Marilah fahami kesihatan diri – hati-hati makan ubat dan makan minum! Ramai di kalangan kita yang makan berbagai ubat, herba, vitamin dan supplement tanpa mengambilkira keadaan dalaman diri sendiri. Setengahnya pula ada yang asal beli, pantang dengar ada ubat bagus. Sebenarnya, bagus itu dari segi penjual! Kita pengguna, belum tentu bagus. Berhati-hatilah makan ubat! Mari bersama saya dalami fakta tentang kesihatan diri dan sakit. Semuga banyak manfaat untuk anda. Inilah hadiah saya yang amat berguna untuk anda yang bermasalah kesihatan diri.
Secara amnya, keadaan badan kita yang paling stabil ialah waktu awal muda. Kita rasa amat sihat dan cergas waktu itu. Jarang sakit, jarang selsema, jarang demam dan sebagainya. Jika disuruh makan ubat ketika demampun misalnya, kita mengelak. Sesuai dengan peredaran masa, kesihatan diri beransur kurang memuaskan. Kenapa begitu? Jawaban mudahnya ialah kita tak jaga diri yang diamanahkan Allah kepada kita. Kita makan minum sesuka hati, kita tidur sesuka hati – tak kira tempat dan masa. Lebih-lebih lagi makan secara buffet – selagi tak kenyang tak berhenti, dah kenyangpun sumbat lagi! Itu saya waktu muda-muda dulu. Anda mungkin tak macam saya!
Bila dah sakit, makan ubat tak kira apa. Ada orang kata elok, kita segera cuba – matlamatnya nak cepat baik. Malah halal haram ubatpun kita terlupa nak ambil kisah. Ini kenyataan kebanyakan kita – termasuk juga saya. Akibatnya, kita mula sakit-sakit pada usia yang agak awal daripada yang sepatutnya. Apa yang dapat kita hayati tentang makan ubat ialah boleh dikatakan semua ubat memudaratkan bukannya menyembuhkan – racun! Kesegaran hanya sementara; bertahan dengan ubat tahan sakit; dan terasa kesihatan diri kian merosot kemudiannya. Ini fakta, anda boleh tanya kebenaran ini kepada semua mereka yang berulang-alik ke klinik dan hospital ataupun mereka yang ke pusat dialisis.
Ini ada satu perkara BENAR – umurnya sekarang 25 tahun. Dia mengambil supplement untuk mengurangkan berat badan sejak berusia sekitar 17 tahun. Sekarang dia menjalani dialisis akibat supplement yang dimakannya telah merosakan buah pinggangnya. Jika tak silap, dialisisnya 3 kali seminggu dan minum airpun dihadkan tak melebihi 0.5 liter sehari semalam. Ambillah ini sebagai tauladan – jaga kesihatan diri!
Jika kita perhatikan orang tua di kampung, dah berumur 70 80 tahun lebih, masih sihat dan cergas buat kerja. Kita di bandar, ada yang baru nak masuk tiga puluhan, dah sakit itu sakit ini. Kerana apa? Faktanya ialah mereka itu, siang penat kerja, malam cepat tidur dan makan minum terjaga – contohnya, mereka tak terlalu teransang untuk minum air gas selalu, makanan dalam tinpun jarang mereka makan kerana kesempitan duit. Sayur-sayuranpun banyak yang ditanam sendiri – terhindar daripada racun serangga dan lainnya.
Fakta yang amat perlu diambil perhatian dalam hal ini ialah semua makanan dalam tin dan air bergas kandungan asidnya tinggi. Air RO (osmosis berbalik) juga termasuk dalam kategori berasid. Jika anda tak percaya, beli cairan atau kertas penguji pH di farmasi dan anda uji sendiri.
Fakta selanjutnya ialah semua penyakit kian menjadi-jadi dalam suasana badan yang berasid. Lagi tinggi kepekatan asid dalam darah, lagi menjadi-jadilah berbagai penyakit dalam diri – antaranya untuk pengetahuan anda ialah barah, gastrik, sakit ulu hati, gout, kencing manis, darah tinggi, leaukemia, SLE dan banyak lagi… Khusus kepada penyakit kanser misalnya: sel kanser lebih aktif membiak dalam suasana badan yang berasid tinggi. Itu jugalah sebabnya mereka yang menjalani pembedahan sesuatu penyakit kanser, tak lama kemudian kanser itu ada lagi – kadar merebaknya pula lebih cepat daripada sebelumnya.
Jika dikaitkan dengan oksigen, badan yang berasid, kadar oksigennya rendah daripada yang sepatutnya. Lagi tinggi kepekatan asid, lagi kuranglah oksigen dalam badan – ertinya badan kian bertoksid, lagi biaklah penyakit dalam diri dan selera makan minumpun mula menyusut. Itulah juga yang terjadi pada orang yang dah berumur, menjadi makin lemah dan beransurlah kurang aktif. Limpahan asid penghadaman berlebihan mula terjadi dalam buntil perut, ekoran tiada selera makan. Setibanya makanan terhadam di usus kecil, semua zat makanan dan juga asid diserap ke dalam darah. Ini menyebabkan asid dalam darah kian pekat – mulalah kurang tenaga kerana berkurangannya oksigen, bermakna toksid jadi kian bertambah. Mulalah sakit beransur berat…
Bagi kita yang termasuk dalam kategori sihat, janganlah cepat-cepat melatah nak ambil vitamin ataupun minum itu ini, nakkan lagi sihat. Jika anda buat begitu, kesihatan diri anda akan cepat merosot – jika tak percaya, sila cuba! Kita sepatutnya teruskan kegiatan harian. Bila mula terasa kurang cergas, segera minum madu lebah asli (sila klik atau sentuh untuk tahu selanjutnya). Madu BUKAN gula dan ianya segera diserap ke sistem badan – tak melalui proses penghadaman. Lagipun, Allah dah bagitau dalam Quran, madu lebah banyak kebaikan (penawar) untuk manusia. YAKIN AJE! Namun begitu, elakkan minum madu waktu perut masih kosong – lebih-lebih lagi waktu baru bangun pagi. Tak percaya, sila cuba! Insya Allah anda akan menderita, ianya bermula dengan kembung dan senak ulu hati. Tahap berikutnya sakit ulu hati pijar ke atas. Tahap teruk selanjutnya, sesak nafas atau sakit kepala. Lain-lain penyakit akan muncul kemudiannya..
Bagi kita yang berpenyakit, jika kita terus makan minum bahan yang dalam kategori berasid, badan kita akan terasa makin kurang segar. Makan ubatpun setakat bertahan saja – tak lama kemudian terasa penyakit makin berat pula. Ini terjadi kerana semua ubat bersifat asid kecuali ubat anti-asid. Kegiatan ini sebenarnya menambahpekatkan kandungan asid dalam badan. Satu-satunya cara untuk mengatasi semua ini ialah:-
- banyakkan bersiar sambil menyedut udara segar di luar rumah – eloknya 3 4 kali sehari, lebih kurang 10 minit setiap kali. Ini penting untuk membekalkan banyak oksigen dalam badan supaya semua sel segar dan akif. Udara terkumpam dalam rumah atau bangunan melemahkan sistem pertahanan badan.
- kurangkan makan ubat – yang sebaiknya lupakan semua ubat jika mampu dan beralihlah kepada penjagaan kesihatan diri yang teratur
- makan minum bahan yang sifat alkali – jika tiada pilihan, bolehlah bahan yang asidnya terlalu rendah; sayur-sayuran segar juga lobak dan buah-buahan cukup ranum serta air kelapa dan juga isinya elok diutamakan
- Jangan biarkan perut lapar lebih dari 10 minit, eloknya bila rasa nak lapar, cepat-cepat makan – tak semestinya nasi tapi makannya agak terasa perut tu ada isinya, bukan setakat sekeping roti atau biskut. Ini bertujuan supaya asid perut tidak merosakkan bahagian dalam dinding buntil perut. Jika terbiar, boleh menimbulkan calar-calar pada dinding itu. Pada peringkat yang lebih teruk, wujud ulser pula. Keadaan ini akan merosakkan saraf-saraf bahagian dalam dinding buntil perut, lambat laun akan menimbulkan masalah asid perut keluar berlebihan. Bahaya dan akan menderita jadinya!
Oleh kerana kepekatan asid dalam badan menjadi punca tergugatnya kesihatan, demi menjaga kesihatan diri supaya sihat sejahtera, eloklah elakkan seboleh-bolehnya makan minum semua bahan yang MASAM rasanya (boleh rasa sikit, bukan tak boleh langsung!) termasuklah semua buah muda dan yang belum cukup ranum, jeruk, sebarang cuka dan sos yang ada bau cukanya. Lupakan jus delima dan durian belanda, cuka epal dan cuka kurma serta lemon. Ikut teorinya bagus – itu sebenarnya bagus untuk orang sihat iaitu kepekatan asid dalam badannya pada tahap paling cair. Namun, jika tak ambil kesah tentang ini (yakni terus makan minum bahan yang masam-masam seperti biasa) kerana badan rasa sihat dan segar, sesuai dengan tabiat makan minum, ketahanan sistem badan akan segera menyusut. Ini kemudiannya akan mengakibatkan paras asid dalam darah beransur tinggi lebih segera daripada yang sepatutnya – ertinya, ada mudaratnya!
Untuk yang bermasalah angin gastrik, sakit ulu hati rasa pijar melonjak ke atas (reflux atau heartburn atau GERD) dan pengidap kanser, sila hindari minum madu kelulut. Juga cubalah sedaya upaya kurangkan seboleh mungkin makan minum semua yang masam rasanya dan semua bahan yang berikut ini:-
- daging lembu – seketul dua boleh! Tukarlah kepada daging ayam dan kambing
- sotong, udang, ketam dan siput-siput laut tapi jenis ikan segar tak banyak mudaratnya – rasa-rasalah dulu, mungkin ada di antaranya yang tak sesuai dengan sistem badan anda
- minuman bergas dan makanan dalam tin (terutamanya sardin) – termasuklah susu kering/tepung dan susu dalam tin (susu segar dan susu kambing OK)
- telur, kicap, kacang, roti putih (roti perang OK), kopi – terutamanya kopi 3in1 (ada sejenis kopi yang boleh menjadi penyebab buasir – hati-hati ya!), kerepek pisang dan nasi sejuk (nasi malam yang nak dimakan waktu siangnya ataupun nasi tengahari nak dimakan waktu malam tanpa dipanas secukupnya atau dimasak semacam nasi goreng)
Semuga anda mula memahami keadaan kesihatan diri anda. Elakkanlah semampu mungkin semua jenis ubat termasuklah herba, vitamin dan supplement. Orang yang sihat, tubuh badannya tidak memerlukan itu semua sebab sistem badannya seimbang dan sentiasa bersiap sedia menghasilkan semua unsur keperluan badan semasa. Jika ditambah dengan berbagai ubat dan vitaminpun, semuanya akan jadi bahan buangan dan toksid – membazir serta beransur-ansur akan memudaratkan sistem badan. Kesan utamanya buah pinggang. Agar kesihatan diri sendiri terkawal, berhati-hatilah makan ubat serta makan minum. Insya Allah anda akan sihat dan ceria selalu.
Pingback: Kesihatan diri pudar akibat banyak makan ubat dan tak ambil kesah makan minum | Kaitan Kesihatan Diri Dengan Ubat & Makan Minum
Pingback: 5 Penawar Gastrik Termujarab - Rawatan Islam Jom Sihat
Pingback: Khasiat Madu Kelulut - rawat kanser, gastrik & pijar ulu hati?