin baru jadi – sila rujuk ke ustaz atau ustazah)
  • jadi degil dan tak mahu menerima pendapat, usul atau penjelasan orang lain
  • cenderung melakukan sesuatu yang bercanggah dengan Islam dan mudah mengabaikan perkara-perkara yang berkaitan dengan ibadah
  • akan dirangsang merasa diri sentiasa BETUL dalam semua perkara
  • yang paling malang ialah anda solat tapi merewang fikiran ketika solat (habuannya ialah neraka, sila rujuk surah al Ma’un)

Cuba fikir semula, wajarkah beban kehidupan seperti itu anda tanggung?

Jom kita buang saka keturunan yang di dalam diri anda itu! Memang ramai di kalangan kita yang tidak menyedari bahawa saka keturunan dah bersemadi bertahun-tahun dalam diri. Ada juga yang dah memang tahu adanya saka dalam diri tapi rasa sayang pula untuk dibuang – jadi penjaga konon! Sesetengah kita pula, ada yang menyangkal kewujudan saka. Pada hal saka adalah gulungan jin atau setan yang dibela atau dijadikan sahabat ataupun pendamping oleh nenek-monyang kita untuk melakukan sesuatu tugas ketika hidupnya. Menolak adanya jin setan bermakna tidak menerima ajaran dalam al-Quran – cacatlah iman kerana rukun iman percaya kepada yang ghaib tak sempurna!

Masalahnya, jin setan saka dan zuriat keturunan saka itu menyelinap masuk ke tubuh badan waris-waris tuan asal. Seolah-olah jin-jin itu punya hak ke atas tubuh badan waris-waris yang disukai. Itu yang hingga ke kita terikat tu! Amalan ayat pendinding atau ayat halau jin tidak akan berhasil mengusir saka yang dalam diri. Sebabnya ialah saka-saka itu dah jadi kebal dengan ayat-ayat yang kita baca sejak mula hingga sekarang. Mereka yang tidak dihinggapi saka, memang patut bersyukur banyak-banyak kepada Allah.

Nak buang saka keturunan bukannya mudah. Ianya jenis jin (sila klik atau sentuh untuk penjelasannya) yang bermertabat dan berilmu tinggi, bukan yang biasa-biasa. Ramai yang datang ke Pusat Rawatan Alternatif kami mendakwa dah banyak tempat berubat tapi gangguan saka masih berterusan – tak selesai-selesai! Ada juga yang dah muak dengan saka berkata “kami dah tak tahu apa nak buat, jenuh berubat!”.

Kenapa begitu? Jawabannya ialah perawat hanya cuba menghalau saka yang di dalam badan penderita saja, sedangkan waris-waris saka yang di luar sana beratus-ratus bilangannya. Ini yang perawat terlepas pandang! Buang yang di dalam badan, yang di luar pula mengambil tempat. Bila nak selesainya! Oleh kerana itulah perlu mencari perawat yang mengambil kira kedua-dua perkara itu. Tegasnya, inilah yang kami laksanakan tetapi kami tak janji sekali selesai. Jika selesai, Alhamdulillah! Dirikanlah Solat Sunat Syukur 2 raka’at sebagai tanda merendah diri meluahkan rasa amat bersyukur kepada Allah atas rahmatnya masalah anda terhurai.

Buang saka keturunan cara Islam kami pula ialah cara BERENTAP dengan jin saka. Perlu anda ambil perhatian bahawa kami bukannya yang terbaik. Kita sama saja. Yang berkuasa dan terbaik hanya Allah! Kami tak guna pendamping sama sekali sebab utamanya ialah Allah dah larang dan bagitau jin setan musuh kita. Mereka akan memesongkan sesiapa yang berbaik dengan mereka agar masuk neraka bersama mereka (boleh rujuk al-Quran). Lagipun jin setan bukanya bagus sangat – mereka berlagak dan banyak berlakun dengan kita!

Kaedah kami ialah seksa jin saka dan jin lainnya yang mencengkam dalam diri pesakit hingga lemah. Kemudian kami tarik keluar satu persatu hingga selesai. Kami tak sentuh pesakit, urusan hanya dengan jin saja. Kemudian hantar ke suatu tempat dan kurung – yang ini insya Allah tak akan lepas selamanya. Selebihnya adalah tanggungjawab pesakit untuk memastikan saka keturunan yang di luar tak masuk dalam badan – garis panduan akan diberi sebaik saja selesai kerja kami, insya Allah.

Dengan sedikit perjelasan tadi, jom buang saka keturunan anda di Pusat Rawatan Alternatif kami (sila klik untuk penjelasan ringkas tentang perubatan alternatif kami). Dah beratus orang yang kami berhasil bebaskan masalah saka mereka. Kami tak janji sekali baik. Hajat kami nak buat sekali saja sebab hantu bukannya cantik nak tengok selalu. Berpandukan kepada pesakit yang sudah-sudah, daripada 30 orang, hanya satu atau dua orang saja yang perlu datang kali kedua. Itupun kerana kecuaian pesakit menghalang keturunan jin saka yang di luar masuk ke badan – tak dapat nak akur sepenuhnya dengan panduan yang telah kami sediakan.

Sila telefon kami (sila klik atau terus ke menu Telefon Kami) untuk buat temujanji buang saka keturunan anda jika dah bosan dengan gangguan saka.

 

Dikemaskini pada 23hb Julai 2021.

Apa Itu Saka – Maksud Saka, Saka Keturunan & Jenis Saka

Apa itu saka – ini suatu pertanyaan khusus tentang perkara misteri yang ramai di kalangan kita macam faham sangat tapi sebenarnya masih samar-samar. Tak kurang juga yang masih tertanya-tanya dalam diri apa itu saka – memang tahu itu berkaitan dengan hantu tapi apa dan bagaimana ianya memainkan peranan, entahlah… Penanggung masalah ini sangat tidak bernasib baik kerana ianya menimbulkan gangguan emosi dan kesihatan secara keseluruhan – doktor tak dapat nak kesan, telan ubatpun tak berkesan juga. Malang sungguh mereka yang bersaka keturunan. Ada juga yang terpaksa menelan ubat penenang akibat dah tak tahan menanggung gangguan melampau daripada saka keturunannya – nasihat saya, elakkan ubat itu sebab ianya merosak sistem saraf. Kesihatan tubuh badan anda akan beransur jadi cacat dalam masa yang agak singkat. Kerosakan saraf yang ini kami tak boleh nak pulihkan – pernah cuba tapi tak berjaya, yang lain insya Allah.

Asal Usul Saka – Pendamping

Ceritanya bermula daripada tok nenek atau nenek moyang kita ketika zamannya. Keperitan keadaan dan kehidupan semasa telah memerangkap mereka untuk bersahabat dengan hantu & jembalang atau makhluk halus; ringkasnya jin setan. Hantu itu dipelihara dan dijadikan kawan atau pendamping ataupun khadam untuk melakukan sesuatu maksud ataupun kerja tertentu. Sewaktu mengikat janji, samada melalui pertapaan ataupun upacara pemujaan, hantu yang terpilih dan dijadikan pendamping itu semestinya yang bertaraf dan berkemampuan luar biasa di kalangan jin setan yang ada di situ ketika itu. Antara gulungan yang amat dihajati oleh mereka ketika itu ialah jin setan yang boleh memberikan kelebihan untuk:-

  • hebat
  • kebal
  • kuat
  • jadi bomoh atau perawat
  • lari laju
  • melompat jauh atau tinggi atau meloncat dari pokok ke pokok
  • memanggil angin atau ribut
  • membuat harta atau kaya
  • mempertahankan diri daripada kejahatan, baik yang nyata maupun yang maya
  • menahan hujan
  • mencuri harta orang
  • mengetahui sesuatu secara ghaib, baik yang telah berlaku ataupun yang akan terjadi
  • menundukkan orang atau lawan
  • menyakit atau membunuh musuh
  • pelaris berdagang
  • pemanis supaya sentiasa nampak cantik dan menarik
  • tahan lasak
  • terkenal dan disanjung

Perlu diketahui bahawa nenek moyang yang membuat perjanjian asal dengan jin setan itu biasanya memiliki lebih daripada satu jenis pendamping kerana keperluan semasa ketika itu. Contohnya, satu untuk berladang, satu untuk menangkap ikan dan satu lagi untuk mempertahankan diri ketika diserang oleh musuh. Untuk perbomohan pula, satu pihak untuk perubatan, satu lagi untuk mengawal orang atau pesakit dan satu lagi untuk pendinding. Untuk perang pula, satu supaya kuat dan kebal, satu supaya musuh takut dan gerun, satu lagi supaya berani dalam semua hal.

Jenis-jenis Pendamping

Untuk mendalami apa itu saka, kita perlu tahu tentang jenis-jenis hantu & jembalang yang dijadikan pendamping atau khadam tersayang oleh mereka ketika zamannya. Sebilangan besar jenis-jenis hantu & jembalangnya adalah seperti berikut ini:-

  1. hantu air – lubuk, paya, sungai dan tasik
  2. hantu angin (boleh lari laju atau menerbangkan sesuatu ke tempat lain)
  3. hantu bangunan tinggal
  4. hantu batu
  5. hantu busut
  6. hantu gua
  7. hantu gunung
  8. hantu hutan termasuk hantu tinggi (boleh meloncat pantas ke tempat tinggi atau melompat turun dari tempat tinggi), bajang (biasanya untuk sihir), orang bunian dan hantu untuk berladang
  9. hantu jenis boleh bergayut di dahan pokok – ini jenis hantu raya
  10. hantu kubur (biasanya untuk sihir)
  11. hantu laut – sangat membantu untuk pelayaran dan menangkap ikan
  12. hantu pantai
  13. hantu pokok
  14. hantu tempat-tempat berpuaka
  15. hantu yang berterbangan di udara seperti penanggal dan lang suir (lang suyo)
  16. jembalang jenis binatang buas
  17. jembalang tanah

Sesetengah pendamping itu, ada yang berkembar dengan benda-benda seperti senjata, tongkat, permata, perkakas hiasan (terbuat daripada kayu, buluh atau logam), pakaian berwarna tertentu (biasanya kuning atau hitam – ada juga biru, hijau dan merah keemasan), gobek, kacip dan alat penyucuk sanggul.

Apa itu saka

Sebaik saja pembela asal pendamping itu meninggal dunia, semua hantu dan jembalang kesayangannya, juga zuriat hantu-hantu itu, akan berpindah ke tuan baru. Mereka yang terpilih di kalangan zuriat keturunan tuan asal, yakni calon pewaris, akan dihantui dengan berbagai gangguan dan tekanan jiwa supaya sanggup menerima dan menurut serta patuh kepada syarat perjanjian asal seperti yang dibuat dengan tuan asal. Dari segi pewaris, hantu-hantu itulah yang digelar SAKA. Jadi, maksud saka yang sebenarnya merujuk kepada saka keturunan. Peranannya serupa, malah ada yang mahu mengajar sesuatu ilmu dalam mimpi atau memberitahu sesuatu yang diperlukan.

Ringkasnya, saka ialah makhluk halus atau hantu jembalang (termasuk juga zuriat keturunan hantu dan jembalang yang asal) yang berpindah tuan ke kita sebagai pewaris yang ada hubungan darah dengan tuan asal hantu jembalang itu – itulah jin dan setan yang berperanan sebagai saka bagi kita. Itulah saka keturunan yang menimbulkan banyak masalah jika tak akur dengan kehendak mereka. Saka boleh menempat ke tuan baru sesukanya walaupun pembelanya masih hidup.

Jenis-jenis Saka

Saka sebenarnya banyak macam, sesuai dengan tugas yang diperlukan oleh tuan asal hantu-hantu saka berkenaan. Berikut ini ialah jenis-jenis saka yang dibangga-banggakan oleh pembela saka sesuai dengan peranan setiap satunya, walaupun merimaskan pembela dalam banyak perkara:-

  • saka beruang
  • saka bidan
  • saka buaya putih
  • saka buaya
  • saka hantu raya
  • saka harimau atau saka rimau
  • saka kingkong atau orang hutan – ini hantu raya kelas 1
  • saka kongkang
  • saka mawas
  • saka monyet
  • saka naga
  • saka nenek kebayan
  • saka orang asli
  • saka panglima
  • saka pelesit
  • saka penanggal
  • saka polong
  • saka pontianak
  • saka puteri
  • saka raja atau putera
  • saka serigala
  • saka silat
  • saka tok kong – hindu, cina, siam atau budha
  • saka ular

Peranan saka-saka itu ada yang serupa. Umumnya berbeza. Kita sebagai pewaris tak boleh nak memilih jenis yang kita mahu sebab kita dicari. Lain halnya dengan nenek moyang kita – mereka tuan pertama, mereka yang cari dan mereka yang pilih jenis apa yang mereka mahu. Kita terima saja jika sanggup.

Kerenah Saka

Yang sanggup menerima sakanya, saka peliharaan itu perlu diberi jamuan setiap suatu selang masa tertentu – misalnya setahun sekali. Kebanyakannya pula, pembela perlu ada ancak dekat dengan rumah – biasanya di belakang rumah. Ketika upacara berjamu, ada jenis jamuan tertentu yang perlu diletak atas bumi atau atas pelantar tinggi dan juga yang dihantar ke paya atau dihanyut ke sungai atau ke laut.

Ada sesetengah saka itu pula, perlu ada waris yang sanggup menjadi tuannya ketika pembelanya sedang nazak – selagi tiada penyanggup, nazaknya berterusan biarpun kulit dan dagingnya mula reput – tak mati-mati! Sebaik saja ada waris yang bersedia, nyawanyapun habis – pelik ‘kan?! Yang lain pula, ada yang perlu dibuka atap dan diletakkan sebutir tanah atau ranting kayu mati di dadanya, baru dia meninggal dunia. Ini masih ada diwarisi hingga sekarang tapi terlalu kecil bilangannya.

Kebanyakannya pula, bila pembelanya meninggal dunia, hampir semua zuriat keturunannya akan terus diekori oleh saka dan zuriat saka berkenaan. Mana yang bersemangat lemah (yakni aura pertahanan diri yang menyelaputi tubuh badannya tipis), bila ada peluang, mereka (yakni saka dan zuriat mereka) akan terus menyelinap masuk dan menetap dalam badan mangsanya (zuriat yang bakal mewarisi saka). Sebagaimana yang disenaraikan tadi, saka bermacam jenis. Itu jugalah sebabnya, yang ada saka, bila dia tak sedar atau “menurun”, dia akan bertingkah laku lebih daripada satu peribadi – antaranya sekejap mengaum, sekejap mengeleduk, sekejap mengilai, sekejap tergaru-garu, sekejap menggeliat, sekejap berlagak samseng, sekejap bersikap warak, sekejap sendawa, sekejap terkuap-kuap, sekejap gagap, sekejap bongkok macam bertongkat dan berbagai lagi.

Saka itu bila sukakan seseorang pewaris, orang itu akan dihinggapinya dan mula dibebankan dengan berbagai gangguan dan tekanan; baik segi emosi dan fikiran, maupun kesihatan; supaya mahu tunduk dengan berbagai kerenah sebagaimana perjanjian asal. Dia akan mengalami tekanan perasaan melampau sehingga jadi serba tak kena dan gelisah tak tentu pasal – biasanya bertukar jadi murung dan selalu tak sefaham dengan orang lain. Kesannya ialah semua kerja tergugat dan kesihatan juga jadi kian merosot. Ini akan terjadi walaupun yang punya diri tak ambil kisah sama sekali. Selagi tak akur, selagi itulah penderaan jiwa dan diri terus dilakukan oleh hantu-hantu saka itu. Bila dah tak tentu hala, mau tak mau, terpaksalah pergi berubat ke sana sini – samada untuk sedia menerima ataupun pergi buang. Yang buang ni, banyak yang gagal!

Walau bagaimanapun, kita tak boleh nak salahkan nenek moyang kita. Semasa zaman mereka, pendamping sangat-sangat diperlukan untuk meneruskan hidup – baik dari segi mencari rezeki mahupun keselamatan diri dan keluarga. Cuma silapnya mereka ialah perjanjian dengan jin setan itu bukan setakat diri dan keluarga mereka ketika itu saja, malah termasuk juga kita: zuriat mereka yang entah di mana ketika itu – bukan setakat 7 keturunan seperti mana yang diwarwarkan oleh orang-orang tua kita.

Untuk penjelasan: khusus kepada nak bercucuk tanam, ketiadaan pendamping tidak memungkinkan kerja-kerja itu terlaksana untuk menampung keperluan hidup mereka ketika itu. Bayangkan… Sebelum bercucuk tanam, hutan yang pokok-pokoknya sebesar dua ke empat pemeluk harus ditebang – untuk menumbangkan satu pokokpun belum tentu terdaya dilakukan dalam masa sehari sebab pokok besar terasnya besar. Teras lebih keras daripada batangnya. Amat sukar untuk dikerat dengan peralatan yang ada ketika itu. Batang pula harus dikerat-kerat sepanjang yang terdaya untuk dialih ke tempat lain. Keseluruhan kerja untuk menumbang dan mengalih segala batang, dahan, ranting dan daun serta membersihkan tapak satu pokok saja memerlukan tenaga dan masa tak kurang daripada seminggu jika dibuat seorang atau berdua – itupun jika bahan makanan dah ada tersimpan, bolehlah terus buat kerja itu saja. Jika guna khidmat pendamping, mula lepas Isya hingga hampir Subuh misalnya, memadang boleh siap. Esok-lusanya dah boleh bercucuk tanam, tak lama lepas tu, dah boleh mengutip hasil. Jika anda berhadapan dengan keadaan itu, kaedah mana yang anda pilih? Saya fikir anda setuju, jalan mudah ialah guna khidmat pendamping! Oleh kerana itulah kita tak usah salahkan mereka jika kita menderita akibat perbuatan saka keturunan yang mereka tinggalkan. Kita ikhtiar dan tawakkal kepada Allah – jalan penyelesaian akan terbuka luas, insya Allah; asal saja tidak pergi ke bomoh!

Beza saka dan jin setan selainnya

Sebenarnya, saka dan jin setan yang melata sama saja. Cuma bezanya ialah saka bermartabat tinggi, diikat melalui perjanjian dan mesti dijamu. Hingga ke tahun 2000, masih ramai yang mengadakan upacara berjamu. Sekarang ini, kalau adapun, mungkin di kampung-kampung terpencil saja. Sebabnya ialah kita kini dah tak kesah tentang kerenah saka – masing-masing kita bergelut mencari duit untuk menampung keperluan hidup ekoran sengitnya cabaran semasa. Berbaik dengan sakapun, bukan mendatang rezeki, malah terpaksa berbelanja untuk perkara-kara yang tidak mendatangkan faedah dan menjerumuskan kita kepada kemurkaan Allah!

Jin setan yang bukan dipesakai daripada nenek moyang, tidak tergulung dalam kategori saka walaupun kemampuannya menyerupai peranan saka. Contohnya ialah pendamping daripada guru yang menurunkan ilmu kepada muridnya seperti ilmu perbomohan, silat, kebal, kuat, pemanis, pelaris dan seumpamanya. Namun begitu, bila penuntut ilmu itu meninggal dunia, kebanyakan jinnya mencari badan baru – tumpuan utamanya ialah zuriat penuntut yang diminati saja. Saat itu, barulah ianya tergulung dalam kategori saka juga. Jika abaikan mereka, gangguan sebagaimana yang dilakukan oleh saka keturunan akan terjadi pada anak cucu keturunan penuntut ilmu tadi.

Tanggapan Pewaris Saka & Perkara Negatifnya

Sesetengah pewaris saka, ada yang rela dengan bangga dan sayangkan sakanya. Hampir semua mereka beranggapan bahawa saka sebagai penjaga dan penyelamat selain menggunakan saka untuk tujuan perbomohan dan memonitor hal orang lain. Saka memang mampu berbuat demikian dengan izin Allah kerana mereka bermatlamat untuk menunjuk-nunjuk kehebatan mereka kepada manusia. Pada mereka, mereka lebih bagus daripada manusia. Untuk itulah mereka beria-ia mempengaruhi manusia supaya bersikap nombor satu dalam semua perkara. Mereka jugalah yang mempengaruhi kita bersikap pemarah, bertengkar nak menang, menjatuhkan air muka seseorang di depan orang, tak amanah, banyak bohong, tak mengakui kesilapan diri sendiri, nakkan orang ikut kata, tak bertolak ansur dan tak nak dengar nasihat serta banyak lagi perkara-kara yang negatif. Orang yang begitu biasanya tidak berminat untuk melakukan ibadah kepada Allah. Ada yang waktu sihatnya warak, bila lanjut usia jadi sebaliknya – jadi nyanyuk dan tak kurang juga yang hingga sanggup main dan makan najis sendiri.

Dalam keadaan apa juapun, gangguan kesihatan oleh saka akan makin terasa sesuai dengan peredaran masa. Ianya boleh berkesudahan dengan hilang kawalan diri dan bertindak yang pelik-pelik. Yang menjadi mangsa ialah orang yang terdekat dengan kita, pada hal kita dituntut supaya berbaik-baik dan sayang menyayang sesama kita – bukan bermusuhan dan cari gadoh atau menyusahkan orang lain!

Semua itu adalah sifat tercela yang Allah murka. Berbaik dengan saka bermakna mengundang azab Allah di akhirat kelak, lebih-lebih lagi melakukan upacara berjamu, buat ancak dan mendewa-dewakan saka, itu perbuatan syirik! Perasankah anda bahawa hampir semua pembela saka tidak ada yang hidup mewah walaupun ada banyak harta? Soalannya kenapa? Jawabannya ialah kerana Allah murka sebab menduakanNya! Biasanya orang yang bersaka, ibadah kepada Allah dianggap ringan dan kerana itu ramai yang mengabaikan solat ketika dah nak hampir penghujung umur.

Sedikit Nasihat

apa itu saka & ayat pendinding

Lupakan ayat & doa pendinding, jika dah kena, lebih baik berubat ke perawat Islam yang pakar

Dah jelas apa itu saka dan perkara negatifnya, jika anda bermasalah saka dan sayangkan diri – terutamanya tentang keadaan anda di dunia akhirat kelak, berusahalah pergi buang saka dalam diri anda. Jika setakat mengamalkan ayat-ayat, saka tak akan terusir keluar sebab ianya makin jadi kebal dengan ayat-ayat yang pernah anda baca dari hari pertama. Jika anda baca beribu bilangannyapun, paling-paling hantu saka tu terpelanting keluar waktu itu tetapi akan masuk balik sebaik ada peluang. Silalah berubat di tempat yang perawatnya tidak menggunakan khidmat pendamping (sila klik untuk tahu ciri-cirinya) dan kaedahnya bukan hanya membaca ayat atau ruqyah semata. Cara itu positif tak akan berjaya mengusir jin setan saka atau hantu saka semuanya sebab jin saka berderajat tinggi dan tentunya memiliki ilmu bertaraf tinggi juga – itu yang susah nak selesaikan masalah saka tu!

Untuk pengetahuan, kaedah kami menarik jin keluar daripada badan pesakit dah banyak membantu menyelesaikan masalah saka yang hebat-hebat. Namun demikian, kami tak sebagus manapun. Yang paling gagah hanya Allah! Kami tak janji sekali boleh selesai. Hajat kami nak buat sekali saja sebab nak tengok hantu selalu bukannya cantik sangatpun. Berminat nak cuba, sila telifon kami (bukan SMS ya) untuk buat temujanji.

Semuga maklumat tentang apa itu saka, saka keturunan dan jenis saka yang saya paparkan tadi lebih mencerahkan fahaman anda tentang maksud saka dan perkara-perkara negatifnya. Lupakan niat mempelajari sesuatu ilmu berkaitan dengan khidmat jin setan dan membela saka – nanti tua jadi nyanyuk dan main kotoran termasuk najis sendiri. Sama juga halnya dengan mengamalkan sesuatu ayat al-Quran yang dikutip daripada youtube, facebook, whatsapp dan lain-lain. Anda akan didampingi oleh jin setan kerana tak berguru dengan betul. Nak bergurupun anda kena tengok-tengok orangnya dulu sebelum mempelajari daripada dia. Hati-hati ya! Itu pesan saya untuk anda supaya selamat!

Yang paling baik ialah setiap kali ada masa lapang, bacalah al-Quran – tak perlu banyak, asalkan baca! Sebelum mula, hadiahlah al-Fatihah sekali kepada nabi kita – ini syarat utama sebab al-Quran disalurkan melalui dia. Setiap kali selesai, berdoa supaya selamat di dunia dan akhirat, akhiri dengan selawat 7x. Jika sanggup, amalkan selawat 100x sehari. Insya Allah, Allah akan lapangkan hidup anda dalam semua hal. Ramai yang akan berbaik dengan anda – kurang masalah keduniaan! Kalau tak percaya, sila cuba hingga 40 hari. Anda akan tau sendiri.

Ketika berdoa, jangan guna kalimat TUHANKU sama sekali. Tuhan tu bermaksud ketua dewa. Nama Allah ada 99, tukarlah kepada mana-mana satu nama Allah yang anda sukai!

Sila ambil manfaat mana yang sesuai! Wallahu a’lam.

 

Dikemaskini pada 27hb Julai 2021

Ayat Halau Jin & Doa Pendinding Diri – betulkah perlu amalan ayat & doa halau jin?

Ayat halau jin, doa pendinding diri & doa halau jin – betulkah perlu amalan yang begitu? Bagi mereka yang tahu atau pernah mengalami masalah gangguan jin (makhluk halus), sihir dan saka; akan tanpa berfikir panjang berkata ya, memang perlu. Hanya sebilangan kecil yang akan teragak-agak untuk setuju. Sebabnya ialah masyarakat kita secara amnya yakin bahawa beramal ilmu pendinding akan menyelamatkan diri dan keluarga daripada terkena gangguan jin, sihir dan saka. Persoalannya ialah betulkah demikian? Alternatifnya, kita pilih amalan yang menjamin keselamatan pengamal di dunia dan akhirat. Jom selami fakta sebenar bersama saya! Insya Allah bermanfaat untuk anda.

Sila ambil perhatian bahawa skop pencerahan ini tertumpu kepada:-

  1. ayat merujuk kepada petikan ayat daripada al-Quran
  2. doa merujuk kepada:-
    • sebarang kalimat atau ungkapan selain daripada petikan ayat al-Quran
    • gabungan sebarang doa dengan cebisan ayat al-Quran
    • mentera

Catitan: Ayat dan doa halau jin setan umumnya digunakan oleh perawat, namun ianya juga amat sesuai untuk tujuan pendinding dan pelindung diri daripada segala kejahatan hantu atau jin setan serta juga khianat manusia.

Secara amnya, matlamat utama mereka yang beramal ayat halau jin dan doa pendinding diri ialah untuk mempertahankan diri dan keluarga terhadap berbagai kejahatan daripada:-

  • manusia
  • jin setan – termasuk juga “orang bunian” dan penunggu sesuatu tempat atau kawasan
  • saka
  • sihir

Pada hemat saya, mereka tak berapa berjaya! Alasan kukuhnya ialah ramai yang masih ke sana sini pergi berubat berkaitan dengan masalah ini.

Jika kita perhatikan atau kita buat tinjauan ringkas terhadap mereka yang terkena atau menderita masalah gangguan jin, saka dan sihir; hampir semua mereka adalah di kalangan orang yang beramal ayat atau doa pendinding diri. Ini yang menimbulkan tanda tanya – dah bersedia dengan amal dan doa pelindung diri serta ayat halau jin, kenapa kena juga? Kenapa ada saja orang yang tak puas hati dan bersikap khianat serta berniat jahat kepada pengamal? Hairan, ‘kan? Macam ada yang tak kena tentang perkara ini. Ditinjau dari sudut lain, itu memberi gambaran jelas bahawa suasana di sekeliling pengamal lebih kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan khidmat jin setan. Suasana yang begitu memanglah memaksa setiap keluarga di situ perlu ada ilmu pendinding – itu tidak dapat dinafikan!

Masalahnya, hampir semua mereka yang berilmu itu makin hari makin jadi panas baras dan cepat melenting – walaupun amalan itu ayat al-Quran dan zikir. Mereka itu, jika bersembang sesuatu, lebih-lebih lagi tentang perkara yang berkaitan dengan Islam, nada suara mereka yang asalnya rendah jadi makin meninggi dan kemudiannya kasar seolah-olah macam nak pergi perang – lebih-lebih lagi bila menyebut nama Allah. Wajarkah itu?

Melantunkan perkataan Allah dengan suara tinggi; lebih-lebih lagi bunyi menengking; adalah sikap orang yang lupa dirinya siapa – angkuh macam Iblis dan jahil serta tak faham tentang Islam. Patutkah makhluk bersuara kasar kepada Penciptanya? Kenapa begitu? Jawabannya – itulah kesan ayat dan doa yang diamalkan! Oleh itu, patutkah amalan yang sedemikian diteruskan?

Kesan negatif amalan ayat halau jin, doa pendinding diri & doa halau jin ialah hubungan pengamal dengan orang yang terdekat dan yang selalu berurusan dengannya, terutamanya isteri dan anak-anak – mereka jadi mangsa tengking herdik; malah ada yang hingga sanggup membelasah isteri yang asalnya memang amat disayangi. Kenapa mereka bertukar jadi pemarah dan seterusnya jadi ganas atau sampai pada tahap panas baran melampau? Jika dihayati sedalam-dalamnya, amalanlah yang jadi penyebabnya kerana sebelumnya tidak macam itu!

Dalam Islam, itu perangai dan sikap yang tercela. Allah murka orang yang bersikap begitu! Yang paling tak bagusnya ialah hubungan dengan keluarga makin renggang – pembinaan keluarga bahagia jadi gagal sama sekali! Asalnya beramal untuk jaga kesejahteraan diri dan keluarga, tau-taunya amalan pula yang jadi punca tergugatnya keharmonian rumah tangga. Pelik, ‘kan? Terbalik kuang la pulak!

Sila ambil perhatian bahawa sesuatu amalan yang tidak berjaya membentuk pengamalnya bersikap lebih bertolak ansur, banyak berlembut dan penyayang adalah amalan yang diterajui oleh jin setan atau hantu. Bila diri dan jiwa pengamal telah dikuasai oleh amalannya, dia merasakan bahawa dialah NOMBOR SATU! Biasanya dia bersikap tidak mahu menerima pendapat atau pandangan orang lain – orang lain semua salah, dia seorang saja yang betul!

Masalah yang ini sebenarnya masalah umum kepada semua pengamal ayat atau doa halau jin dan pendinding diri yang berasaskan:-

  • mentera semata-mata
  • mentera atau doa yang ada kalimah atau selawat
  • mentera atau doa yang bercampur dengan ayat suci al-Quran

Ketahuilah bahawa semua ayat dan doa dalam kategori itu berkhadamkan jin setan atau hantu. Dari segi nama memang amat meyakinkan – ayat halau jin, doa pendinding diri atau doa halau jin. Sayangnya, perlaksanaan kerjanya dilakukan oleh jin setan. Mereka itulah yang berperanan membenteng dan menyampaikan hajat pengamal tapi, dalam masa yang sama, jiwa dan fikiran pengamal sentiasa dikuasai oleh mereka – itulah punca yang jadi ganas panas baran keterlaluan tu! Mereka jugalah sebenarnya yang melaga-lagakan pengamal dengan orang – mereka meransang fikiran orang lain supaya timbul rasa tak puas hati dan memusuhi pengamal. Itu kerja mereka dan kita patut sedar tentang kejahatan mereka.

Yang cebisan ayat suci al-Quran atau zikir pula, hampir semua mereka bermasalah yang sama walaupun pengamal seorang yang warak atau tahfiz. Sebabnya begini:-

  1. Amalan diajar oleh orang yang mempelajarinya daripada kitab atau buku
  2. Amalan diajar oleh orang yang hanya mendengar daripada seseorang. Contohnya, dalam majlis ilmu di masjid atau surau, ustaz memberi tahu tiga Qul elok diamalkan – Nabi kita mengamalkan itu. Kita pula mengamalkannya – itulah yang sering terjadi! Kemudiannya terasa nafsu marah sikit demi sikit membentuk dalam diri. Sebabnya ialah kita tidak belajar daripada ustaz berkenaan. Dia hanya memberitahu, kita pula mengamalkannya. Sepatutnya kita jumpa dia dan minta dia ajarkan – barulah kita berguru dengan dia. Itupun dengan syarat dia berguru daripada seseorang. Jika dia mengambil daripada kitab atau buku, masalahlah jadinya!
  3. Amalan melibatkan syarat berpuasa atau pengasingan diri untuk suatu tempoh tertentu
  4. Amalan mensyaratkan supaya menyeru atau berkata assalamu’alaikum kepada wali atau syeikh ataupun khadam ayat
  5. Amalan dipelajari daripada orang yang tak taat kepada Allah – solat 5 waktu & puasa banyak yang terabai ataupun tak buat sama sekali
  6. Amalan dipelajari daripada seorang perokok atau penghisap vapeperokok sentiasa diekori dan didampingi oleh jin setan sebab asap makanan mereka

Sekiranya amalan anda tidak berpunca daripada perkara yang saya senaraikan itu, anda termasuk dalam gulungan orang yang bertuah. Namun begitu, anda masih sedang terdedah kepada masalah dikuasai oleh jin setan. Cuba semak sendiri – jika nada anda berbicara mulanya lembut dan beransur-ansur tinggi atau kasar, lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan teguran seseorang terhadap diri anda atau keislaman anda, anda jadi melenting tak tentu pasal. Itu tanda dah ada jin setan dalam badan anda.

Nak tahu sebabnya? Begini… Perasankah anda bahawa lepas membaca ayat atau doa halau jin atau pendinding diri sekian kali, anda terus bangun dan sibuk dengan kegiatan semasa. Kalau adapun, masa nak mula mungkin anda baca a’uzubillah dan bismillah. Sedarkah anda bahawa dalam perkara itu anda bersikap sombong atau angkuh kepada Allah dan membelakangkan Rasul?

Sebagai contoh untuk penjelasan: kita ambil amalan Ayatul Kursi ataupun Ayat Seribu Dinar. Katakan amalan perlu dibuat dua kali sehari – baca 7 kali pagi dan 7 kali malam. Bagi orang yang beriman mungkin dia pilih masa lepas solat Subuh dan Maghrib atau Isya. Habis baca, biasanya akan terus bangun menjalankan tugas atau kegiatan semasa. Terfikirkah anda bahawa dalam hal itu anda hanya bersandar kepada Ayat? Ayat yang anda baca itu statusnya hanyalah makhluk! Di manakah Allah dan Rasul diletakkan dalam perkara itu? Anda baca ayat Allah tapi anda mengabaikan Allah dan Rasulnya! Wajarkah itu? Inilah satu kesilapan besar yang ramai di kalangan kita telah lakukan – beramalkan ilmu tak kena cara dan sambil lewa. Kita ambil mudah saja dan terlepas pandang tentang perkara ini! Oleh kerana itu jugalah ramai di kalangan kita; termasuk juga ustaz dan mereka yang warak atau tahfiz; masih terus bermasalah dengan gangguan jin setan, sihir dan saka. Sepatutnya, mereka terhindar daripada masalah itu kerana mereka telah bersedia dengan bermacam ayat halau jin, doa pendinding diri, doa pelindung diri, doa halau jin dan berbagai ayat atau doa pendinding rumah dan gangguan saka serta sihir.

Oleh hal yang demikian, jika anda rasa amat perlu mengamal sesuatu doa atau ayat halau jin atau pendinding diri, pastikan kaedahnya memohon serta merendah diri kepada Allah dan tidak mengabaikan Rasulnya. Bacaan mestilah dengan nada suara lembut dan perlahan serta penuh tertib. Insya Allah, anda akan diberkati Allah! Jika baca saja jadikan amalan, anda akan mengalami kesan negatifnya seperti yang saya huraikan tadi.

Saya secara peribadi menegaskan bahawa ilmu atau ayat pendinding diri tak perlu diamalkan sama sekali sebab amalan itu menjemput jin setan bermastautin dan berperanan dalam diri kita. Lagipun, jin bukan bagus sangat – tak satupun jin yang berkemampuan dalam semua hal seperti yang kita duga. Serangan jin musuh tetap tembus tak tertangkis oleh jin amalan jika yang datang itu berderajat lebih tinggi – berkemungkinan besar jin amalan lari meninggalkan pengamal. Nak buat apa ilmu yang begitu. Lagipun, jin setan telah dikutuk oleh Allah, kenapa kita nak berbaik dan menjadikan mereka pengawal diri? Memang dalam hal amalan, kita tidak membela atau menjemput mereka bertugas tetapi atas kesilapan kita mereka berpeluang menyelinap masuk badan kita. Jin setan memanglah suka sangat kalau kita beri peluang mereka berperanan – tak dijemputpun masuk, tambahan pula dipersilakan dengan teratur!

Yang terbaiknya ialah anda amalkan membaca al-Quran berterusan setiap hari, biarpun setengah muka setiap kali dan ada masa sambung lagi – satu huruf disediakan oleh Allah satu pahala. Rugi besar jika tak rebut peluang ini. Pasang niat supaya selamat di dunia dan akhirat, tutup dengan selawat. Bagusnya ialah anda didekati oleh malaikat sewaktu anda membaca. Dengan cara ini, anda sesungguhnya sedang mendekatkan diri kepada Allah. Bila anda terbuai dengan kebiasaan membaca al-Quran, masalah gangguan jin setan, saka dan sihir akan makin pudar dan lenyap. Anda akan disukai oleh ramai orang – selesai masalah musuh dan orang tak puas hati, insya Allah!

Satu perkara yang anda patut tahu ialah jika anda sedang bermasalah gangguan jin setan (juga sihir atau saka), segeralah pergi berubat ke perawat yang mahir. Beramal sesuatu ayat atau doa pendinding diri atau ayat halau jin tak akan berjaya mengusir jin setan yang bersemadi di dalam tubuh badan anda itu. Sebabnya, mereka (jin setan itu) beransur-ansur jadi kebal dengan amalan anda. Jika anda lipat gandakan amalanpun, paling-paling mereka jadi pengsan atau terpelanting keluar waktu itu saja. Bila anda selesai, mereka akan masuk semula. Jika teringin nak berubat dengan kami, sila ke menu Telifon Kami.

Semuga penjelasan saya tentang amalan ayat halau jin, doa pendinding diri & doa halau jin ada manfaat untuk anda! Wallahu a’lam.

XML Sitemap · Disclaimer · Privacy Policy · Terms Of Use
© Hak Cipta Terpelihara 2014 - 2021 · Pusat Rawatan Alternatif Dr Rasid & Nazar – Perubatan Islam Tanpa Ubat ·