web analytics

alternatif perubatan moden

Apa Itu Saka – Maksud Saka, Saka Keturunan & Jenis Saka

Apa itu saka – ini suatu pertanyaan khusus tentang perkara misteri yang ramai di kalangan kita macam faham sangat tapi sebenarnya masih samar-samar. Tak kurang juga yang masih tertanya-tanya dalam diri apa itu saka – memang tahu itu berkaitan dengan hantu tapi apa dan bagaimana ianya memainkan peranan, entahlah… Penanggung masalah ini sangat tidak bernasib baik kerana ianya menimbulkan gangguan emosi dan kesihatan secara keseluruhan – doktor tak dapat nak kesan, telan ubatpun tak berkesan juga. Malang sungguh mereka yang bersaka keturunan. Ada juga yang terpaksa menelan ubat penenang akibat dah tak tahan menanggung gangguan melampau daripada saka keturunannya – nasihat saya, elakkan ubat itu sebab ianya merosak sistem saraf. Kesihatan tubuh badan anda akan beransur jadi cacat dalam masa yang agak singkat. Kerosakan saraf yang ini kami tak boleh nak pulihkan – pernah cuba tapi tak berjaya, yang lain insya Allah.

Asal Usul Saka – Pendamping

Ceritanya bermula daripada tok nenek atau nenek moyang kita ketika zamannya. Keperitan keadaan dan kehidupan semasa telah memerangkap mereka untuk bersahabat dengan hantu & jembalang atau makhluk halus; ringkasnya jin setan. Hantu itu dipelihara dan dijadikan kawan atau pendamping ataupun khadam untuk melakukan sesuatu maksud ataupun kerja tertentu. Sewaktu mengikat janji, samada melalui pertapaan ataupun upacara pemujaan, hantu yang terpilih dan dijadikan pendamping itu semestinya yang bertaraf dan berkemampuan luar biasa di kalangan jin setan yang ada di situ ketika itu. Antara gulungan yang amat dihajati oleh mereka ketika itu ialah jin setan yang boleh memberikan kelebihan untuk:-

  • hebat
  • kebal
  • kuat
  • jadi bomoh atau perawat
  • lari laju
  • melompat jauh atau tinggi atau meloncat dari pokok ke pokok
  • memanggil angin atau ribut
  • membuat harta atau kaya
  • mempertahankan diri daripada kejahatan, baik yang nyata maupun yang maya
  • menahan hujan
  • mencuri harta orang
  • mengetahui sesuatu secara ghaib, baik yang telah berlaku ataupun yang akan terjadi
  • menundukkan orang atau lawan
  • menyakit atau membunuh musuh
  • pelaris berdagang
  • pemanis supaya sentiasa nampak cantik dan menarik
  • tahan lasak
  • terkenal dan disanjung

Perlu diketahui bahawa nenek moyang yang membuat perjanjian asal dengan jin setan itu biasanya memiliki lebih daripada satu jenis pendamping kerana keperluan semasa ketika itu. Contohnya, satu untuk berladang, satu untuk menangkap ikan dan satu lagi untuk mempertahankan diri ketika diserang oleh musuh. Untuk perbomohan pula, satu pihak untuk perubatan, satu lagi untuk mengawal orang atau pesakit dan satu lagi untuk pendinding. Untuk perang pula, satu supaya kuat dan kebal, satu supaya musuh takut dan gerun, satu lagi supaya berani dalam semua hal.

Jenis-jenis Pendamping

Untuk mendalami apa itu saka, kita perlu tahu tentang jenis-jenis hantu & jembalang yang dijadikan pendamping atau khadam tersayang oleh mereka ketika zamannya. Sebilangan besar jenis-jenis hantu & jembalangnya adalah seperti berikut ini:-

  1. hantu air – lubuk, paya, sungai dan tasik
  2. hantu angin (boleh lari laju atau menerbangkan sesuatu ke tempat lain)
  3. hantu bangunan tinggal
  4. hantu batu
  5. hantu busut
  6. hantu gua
  7. hantu gunung
  8. hantu hutan termasuk hantu tinggi (boleh meloncat pantas ke tempat tinggi atau melompat turun dari tempat tinggi), bajang (biasanya untuk sihir), orang bunian dan hantu untuk berladang
  9. hantu jenis boleh bergayut di dahan pokok – ini jenis hantu raya
  10. hantu kubur (biasanya untuk sihir)
  11. hantu laut – sangat membantu untuk pelayaran dan menangkap ikan
  12. hantu pantai
  13. hantu pokok
  14. hantu tempat-tempat berpuaka
  15. hantu yang berterbangan di udara seperti penanggal dan lang suir (lang suyo)
  16. jembalang jenis binatang buas
  17. jembalang tanah

Sesetengah pendamping itu, ada yang berkembar dengan benda-benda seperti senjata, tongkat, permata, perkakas hiasan (terbuat daripada kayu, buluh atau logam), pakaian berwarna tertentu (biasanya kuning atau hitam – ada juga biru, hijau dan merah keemasan), gobek, kacip dan alat penyucuk sanggul.

Apa itu saka

Sebaik saja pembela asal pendamping itu meninggal dunia, semua hantu dan jembalang kesayangannya, juga zuriat hantu-hantu itu, akan berpindah ke tuan baru. Mereka yang terpilih di kalangan zuriat keturunan tuan asal, yakni calon pewaris, akan dihantui dengan berbagai gangguan dan tekanan jiwa supaya sanggup menerima dan menurut serta patuh kepada syarat perjanjian asal seperti yang dibuat dengan tuan asal. Dari segi pewaris, hantu-hantu itulah yang digelar SAKA. Jadi, maksud saka yang sebenarnya merujuk kepada saka keturunan. Peranannya serupa, malah ada yang mahu mengajar sesuatu ilmu dalam mimpi atau memberitahu sesuatu yang diperlukan.

Ringkasnya, saka ialah makhluk halus atau hantu jembalang (termasuk juga zuriat keturunan hantu dan jembalang yang asal) yang berpindah tuan ke kita sebagai pewaris yang ada hubungan darah dengan tuan asal hantu jembalang itu – itulah jin dan setan yang berperanan sebagai saka bagi kita. Itulah saka keturunan yang menimbulkan banyak masalah jika tak akur dengan kehendak mereka. Saka boleh menempat ke tuan baru sesukanya walaupun pembelanya masih hidup.

Jenis-jenis Saka

Saka sebenarnya banyak macam, sesuai dengan tugas yang diperlukan oleh tuan asal hantu-hantu saka berkenaan. Berikut ini ialah jenis-jenis saka yang dibangga-banggakan oleh pembela saka sesuai dengan peranan setiap satunya, walaupun merimaskan pembela dalam banyak perkara:-

  • saka beruang
  • saka bidan
  • saka buaya putih
  • saka buaya
  • saka hantu raya
  • saka harimau atau saka rimau
  • saka kingkong atau orang hutan – ini hantu raya kelas 1
  • saka kongkang
  • saka mawas
  • saka monyet
  • saka naga
  • saka nenek kebayan
  • saka orang asli
  • saka panglima
  • saka pelesit
  • saka penanggal
  • saka polong
  • saka pontianak
  • saka puteri
  • saka raja atau putera
  • saka serigala
  • saka silat
  • saka tok kong – hindu, cina, siam atau budha
  • saka ular

Peranan saka-saka itu ada yang serupa. Umumnya berbeza. Kita sebagai pewaris tak boleh nak memilih jenis yang kita mahu sebab kita dicari. Lain halnya dengan nenek moyang kita – mereka tuan pertama, mereka yang cari dan mereka yang pilih jenis apa yang mereka mahu. Kita terima saja jika sanggup.

Kerenah Saka

Yang sanggup menerima sakanya, saka peliharaan itu perlu diberi jamuan setiap suatu selang masa tertentu – misalnya setahun sekali. Kebanyakannya pula, pembela perlu ada ancak dekat dengan rumah – biasanya di belakang rumah. Ketika upacara berjamu, ada jenis jamuan tertentu yang perlu diletak atas bumi atau atas pelantar tinggi dan juga yang dihantar ke paya atau dihanyut ke sungai atau ke laut.

Ada sesetengah saka itu pula, perlu ada waris yang sanggup menjadi tuannya ketika pembelanya sedang nazak – selagi tiada penyanggup, nazaknya berterusan biarpun kulit dan dagingnya mula reput – tak mati-mati! Sebaik saja ada waris yang bersedia, nyawanyapun habis – pelik ‘kan?! Yang lain pula, ada yang perlu dibuka atap dan diletakkan sebutir tanah atau ranting kayu mati di dadanya, baru dia meninggal dunia. Ini masih ada diwarisi hingga sekarang tapi terlalu kecil bilangannya.

Kebanyakannya pula, bila pembelanya meninggal dunia, hampir semua zuriat keturunannya akan terus diekori oleh saka dan zuriat saka berkenaan. Mana yang bersemangat lemah (yakni aura pertahanan diri yang menyelaputi tubuh badannya tipis), bila ada peluang, mereka (yakni saka dan zuriat mereka) akan terus menyelinap masuk dan menetap dalam badan mangsanya (zuriat yang bakal mewarisi saka). Sebagaimana yang disenaraikan tadi, saka bermacam jenis. Itu jugalah sebabnya, yang ada saka, bila dia tak sedar atau “menurun”, dia akan bertingkah laku lebih daripada satu peribadi – antaranya sekejap mengaum, sekejap mengeleduk, sekejap mengilai, sekejap tergaru-garu, sekejap menggeliat, sekejap berlagak samseng, sekejap bersikap warak, sekejap sendawa, sekejap terkuap-kuap, sekejap gagap, sekejap bongkok macam bertongkat dan berbagai lagi.

Saka itu bila sukakan seseorang pewaris, orang itu akan dihinggapinya dan mula dibebankan dengan berbagai gangguan dan tekanan; baik segi emosi dan fikiran, maupun kesihatan; supaya mahu tunduk dengan berbagai kerenah sebagaimana perjanjian asal. Dia akan mengalami tekanan perasaan melampau sehingga jadi serba tak kena dan gelisah tak tentu pasal – biasanya bertukar jadi murung dan selalu tak sefaham dengan orang lain. Kesannya ialah semua kerja tergugat dan kesihatan juga jadi kian merosot. Ini akan terjadi walaupun yang punya diri tak ambil kisah sama sekali. Selagi tak akur, selagi itulah penderaan jiwa dan diri terus dilakukan oleh hantu-hantu saka itu. Bila dah tak tentu hala, mau tak mau, terpaksalah pergi berubat ke sana sini – samada untuk sedia menerima ataupun pergi buang. Yang buang ni, banyak yang gagal!

Walau bagaimanapun, kita tak boleh nak salahkan nenek moyang kita. Semasa zaman mereka, pendamping sangat-sangat diperlukan untuk meneruskan hidup – baik dari segi mencari rezeki mahupun keselamatan diri dan keluarga. Cuma silapnya mereka ialah perjanjian dengan jin setan itu bukan setakat diri dan keluarga mereka ketika itu saja, malah termasuk juga kita: zuriat mereka yang entah di mana ketika itu – bukan setakat 7 keturunan seperti mana yang diwarwarkan oleh orang-orang tua kita.

Untuk penjelasan: khusus kepada nak bercucuk tanam, ketiadaan pendamping tidak memungkinkan kerja-kerja itu terlaksana untuk menampung keperluan hidup mereka ketika itu. Bayangkan… Sebelum bercucuk tanam, hutan yang pokok-pokoknya sebesar dua ke empat pemeluk harus ditebang – untuk menumbangkan satu pokokpun belum tentu terdaya dilakukan dalam masa sehari sebab pokok besar terasnya besar. Teras lebih keras daripada batangnya. Amat sukar untuk dikerat dengan peralatan yang ada ketika itu. Batang pula harus dikerat-kerat sepanjang yang terdaya untuk dialih ke tempat lain. Keseluruhan kerja untuk menumbang dan mengalih segala batang, dahan, ranting dan daun serta membersihkan tapak satu pokok saja memerlukan tenaga dan masa tak kurang daripada seminggu jika dibuat seorang atau berdua – itupun jika bahan makanan dah ada tersimpan, bolehlah terus buat kerja itu saja. Jika guna khidmat pendamping, mula lepas Isya hingga hampir Subuh misalnya, memadang boleh siap. Esok-lusanya dah boleh bercucuk tanam, tak lama lepas tu, dah boleh mengutip hasil. Jika anda berhadapan dengan keadaan itu, kaedah mana yang anda pilih? Saya fikir anda setuju, jalan mudah ialah guna khidmat pendamping! Oleh kerana itulah kita tak usah salahkan mereka jika kita menderita akibat perbuatan saka keturunan yang mereka tinggalkan. Kita ikhtiar dan tawakkal kepada Allah – jalan penyelesaian akan terbuka luas, insya Allah; asal saja tidak pergi ke bomoh!

Beza saka dan jin setan selainnya

Sebenarnya, saka dan jin setan yang melata sama saja. Cuma bezanya ialah saka bermartabat tinggi, diikat melalui perjanjian dan mesti dijamu. Hingga ke tahun 2000, masih ramai yang mengadakan upacara berjamu. Sekarang ini, kalau adapun, mungkin di kampung-kampung terpencil saja. Sebabnya ialah kita kini dah tak kesah tentang kerenah saka – masing-masing kita bergelut mencari duit untuk menampung keperluan hidup ekoran sengitnya cabaran semasa. Berbaik dengan sakapun, bukan mendatang rezeki, malah terpaksa berbelanja untuk perkara-kara yang tidak mendatangkan faedah dan menjerumuskan kita kepada kemurkaan Allah!

Jin setan yang bukan dipesakai daripada nenek moyang, tidak tergulung dalam kategori saka walaupun kemampuannya menyerupai peranan saka. Contohnya ialah pendamping daripada guru yang menurunkan ilmu kepada muridnya seperti ilmu perbomohan, silat, kebal, kuat, pemanis, pelaris dan seumpamanya. Namun begitu, bila penuntut ilmu itu meninggal dunia, kebanyakan jinnya mencari badan baru – tumpuan utamanya ialah zuriat penuntut yang diminati saja. Saat itu, barulah ianya tergulung dalam kategori saka juga. Jika abaikan mereka, gangguan sebagaimana yang dilakukan oleh saka keturunan akan terjadi pada anak cucu keturunan penuntut ilmu tadi.

Tanggapan Pewaris Saka & Perkara Negatifnya

Sesetengah pewaris saka, ada yang rela dengan bangga dan sayangkan sakanya. Hampir semua mereka beranggapan bahawa saka sebagai penjaga dan penyelamat selain menggunakan saka untuk tujuan perbomohan dan memonitor hal orang lain. Saka memang mampu berbuat demikian dengan izin Allah kerana mereka bermatlamat untuk menunjuk-nunjuk kehebatan mereka kepada manusia. Pada mereka, mereka lebih bagus daripada manusia. Untuk itulah mereka beria-ia mempengaruhi manusia supaya bersikap nombor satu dalam semua perkara. Mereka jugalah yang mempengaruhi kita bersikap pemarah, bertengkar nak menang, menjatuhkan air muka seseorang di depan orang, tak amanah, banyak bohong, tak mengakui kesilapan diri sendiri, nakkan orang ikut kata, tak bertolak ansur dan tak nak dengar nasihat serta banyak lagi perkara-kara yang negatif. Orang yang begitu biasanya tidak berminat untuk melakukan ibadah kepada Allah. Ada yang waktu sihatnya warak, bila lanjut usia jadi sebaliknya – jadi nyanyuk dan tak kurang juga yang hingga sanggup main dan makan najis sendiri.

Dalam keadaan apa juapun, gangguan kesihatan oleh saka akan makin terasa sesuai dengan peredaran masa. Ianya boleh berkesudahan dengan hilang kawalan diri dan bertindak yang pelik-pelik. Yang menjadi mangsa ialah orang yang terdekat dengan kita, pada hal kita dituntut supaya berbaik-baik dan sayang menyayang sesama kita – bukan bermusuhan dan cari gadoh atau menyusahkan orang lain!

Semua itu adalah sifat tercela yang Allah murka. Berbaik dengan saka bermakna mengundang azab Allah di akhirat kelak, lebih-lebih lagi melakukan upacara berjamu, buat ancak dan mendewa-dewakan saka, itu perbuatan syirik! Perasankah anda bahawa hampir semua pembela saka tidak ada yang hidup mewah walaupun ada banyak harta? Soalannya kenapa? Jawabannya ialah kerana Allah murka sebab menduakanNya! Biasanya orang yang bersaka, ibadah kepada Allah dianggap ringan dan kerana itu ramai yang mengabaikan solat ketika dah nak hampir penghujung umur.

Sedikit Nasihat

apa itu saka & ayat pendinding

Lupakan ayat & doa pendinding, jika dah kena, lebih baik berubat ke perawat Islam yang pakar

Dah jelas apa itu saka dan perkara negatifnya, jika anda bermasalah saka dan sayangkan diri – terutamanya tentang keadaan anda di dunia akhirat kelak, berusahalah pergi buang saka dalam diri anda. Jika setakat mengamalkan ayat-ayat, saka tak akan terusir keluar sebab ianya dah kebal dengan ayat-ayat yang pernah anda baca. Jika anda baca beribu bilangannyapun, paling-paling hantu saka tu terpelanting keluar waktu itu tetapi akan masuk balik sebaik ada peluang. Silalah berubat di tempat yang perawatnya tidak menggunakan khidmat pendamping (sila klik untuk tahu ciri-cirinya) dan kaedahnya bukan hanya membaca ayat atau ruqyah semata. Cara itu positif tak akan berjaya mengusir jin setan saka atau hantu saka semuanya sebab jin saka berderajat tinggi dan tentunya memiliki ilmu bertaraf tinggi juga – itu yang susah nak selesaikan masalah saka tu!

Untuk pengetahuan, kaedah kami menarik jin keluar daripada badan pesakit dah banyak membantu menyelesaikan masalah saka yang hebat-hebat. Namun demikian, kami tak sebagus manapun. Yang paling gagah hanya Allah! Kami tak janji sekali boleh selesai. Hajat kami nak buat sekali saja sebab nak tengok hantu selalu bukannya cantik sangatpun. Berminat nak cuba, sila telifon kami (bukan SMS ya) untuk buat temujanji.

Semuga maklumat tentang apa itu saka, saka keturunan dan jenis saka yang saya paparkan tadi lebih mencerahkan fahaman anda tentang maksud saka dan perkara-perkara negatifnya. Lupakan niat mempelajari sesuatu ilmu berkaitan dengan khidmat jin setan dan membela saka – nanti tua jadi nyanyuk dan main kotoran termasuk najis sendiri. Yang paling baik ialah setiap kali ada masa lapang, bacalah al-Quran – tak perlu banyak, asalkan baca! Setiap kali selesai, berdoa supaya selamat di dunia dan akhirat, akhiri dengan selawat 7x. Jika sanggup, amalkan selawat 100x sehari. Insya Allah, Allah akan lapangkan hidup anda dalam semua hal. Ramai yang akan berbaik dengan anda – kurang masalah keduniaan! Kalau tak percaya, sila cuba hingga 40 hari. Anda akan tau sendiri.

Sila ambil manfaat mana yang sesuai! Wallahu a’lam.

Ubat Sakit Lutut Tradisional, Farmasi & Makanan Sunnah

Ubat Sakit Lutut Tradisional, Farmasi & Makanan Sunnah

Ubat Sakit Lutut Tradisional, Farmasi & Makanan Sunnah

Ubat sakit lutut tradisional, farmasi dan makanan sunnah – jom kita tinjau bersama: kenapa yang tradisional terabai dan betulkah yang terbitan makanan sunnah bagus? Bila dah faham, kebaikannya akan menyusul, insya Allah. Ubat sakit lutut tradisional, farmasi dan makanan sunnah (sesuai di rujuk sebagai supplement makanan sunnah) mempunyai satu matlamat yang sama iaitu untuk penyembuhan. Namun, jika ditinjau dari sudut lain, ubat farmasi memang diasaskan untuk mengaut keuntungan (anda boleh layari internet tentang perkara ini). Supplement makanan sunnah juga untuk keuntungan, mungkin berganda-ganda macam ubat farmasi. Yang untuk keuntungan terkecil ialah ubat tradisional – jika hanya beritahu petua saja; jelas pemberitahunya tak ada untung sama sekali; jika adapun hanya setakat secawan kopi atau teh dan seketul dua kuih ketika berbual tentang perkara itu.

Untuk makluman, ubat farmasi di sini termasuk juga ubat yang diperolehi di klinik atau hospital. Nama dan jenis ubatnya banyak macam. Anda boleh ketahuinya di internet. Penjelasan tentang kesan sampingannyapun ada dilengkapkan bersama.

ubat sakit lutut tradisional

Ubat tradisional pula merujuk kepada ubat daripada bahan semulajadi sebagaimana yang dipesakai daripada orang tua-tua terdahulu ataupun ringkasnya daripada nenek moyang. Khusus kepada masalah sakit lutut, ini ada 3 jenis bahan yang boleh diambil manfaat:-

  • halia: tumbuk dan param ke lutut yang sedang sakit sehingga ianya kering, insya Allah sakit akan beransur reda
  • minyak zaitun yang warnanya kehijauan: minum sesudu pagi dan dua sudu sebelum tidur malam. Amalkan dalam masa seminggu
  • habbatus sauda: secamca waktu sarapan pagi dan secamca malam – eloknya atur lebih kurang 12 jam selang masanya. Atau untuk mudahnya, beli minyak habbatus sauda yang bentuk kapsul atau softgel, telan sebiji pagi dan sebiji malam. – jika dah agak OK sakit lutut tu, berhenti ataupun kurangkan dosnya sebab ada mudaratnya.
ciri sakit lutut teruk yang ubat sakit lutut tradisional tak dapat atasi

ciri-ciri sakit lutut pada tahap teruk

Begitu jugalah halnya dengan penggunaan minyak kayu putih atau rebusan sayur bendi dengan cara yang betul akan banyak membantu mengurangkan kesakitan yang dideritai. Jika TAK SATUPUN cara tersebut tadi berkesan, itu bermakna lutut anda dah berada pada tahap teruk (sila rujuk gambar itu).

Semua bahan yang dinyatakan tadi dan juga yang dalam rujukan ini (sila klik atau sentuh perkataan itu – muga-muga laman sesawang itu masih aktif) ialah ubat tradisional yang asli – menggunakan bahan semulajadi tanpa campuran apa-apa! Yang dah dicampur dengan berbagai ramuan atau bahan bersteroid, tujuannya untuk menonjolkan keberkesanan segera, tidak tergulung dalam kategori ubat sakit lutut tradisional. Begitu jugalah halnya tentang makjun.

Jika anda googleubat sakit lutut tradisional” pada halaman 1 & 2, hanya satu saja laman sesawang yang benar-benar berkaitan dengan ubat tradisional. Yang lainnya, semua berkaitan dengan nak jual ubat komersil – supplement atau herba. Ini menonjolkan fakta bahawa ubat sakit lutut tradisional:-

  • tak banyak macamnya
  • tidak mendapat pasaran yang baik dan untungpun sikit sangat
  • masyarakat kita tidak berminat dengan ubat cara tradisional ataupun mereka dah gelap mata dengan ubat moden dan ubat komersil – sesuai dengan peredaran masa, ubat sakit lutut tradisional akan ditelan masa

ubat sakit lutut komersil

Ubat sakit lutut tradisional sebenarnya tak sama dengan ubat terbitan komersil berjenama yang banyak di pasaran ketika ini – kebanyakannya harus dibeli melalui ejen jualan langsung. Ada juga yang menganggapnya supplement atau herba. Ubat yang sebegini kebanyakannya lengkap dengan kelulusan pihak kementerian. Ubat jenis inilah sebenarnya PESAING ubat tradisional dan ubat farmasi.

Dalam banyak hal, mudarat yang bakal timbul kemudiannya tidak dipaparkan sama sekali. Tegasnya, tiada ujikaji berstatistik melibatkan pengguna (yakni pesakit) untuk sesuatu tempoh masa dilakukan – ertinya matlamat pembuat ialah buat asal jadi dan boleh jual, dapat untung! Mereka tidak prihatin tentang kesihatan pengguna. Sepatutnya ubat yang ada kelulusan pihak kementerian mempunyai maklumat lengkap tentang kesan sampingan ubat berkenaan. Bagusnya ubat doktor atau farmasi pula ialah kesan sampingan ubat boleh diketahui melalui berbagai sumber, termasuk bertanya terus kepada doktor yang merawat. Dalam hal ini, mereka jujur!

Ubat komersil ikut ceritanya, semua bagus. Fakta yang amat perlu dicungkil daripada penjual atau pengedar ubat berkenaan ialah: apa akan jadi jika dah tak sakit, berhenti guna ubat atau supplement tu, sakit balik tak? Jika tegasnya tak sakit balik, itu betul-betul UBAT BAGUS! Jika jawabannya sakit semula atau sakit sikit-sikit ataupun tak pasti, lebih baik lupakan saja sebab ianya semacam juga dengan ubat farmasi – perlu terus bertaguk jika tak nak sakit. Kita seboleh-bolehnya tak nak ubat yang begitu! Betul tak?

ubat sakit lutut makanan sunnah

Sekarang ini, banyak pengeluar ubat berjenama yang menggunakan perkataan makanan sunnah. Ubat atau supplement sakit lutut yang ini mengambil sempena beberapa ramuan makanan sunnah. Secara amnya, ada yang terbuat daripada campuran belasan ramuan; malah ada juga yang puluhan ramuan; dan dikaitkan dengan perkataan makanan sunnah. Ini sedang hebat diiklankan. Anda harus berhati-hati tentang perkara yang begini sebab setiap jenis ramuan mengandungi beberapa sebatian aktif semulajadi. Jika makannya berasingan tak jadi masalah – ianya tergulung dalam kategori ubat tradisional semulajadi juga. Yang gabungan beberapa ramuan, itu yang membimbangkan – lebih-lebih lagi jika pengambilannya secara berterusan.

Ketahuilah bahawa ada di antara sebatian aktif sesuatu makanan akan segera bertindak balas sebaik saja tercampur dengan sebatian tertentu daripada makanan lain. Ini akan mendatangkan mudarat kepada pemakan supplement berkenaan. Kita ambil contoh kurma dan habbatus sauda – kedua-duanya dihebahkan banyak kebaikan untuk kesihatan. Anda boleh layari internet tentang itu. Persoalannya: apakah cuka kurma yang dicampur dengan habbatus sauda mendatangkan kebaikan dari segi kesihatan? Setahu saya, tidak ada pula Rasul kita kata kedua-dua bahan itu bila dicampur boleh jadi ubat. Sekiranya ada hadis yang menegaskan begitu, bermakna itu bukan Rasul kita yang kata! Yang ahli hadis, perlu tapis yang ini!

Faktanya begini: sebarang cuka rasanya masam. Sesuatu yang masam, kandungan asidnya tinggi. Walaupun ianya dicampurkan dengan habbatus sauda – diketahui ramai ianya berkhasiat untuk kesihatan (sila klik atau sentuh ungkapan berwarna itu jika anda nak tahu kandungan sebatiannya), rasanya tetap masam – ertinya campuran itu berasid. Mereka yang bermasalah kandungan asid tinggi dalam badan; sebagaimana pesakit lutut, gastrik, pedih ulu hati pijar naik ke atas, gout, sakit-sakit sendi dan kanser; bila minum campuran ini positif akan beransur menderita. Tak percaya, sila cuba! Tegasnya, walaupun ianya terhasil daripada ramuan sebilangan makanan sunnah, belum tentu ianya mendatangkan kebaikan kepada penggunanya.

Satu masalah lagi tentang bahan makanan sunnah ialah sukatan makannya. Kita ambil contoh habbatus sauda, ianya sesuai untuk mengurangkan masalah sakit lutut dan sakit sendi. Khusus kepada minyak habbatus sauda berbentuk softgel, ada yang mengesyorkan satu atau dua biji sekali pagi dan sekali petang dan ada pula yang kata sebiji sekali tiga kali sehari. Ada pula yang aturkan 2 biji lepas sarapan. Nampak gayanya, sukatan-sukatan itu hanyalah suatu syor daripada pihak pembuat – lain jenama lainlah aturan makannya. Ianya tanpa kajian saintifik melibat pengguna sebenar. Sila ambil perhatian bahawa:-

  • kesan sampingannya ialah terganggunya pembekuan darah bila luka – ertinya, darah akan meleleh berminit-minit lamanya, payah nak berhenti
  • tak lama lepas telan softgel, terasa pula pening kepala – itu kesan terlebih ubat (overdose)

Yang membimbangkan pula ialah entah-entah ada bahan tambahan lain kerana pihak pembuat berlawan-lawan supaya lebih laris. Produk yang cepat memberi kesan, itu yang jadi pilihan ramai. Kesan disebaliknya, ramai yang terlepas pandang. Ini juga berlaku untuk ubat farmasi. Nasihat saya, berhati-hatilah! Sekali tersilap langkah, menderita hingga ke akhir hayat kerana terganggunya sistem badan oleh ubat atau supplement secara beransur-ansur setelah sekian lama masa berlalu. Tiada cara untuk memulihkan kesihatan seperti asal yakni sebelum menelan ubat berkenaan.

Semuga semua penjelasan yang saya utarakan tadi boleh anda ambil manfaat. Anda bebas untuk memilih ubat dan rawatan sakit lutut yang bersesuaian. Untuk anda yang sedang sakit lutut pada tahap teruk tapi masih boleh berjalan, jika boleh, elakkanlah kaedah pembedahan sebab jika tersilap buat, anda akan menderita dan tak boleh berjalan selamanya – ibadah jadi tak sempurna dan banyak yang akan terabai! Pihak yang membedah akan lepas tangan walaupun dia seorang doktor pakar! Banyak yang dah terjadi begitu. Yang bernasib baik, harus bersyukur banyak-banyak! Ramai yang dah mengalami. Yang elokpun hanya untuk beberapa bulan saja, timbul masalah juga kemudiannya.

Untuk anda yang berminat ataupun nak cuba-cuba berubat sakit lutut selain kaedah perubatan moden dan ubat farmasi, saya pelawa anda untuk datang berubat dengan cara kami. Sebelum itu, eloklah cuba fahami dulu kaedah alternatif rawatan sakit lutut kami ini (sila klik atau sentuh ungkapan yang berwarna itu). Kami tak guna sebarang ubat, hanya air! Sila ambil perhatian: kami tak janji apa-apa. Jika anda sembuh, itu rahmat Allah untuk anda – segera dirikan solat sunat syukur 2 rakaat!

 

penawar sakit kepala – jom selami sebab sakit kepala

penawar sakit kepala & sebab sakit kepala

penawar & sebab sakit kepala

Penawar sakit kepala dan sebab sakit kepala adalah dua perkara penting yang patut diketahui oleh mereka yang selalu sakit kepala. Kita masih tertanya-tanya: betulkah ada ubat penawarnya? Jika ya, kenapa masih ramai pengidap sakit kepala yang sama masih berulang-alik ke klinik atau hospital? Tak kurang juga yang berubat cara tradisional dan perubatan alternatif – tapi entahlah, kemudiannya mereka memilih ubat moden juga! Contoh mudahnya, sakit kepala kerana darah tinggi: makan ubat darah tinggi tidak juga menyembuhkan sakit kepala – hanya hilang sekejap saja kerana adanya peranan ubat tahan sakit, beberapa jam kemudian sakit balik. Ini memberi petunjuk bahawa samada perawatnya tak tahu apa ubat dan penawarnya ataupun dia tenggelam punca walaupun adanya bantuan berbagai peralatan moden.

Penawar dan ubat adalah dua perkara yang berbeza. Penawar bertujuan untuk melenyapkan rasa sakit tapi bukan penyembuhan 100%. Bagi kami, penawar sakit kepala yang memberi kesan positif ialah sesuatu yang mengambilkira sebab sakit kepala. Jika fakta ini dibelakangkan, penawar berkenaan hanya bertindak semacam ubat tahan sakit saja. Jika begitu, tak payahlah susah-susah nak cari penawar, telan aje ubat tahan sakit!

Sebab sakit kepala boleh dikategorikan kepada dua faktor iaitu:-

  • faktor dalaman – penyakit atau kesihatan badan yang kian merosot
  • faktor luaran – kebiasaan diri tentang sesuatu; misalnya ketageh, lebih atau kurang tidur, lebih atau tak sesuai ubat, kurang makan atau tak makan ketika lapar dan berbagai lagi

Yang faktor luaran tu boleh kita atasi sendiri – mampu tidaknya, tergantung kepada kegigihan dan kecekalan individu itu sendiri. Yang faktor dalaman itulah yang menjadi penyebab kita perlu segera mendapatkan penawarnya sebelum melarat. Maklumat lanjut tentang sebab sakit kepala boleh anda rujuk ke laman sesawang ini: sebab sakit kepala (sila sentuh atau klik perkataan yang berwarna itu!).

Untuk anda yang sedang sakit kepala, sila cuba cara termudah berikut ini. Muga-muga ada kebaikannya. Jika setelah dicuba, ianya tidak berkesan sama sekali bermakna keadaan sakit kepala anda sudah pada tahap teruk. Jangan biarkan! Segeralah dapatkan rawatan walaupun ianya tak menghilangkan sakit kepala 100%:-

Sebelumnya, pastikan perut tak kosong dan minum air 2 3 gelas dulu. Jirus air sejuk atas kepala berterusan selama sekitar 10 ke 15 minit. Bilas sekejap seluruh badan dengan air sejuk juga. Kemudian samada anda baring atau duduk, halakan kipas laju ke muka sekitar 20 ke 40 minit – pastikan semua tingkap terbuka. Insya Allah, akan reda sakit kepala anda!

Penawar sakit kepala cara Islam pula, yang betul-betul mujarab agak sukar ditemui. Dalam Qur-an memang ada satu ayat penawar yang boleh diambil faedah sebagai doa untuk merawat sakit kepala ataupun doa untuk hilangkan sakit kepala iaitu ayat 19 surah Al-Waqiah. Yang nak jadi perawat, bolehlah mengamalkannya sehingga 100% JADI – tapi awas: mesti dengan cara yang betul supaya jin dan syaitan tak ambil kesempatan! Jika beramal sambil lewa atau baca sekali sekala bila perlu atau masa nak guna baru baca, positif tak akan JADI! Oleh kerana itulah ramai di kalangan kita yang pergi berubat ke perubatan alternatif Islam, ada masanya JADI dan kerap pula yang kesannya ada sedikit saja atau gagal sama sekali. Jika pesakit pula yang buat sendiri, positif tak akan berkesan sebab sesiapapun tak boleh fokus dalam keadaan sakit.

Untuk mengamal sesuatu ayat Qur-an, pengamalnya mesti memiliki suatu kecekalan dan kekentalan atau kualiti diri yang disukai oleh Allah serta tekun sehingga JADI. Dalam keadaan semasa kita ketika ini, bukan mudah nak capai tahap itu walaupun si pengamal seorang yang hafal Qur-an. Mungkin anda kurang setuju dengan pernyataan ini tapi ini fakta yang harus kita sama-sama terima. Boleh cuba jika tak percaya!

Satu perkara yang perlu diambil perhatian ialah berubat berasaskan ayat Qur-an memang bagus tapi perlu ulang. Ianya penawar bukan penyembuh 100%. Ulangannya taklah sampai berpuluh kali, lebih-lebihpun dalam lingkungan 3 ke 7 kali.  Oleh itu, pesakit perlu berubat pada perawat yang pakar dan tahu tentang sebab sakit kepala – hanya perawat yang telah dikurnia oleh Allah ilmu tersebut saja yang boleh menangani masalah sakit kepala dan migrain. Yang lainnya boleh kita kelaskan kepada peringkat belajar dan sedang mencari-cari kerana belum mencapai tahap yakin 100%.

Untuk mendapatkan penawar sakit kepala, mahu tak mahu, anda harus mengenalpasti perawat yang merawat berasaskan sebab sakit kepala. Kaedah rawatannya lebih tepat berbanding dengan cara lain – insya Allah anda akan sembuh daripada penderitaan anda akhirnya! Jika setakat baca-baca saja, payah nak sembuh sepenuhnya – yang sembuh tu kerana penyakitnya belum sampai tahap berat. Untuk yang tak sabar dan nak lekas sihat, sila hubungi kami untuk buat temujanji berubat.

Untuk anda yang berminat atau lebih mempercayai perubatan moden berbanding dengan yang alternatif, silakanlah! Pesan saya ialah berhati-hatilah. Lambat laun buah pinggang anda akan rosak dan terpaksa menjalani dialisis. Secara peribadinya saya nyatakan di sini bahawa pihak hospital atau klinik masih belum ada ubat atau penawar sakit kepala dan migrain yang betul-betul menyembuhkan. Mungkin ubatnya ada tapi dirahsiakan atas faktor keuntungan dan pekerjaan. Wallahu a’laam!

 

Ubat Pening Kepala Punca Pening Kepala Kian Teruk

Ubat Pening Kepala Punca Pening Kepala Kian Teruk

Ubat Punca Pening Kepala Kian Teruk

Ubat pening kepala ialah punca pening kepala jadi kian teruk. Anda setuju tak? Agak sukar dipercayai ‘kan? Jika anda seorang penderita pening kepala, perasankah anda bahawa lepas makan ubat pening kepala, beberapa jam kemudian sakitnya mula terasa semula. Setelah masa berlalu agak lama, pening kepala yang anda rasai makin berat tak boleh tahan pula walaupun makan ubat. Apa yang terjadi sebenarnya?

Ubat pening kepala ada bermacam-macam, baik yang perubatan moden mahupun yang tradisional, juga yang perubatan alternatif dan bekam. Fakta yang agak tak boleh disangkal ialah ramai di kalangan kita sentiasa bertaguk dengan ubat klinik atau hospital. Macam-macam cuba tapi tak baik-baik juga, malah jadi tambah berat tak tertahan! Itu yang saya kata ubat puncanya!

Jika kita layari internet, terdapat bermacam hujah tentang punca pening kepala, malah istilahnyapun mengelirukan. Secara ringkas, punca pening kepala boleh dibahagi kepada dua iaitu:-

  • faktor dalaman – ada penyakit dalam diri
  • faktor luaran – pengambilan ubat atau kekurangan sesuatu yang biasanya ada; contohnya kurang makan, kurang air, kurang tidur atau ketageh sesuatu

Faktor luaran, selain kesan sampingan ubat, mudah diatasi, asal saja kita tahu apa masalahnya (perkaranya). Faktor dalaman pula tidak semudah yang disangka, lebih-lebih lagi jika ianya berkaitan dengan sihir atau jin. Oleh itu, kita perlu tahu apa penyakit dan penyebabnya. Kebanyakan penyakit pula tak mudah diubati atau belum jumpa ubat penyembuhnya. Keadaan inilah yang menjadikan penderita pening kepala terus bermasalah tanpa penyelesaian – asyik telan ubat terus menerus walaupun seluruh badan rasa makin lesu atau terpaksa jumpa pakar sakit jiwa kemudiannya.

Dalam Islam ada diberitahu bahawa segala penyakit berpunca daripada perut – amat disarankan supaya makan tidak terlalu kenyang dan minum tidak sampai terdengeh-dengeh. Kita pula tak ambil kisah atau tak nak ambil tahu langsung tentang kesan makan minum berlebihan atau kita sedia berlapar ketika rasa lapar. Ketahuilah bahawa kesan berlapar atau mengisi perut berlebihan, samada makan atau minum, merosakkan sistem penghadaman kita secara perlahan. Bila kerap begitu, sakit angin gastrik akan muncul diikuti pula dengan pedih ulu hati pijar naik ke atas dan sesak nafas serta kembung melampau diikuti dengan gangguan buang air besar – kesemua keadaan yang begini memang menokok paras toksik dalam badan. Ini menggangu perjalanan darah dalam badan – yang mudah terasa pada kita ialah sentiasa rasa pening kepala. Akibat yang tak boleh dielakkan ialah kandungan asid dalam badan jadi kian pekat – kemudian ianya mengundang sakit gout, sakit sendi, kanser dan berbagai lagi.

Bagi anda yang masih muda dan sihat, eloklah ambil perhatian tentang penerangan dan fakta yang saya paparkan tadi supaya sentiasa segar dan nyah ubat – hidup ceria selalu serta boleh menjalankan tugas harian secara produktif dan kurang masalah penyakit moden.

Semuga kunjungan anda ke halaman ini ada manfaat yang positif. Untuk maklumat secara terperinci tentang ubat pening kepala dan puncanya, sila sentuh atau klik ini: ubat pening kepala dan punca pening kepala.

Marilah fahami kesihatan diri – hati-hati makan ubat dan makan minum!

Marilah fahami kesihatan diri – hati-hati makan ubat dan makan minum! Ramai di kalangan kita yang makan berbagai ubat, herba, vitamin dan supplement tanpa mengambilkira keadaan dalaman diri sendiri. Setengahnya pula ada yang asal beli, pantang dengar ada ubat bagus. Sebenarnya, bagus itu dari segi penjual! Kita pengguna, belum tentu bagus. Berhati-hatilah makan ubat! Mari bersama saya dalami fakta tentang kesihatan diri dan sakit. Semuga banyak manfaat untuk anda. Inilah hadiah saya yang amat berguna untuk anda yang bermasalah kesihatan diri.

Secara amnya, keadaan badan kita yang paling stabil ialah waktu awal muda. Kita rasa amat sihat dan cergas waktu itu. Jarang sakit, jarang selsema, jarang demam dan sebagainya. Jika disuruh makan ubat ketika demampun misalnya, kita mengelak. Sesuai dengan peredaran masa, kesihatan diri beransur kurang memuaskan. Kenapa begitu? Jawaban mudahnya ialah kita tak jaga diri yang diamanahkan Allah kepada kita. Kita makan minum sesuka hati, kita tidur sesuka hati – tak kira tempat dan masa. Lebih-lebih lagi makan secara buffet – selagi tak kenyang tak berhenti, dah kenyangpun sumbat lagi! Itu saya waktu muda-muda dulu. Anda mungkin tak macam saya!

Bila dah sakit, makan ubat tak kira apa. Ada orang kata elok, kita segera cuba – matlamatnya nak cepat baik. Malah halal haram ubatpun kita terlupa nak ambil kisah. Ini kenyataan kebanyakan kita – termasuk juga saya. Akibatnya, kita mula sakit-sakit pada usia yang agak awal daripada yang sepatutnya. Apa yang dapat kita hayati tentang makan ubat ialah boleh dikatakan semua ubat memudaratkan bukan menyembuhkan – racun! Kesegaran hanya sementara; bertahan dengan ubat tahan sakit; dan terasa kesihatan diri kian merosot kemudiannya. Ini fakta, anda boleh tanya kebenaran ini kepada semua mereka yang berulang-alik ke klinik dan hospital ataupun mereka yang ke pusat dialisis.

Ini ada satu perkara BENAR – umurnya sekarang 25 tahun. Dia mengambil supplement untuk mengurangkan berat badan sejak berusia sekitar 17 tahun. Sekarang dia menjalani dialisis akibat supplement yang dimakannya telah merosakan buah pinggangnya. Jika tak silap, dialisisnya 3 kali seminggu dan minum airpun dihadkan tak melebihi 0.5 liter sehari semalam. Ambillah ini sebagai tauladan – jaga kesihatan diri!

Jika kita perhatikan orang tua di kampung, dah berumur 70 80 tahun lebih, masih sihat dan cergas buat kerja. Kita di bandar, ada yang baru nak masuk tiga puluhan, dah sakit itu sakit ini. Kerana apa? Faktanya ialah mereka itu, siang penat kerja, malam cepat tidur dan makan minum terjaga – contohnya, mereka tak terlalu teransang untuk minum air gas selalu, makanan dalam tinpun jarang mereka makan kerana kesempitan duit. Sayur-sayuranpun banyak yang ditanam sendiri – terhindar daripada racun serangga dan lainnya.

Fakta yang amat perlu diambil perhatian dalam hal ini ialah semua makanan dalam tin dan air bergas kandungan asidnya tinggi. Air RO (osmosis berbalik) juga termasuk dalam kategori berasid. Jika anda tak percaya, beli cairan atau kertas penguji pH di farmasi dan anda uji sendiri.

Fakta selanjutnya ialah semua penyakit kian menjadi-jadi dalam suasana badan yang berasid. Lagi tinggi kepekatan asid dalam darah, lagi menjadi-jadilah berbagai penyakit dalam diri – antaranya untuk pengetahuan anda ialah barah, gastrik, sakit ulu hati, gout, kencing manis, darah tinggi, leaukemia, SLE dan banyak lagi… Khusus kepada penyakit kanser misalnya: sel kanser lebih aktif membiak dalam suasana badan yang berasid tinggi. Itu jugalah sebabnya mereka yang menjalani pembedahan sesuatu penyakit kanser, tak lama kemudian kanser itu ada lagi – kadar merebaknya pula lebih cepat daripada sebelumnya.

Jika dikaitkan dengan oksigen, badan yang berasid, kadar oksigennya rendah daripada yang sepatutnya. Lagi tinggi kepekatan asid, lagi kuranglah oksigen dalam badan – ertinya badan kian bertoksik, lagi biaklah penyakit dalam diri dan selera makan minumpun mula menyusut. Itulah juga yang terjadi pada orang yang dah berumur, menjadi makin lemah dan beransurlah kurang aktif. Limpahan asid penghadaman berlebihan mula terjadi dalam perut, ekoran tiada selera makan. Setibanya makanan terhadam di usus kecil, semua zat makanan dan juga asid diserap ke dalam darah. Ini menyebabkan asid dalam darah kian pekat – mulalah kurang tenaga kerana berkurangannya oksigen, bermakna toksik jadi kian bertambah. Mulalah sakit beransur berat…

Bagi kita yang termasuk dalam kategori sihat, janganlah cepat-cepat melatah nak ambil vitamin ataupun minum itu ini, nakkan lagi sihat. Jika anda buat begitu, kesihatan diri anda akan cepat merosot – jika tak percaya, sila cuba! Kita sepatutnya teruskan kegiatan harian. Bila mula terasa kurang cergas, segera minum madu lebah asli (sila klik atau sentuh untuk tahu selanjutnya). Madu BUKAN gula dan ianya segera diserap ke sistem badan – tak melalui proses penghadaman. Lagipun, Allah dah bagitau dalam Quran, madu lebah banyak kebaikan (penawar) untuk manusia. YAKIN AJE! Namun begitu, elakkan minum madu waktu perut masih kosong – lebih-lebih lagi waktu baru bangun pagi. Tak percaya, sila cuba! Insya Allah anda akan menderita, ianya bermula dengan kembung dan senak ulu hati. Tahap berikutnya sakit ulu hati pijar ke atas. Tahap teruk selanjutnya, sesak nafas atau sakit kepala. Lain-lain penyakit akan muncul kemudiannya..

Bagi kita yang berpenyakit, jika kita terus makan minum bahan yang dalam kategori berasid, badan kita akan terasa makin kurang segar. Makan ubatpun setakat bertahan saja – tak lama kemudian terasa penyakit makin berat pula. Ini terjadi kerana semua ubat bersifat asid kecuali ubat anti-asid. Kegiatan ini sebenarnya menambahpekatkan kandungan asid dalam badan. Satu-satunya cara untuk mengatasi semua ini ialah:-

  • banyakkan bersiar sambil menyedut udara segar di luar rumah – eloknya 4 5 kali sehari, lebih kurang 5 minit setiap kali. Ini penting untuk membekalkan banyak oksigen dalam badan supaya semua sel segar dan akif. Udara terkumpam dalam rumah atau bangunan melemahkan sistem pertahanan badan.
  • kurangkan makan ubat – yang sebaiknya lupakan semua ubat jika mampu dan beralihlah kepada penjagaan kesihatan diri yang teratur
  • makan minum bahan yang sifat alkali – jika tiada pilihan, bolehlah bahan yang asidnya terlalu rendah; sayur-sayuran segar juga lobak dan buah-buahan cukup ranum serta air kelapa dan juga isinya elok diutamakan
  • Jangan biarkan perut lapar lebih dari 5 minit, eloknya bila rasa nak lapar, cepat-cepat makan – tak semestinya nasi tapi makannya agak terasa perut tu ada isinya, bukan setakat sekeping roti atau biskut. Ini bertujuan supaya asid perut tidak merosakkan bahagian dalam dinding perut. Jika terbiar, boleh menimbulkan calar-calar pada dinding itu. Pada peringkat yang lebih teruk, wujud ulser pula. Keadaan ini akan merosakkan saraf-saraf bahagian dalam dinding perut, lambat laun akan menimbulkan masalah asid perut keluar berlebihan. Bahaya & akan menderita jadinya!  

Oleh kerana kepekatan asid dalam badan menjadi punca tergugatnya kesihatan, demi menjaga kesihatan diri supaya sihat sejahtera, eloklah elakkan seboleh-bolehnya makan minum semua bahan yang MASAM rasanya (boleh rasa sikit, bukan tak boleh langsung!) termasuklah semua buah muda dan yang belum cukup ranum, jeruk, sebarang cuka dan sos yang ada bau cukanya. Lupakan jus delima dan durian belanda, cuka epal dan cuka kurma serta lemon. Ikut teorinya bagus – itu sebenarnya bagus untuk orang sihat iaitu kepekatan asid dalam badannya pada tahap paling cair. Namun, jika tak ambil kesah tentang ini (yakni terus makan minum bahan yang masam-masam seperti biasa) kerana badan rasa sihat dan segar, sesuai dengan tabiat makan minum, ketahanan sistem badan akan segera menyusut. Ini kemudiannya akan mengakibatkan paras asid dalam darah beransur tinggi lebih segera daripada yang sepatutnya – ertinya, ada mudaratnya!

Untuk yang bermasalah angin gastrik, sakit ulu hati rasa pijar melonjak ke atas (reflux atau heartburn atau GERD) dan pengidap kanser, sila hindari minum madu kelulut. Juga cubalah sedaya upaya kurangkan seboleh mungkin makan minum semua yang masam rasanya dan semua bahan yang berikut ini:-

  1. daging lembu – seketul dua boleh! Tukarlah kepada daging ayam dan kambing
  2. sotong, udang, ketam dan siput-siput laut tapi jenis ikan segar tak banyak mudaratnya – rasa-rasalah dulu, mungkin ada di antaranya yang tak sesuai dengan sistem badan anda
  3. minuman bergas dan makanan dalam tin (terutamanya sardin) – termasuklah susu kering/tepung dan susu dalam tin (susu segar dan susu kambing OK)
  4. telur, kicap, kacang, roti putih (roti perang OK), kopi – terutamanya kopi 3in1 (ada sejenis kopi yang boleh menjadi penyebab buasir – hati-hati ya!), kerepek pisang dan nasi sejuk (nasi malam yang nak dimakan waktu siangnya ataupun nasi tengahari nak dimakan waktu malam tanpa dipanas secukupnya atau dimasak semacam nasi goreng)

Semuga anda mula memahami keadaan kesihatan diri anda. Elakkanlah semampu mungkin semua jenis ubat termasuklah herba, vitamin dan supplement. Orang yang sihat, tubuh badannya tidak memerlukan itu semua sebab sistem badannya seimbang dan sentiasa bersiap sedia menghasilkan semua unsur keperluan badan semasa. Jika ditambah dengan berbagai ubat dan vitaminpun, semuanya akan jadi bahan buangan dan toksik – membazir serta beransur-ansur akan memudaratkan sistem badan. Kesan utamanya buah pinggang. Agar kesihatan diri sendiri terkawal, berhati-hatilah makan ubat serta makan minum. Insya Allah anda akan sihat dan ceria selalu.

Rawatan Kesihatan Perubatan Islam Suatu Alternatif Perubatan Moden

Ramai di kalangan kita yang tidak menyedari bahawa rawatan kesihatan perubatan islam adalah suatu alternatif kepada perubatan moden yang di klinik ataupun hospital. Fikiran kita telah dijajah sejak kecil, bila sakit saja kita akan segera ke klinik untuk mendapatkan ubat. Ada juga yang pergi ke farmasi atau beli di kedai ubat saja. Oleh kerana gairah untuk cepat sihat, kita terlupa dan tidak ambil kesah sama sekali tentang kesan sampingan dan halal haram ubat moden yang ditelan.

Secara amnya pesakit yang cuba mendapatkan rawatan perubatan moden di hospital akan di kategorikan sebagai Pesakit Luar ataupun Pesakit Dalam (masuk wad). Pesakit Luar rawatannya sama seperti jika kita pergi ke doktor di klinik, diperiksa dan diberi ubat. Jika sakit berkaitan dengan luka misalnya, akan dicuci dan diberi ubat. Datang lagi sehingga baik. Pesakit Dalam pula adalah untuk mereka yang memerlukan bantuan alat atau mesin ataupun perlu menjalani pembedahan. Pembedahan ringkasnya buang atau keluarkan yang tak berguna dan telan ubat. Contohnya, jika saluran jantung tersumbat, tukar atau bubuh stand ataupun buat saluran baru. Jika batu dalam hempedu, buang hempedu. Susulannya ialah telan ubat hospital yang diberikan seperlunya.

Masing-masing kita dah tahu bahawa BUKAN semua rawatan dan ubat moden yang kita guna menyembuhkan penyakit yang dideritai. Nyatanya kita masih ke sana untuk meneruskan rawatan walaupun badan makin rasa lemah dan dos ubat bertambah. Contohnya sakit kencing manis, kita disuruh telan ubat dan berpantang supaya elakkan makanan bergula ataupun ambil gula sesedikit yang boleh. Kemudiannya, beraspun disarankan supaya tukar kepada beras perang (brown rice). Setelah masa berlalu, paras gula dalam darah akan jadi tak terkawal juga walaupun dos kian meningkat. Tahap selanjutnya, kita akan dikehendaki supaya menyuntik diri sendiri dengan insulin – itupun lama kelamaan dosnya akan bertambah juga. Apakah ertinya ini? Penyakit tambah berat – betul tak? Apa peranannya ubat dan berpantang? Sepatutnya, jika berpantang, tak perlulah makan ubat. Jika makan ubat, tak perlulah berpantang. Yang ketaranya, ubat moden itu bukannya memulihkan penyakit – sila baca penerangan peranan ubat moden untuk penyakit lemah jantung, darah tinggi, kolestrol tinggi, kencing manis, ubat tahan sakit dan kimoterapi untuk barah dalam rujukan ini: kesan ubat-ubat moden.

Ramai juga pesakit yang menyedari perkara ini, namun mereka menyatakan tiada pilihan. Ada juga sesetengah kita yang menerima saranan doktor seolah-olah sesuatu yang mesti dipatuhi dan tanpa bangkangan. Pada hal, kita patut bertanya tentang risiko ataupun positif ke itu satu cara untuk sembuh? Jika ragu-ragu, tangguh dulu sehingga diberi penjelasan yang memuaskan. Kita lupa untuk berfikir – akibatnya, secara tak sedar, kita meletakkan doktor bertaraf macam tuhan, semuanya betul! Dalam masa yang sama kita sebenarnya sedang membunuh diri sendiri secara beransur-ansur tanpa sedar.

Ketahuilah bahawa hampir semua ubat moden (daripada klinik, hospital dan farmasi) dan komplimentari (herba, vitamin dan suppliment) mempunyai kesan sampingan yang negatif serta memudharatkan buah pinggang. Lebih khusus lagi – ubat tahan sakit, ubat darah tinggi dan ubat kencing manis tertentu, beberapa antibiotik dan ubat lain lambat laun menjurus kepada masalah buah pinggang. Untuk mengetahui secara terperinci, sila ke rujukan ini: ubat perosak buah pinggang.

Di antara bacaan yang diperhatikan sebagai petanda buah pinggang rosak ialah tingginya bacaan urea dalam air kencing ataupun creatinine dalam darah. Bila ini terjadi, pesakit akan dikehendaki menjalani dialisis 3 kali seminggu selamanya. Sekali buat kosnya melebihi RM200, tak termasuk kos ke tempat rawatan dan NILAI keseluruhan masa yang terbuang semasa ke sana. Tiada harapan untuk sembuh dan bebas daripada dialisis. Pergerakan hiduppun akan terhad – kegiatan ibadah akan banyak tergendala dan seadanya. Kesian, malang sungguh! Berhati-hatilah supaya tidak sampai ke tahap ini!

Namun begitu, sedikit sekali dikalangan kita yang terlintas untuk beralih daripada perubatan moden kepada perubatan alternatif, khususnya pengubatan islam. Apakah ini kerana reputasi dan pencemaran sebilangan besar perawat perubatan alternatif islam ataupun kerana semua pusat rawatan alternatif bukan bertaraf doktor panel. Memang diakui bahawa perubatan alternatifpun bukan semuanya BETUL. Kita akui juga bahawa sebilangan besar pusat rawatan tradisional islam berlindung kepada perkataan islam tetapi pengubatan mereka bercampur baur dengan perkara yang menyimpang daripada islam – adanya peranan pendamping. Bila ditanya tentang perkara ini secara khusus, perawat akan melenting kerana jin yang dalam badannya tercabar dan terus merangsang nafsu marah perawat. Pucuk pangkalnya ialah fahaman yang mendalam tentang akidah dan tuntutan islam. Untuk membantu anda membuat penilaian terhadap kemurnian islam di sesuatu pusat rawatan islam, sila terima pakai 17 ciri perawat pengubatan islam ini.

Untuk pengetahuan anda, rawatan kesihatan perubatan islam bukan saja komplimentari MALAH alternatif kepada perubatan moden yang di klinik dan hospital. Memang tidak mudah untuk mencari rawatan kesihatan yang begini kerana bilangannya terlalu sedikit. Satu di antaranya ialah di tempat kami. Kami bukannya pesaing klinik dan hospital. Kami juga tidak membekalkan sebarang ubat tradisional atau herba, hanya air – kerana itu pesakit kami tidak berdepan dengan masalah kesan sampingan ubat.

Kami juga tidak menjanjikan bahawa semua penyakit boleh disembuhkan kerana kami perawat bukan Penentu Yang Berkuasa. Setakat ini, kebanyakan mereka yang menjalani rawatan kesihatan di tempat kami terdiri daripada mereka yang telah berkali-kali ke klinik dan hospital. Oleh itu, marilah ubah cara berfikir dan elakkan penggunaan ubat moden yang mengandungi unsur haram serta memudharatkan kesihatan diri sendiri. Bila keupayaan untuk bergerak terbatas, samada kerana kesan menelan ubat yang berlebihan ataupun terbiar akibat tak jumpa penawar walaupun sudah berikhtiar berbagai cara, kesanggupan anda untuk beribadah akan terlalu merosot – mungkin akan tiba pada tahap tak lalu nak buat langsung.

Oleh itu, sementara anda masih boleh berusaha untuk berubat, marilah cuba berubat di tempat kami. Ramai yang telah kami bantu dan hampir semua mereka amat berterima kepada kami – ramai juga yang dah menganggap kami sebagai saudara kerana usaha pengubatan yang kami lakukan terhadap mereka. Ini bukan bertujuan hendak mengangkat diri kami – semata-mata hendak menyalurkan maklumat. Kami BUKAN nombor satu dan bukan yang TERBAIK! Muga-muga dengan izin Allah, anda akan sihat dan kami bahgia di dunia dan akhirat.  Insya Allah…

Marilah berubat sebelum melarat – bila dah melarat, payah nak ubat! Ubat perubatan moden banyak kesan sampingannya. Untuk berubat dengan kami, anda perlu buat temujanji dulu. Nak hubungi kami, sila klik telefon kami.

 

XML Sitemap  Disclaimer  Privacy Policy  Terms Of Use
© Hak Cipta Terpelihara 2014 - 2019 · Pusat Rawatan Alternatif Dr Rasid & Nazar – Perubatan Islam Tanpa Ubat ·