web analytics

Author Archive: DrRasid

About DrRasid

BS in Maths (ITB), MSc in Statistics (Glasgow), PhD in Bayesian Reliability Analysis (Bradford). Expert in business simulation using System Dynamics. Perawat Pengubatan Islam sejak 1999 untuk penyakit fizikal dan yang ada pengaruh jin-syaitan

Rawatan Kesihatan Perubatan Islam Suatu Alternatif Perubatan Moden

Ramai di kalangan kita yang tidak menyedari bahawa rawatan kesihatan perubatan islam adalah suatu alternatif kepada perubatan moden yang di klinik ataupun hospital. Fikiran kita telah dijajah sejak kecil, bila sakit saja kita akan segera ke klinik untuk mendapatkan ubat. Ada juga yang pergi ke farmasi atau beli di kedai ubat saja. Oleh kerana gairah untuk cepat sihat, kita terlupa dan tidak ambil kesah sama sekali tentang kesan sampingan dan halal haram ubat moden yang ditelan.

Secara amnya pesakit yang cuba mendapatkan rawatan perubatan moden di hospital akan di kategorikan sebagai Pesakit Luar ataupun Pesakit Dalam (masuk wad). Pesakit Luar rawatannya sama seperti jika kita pergi ke doktor di klinik, diperiksa dan diberi ubat. Jika sakit berkaitan dengan luka misalnya, akan dicuci dan diberi ubat. Datang lagi sehingga baik. Pesakit Dalam pula adalah untuk mereka yang memerlukan bantuan alat atau mesin ataupun perlu menjalani pembedahan. Pembedahan ringkasnya buang atau keluarkan yang tak berguna dan telan ubat. Contohnya, jika saluran jantung tersumbat, tukar atau bubuh stand ataupun buat saluran baru. Jika batu dalam hempedu, buang hempedu. Susulannya ialah telan ubat hospital yang diberikan seperlunya.

Masing-masing kita dah tahu bahawa BUKAN semua rawatan dan ubat moden yang kita guna menyembuhkan penyakit yang dideritai. Nyatanya kita masih ke sana untuk meneruskan rawatan walaupun badan makin rasa lemah dan dos ubat bertambah. Contohnya sakit kencing manis, kita disuruh telan ubat dan berpantang supaya elakkan makanan bergula ataupun ambil gula sesedikit yang boleh. Kemudiannya, beraspun disarankan supaya tukar kepada beras perang (brown rice). Setelah masa berlalu, paras gula dalam darah akan jadi tak terkawal juga walaupun dos kian meningkat. Tahap selanjutnya, kita akan dikehendaki supaya menyuntik diri sendiri dengan insulin – itupun lama kelamaan dosnya akan bertambah juga. Apakah ertinya ini? Penyakit tambah berat – betul tak? Apa peranannya ubat dan berpantang? Sepatutnya, jika berpantang, tak perlulah makan ubat. Jika makan ubat, tak perlulah berpantang. Yang ketaranya, ubat moden itu bukannya memulihkan penyakit – sila baca penerangan peranan ubat moden untuk penyakit lemah jantung, darah tinggi, kolestrol tinggi, kencing manis, ubat tahan sakit dan kimoterapi untuk barah dalam rujukan ini: kesan ubat-ubat moden.

Ramai juga pesakit yang menyedari perkara ini, namun mereka menyatakan tiada pilihan. Ada juga sesetengah kita yang menerima saranan doktor seolah-olah sesuatu yang mesti dipatuhi dan tanpa bangkangan. Pada hal, kita patut bertanya tentang risiko ataupun positif ke itu satu cara untuk sembuh? Jika ragu-ragu, tangguh dulu sehingga diberi penjelasan yang memuaskan. Kita lupa untuk berfikir – akibatnya, secara tak sedar, kita meletakkan doktor bertaraf macam tuhan, semuanya betul! Dalam masa yang sama kita sebenarnya sedang membunuh diri sendiri secara beransur-ansur tanpa sedar.

Ketahuilah bahawa hampir semua ubat moden (daripada klinik, hospital dan farmasi) dan komplimentari (herba, vitamin dan suppliment) mempunyai kesan sampingan yang negatif serta memudharatkan buah pinggang. Lebih khusus lagi – ubat tahan sakit, ubat darah tinggi dan ubat kencing manis tertentu, beberapa antibiotik dan ubat lain lambat laun menjurus kepada masalah buah pinggang. Untuk mengetahui secara terperinci, sila ke rujukan ini: ubat perosak buah pinggang.

Di antara bacaan yang diperhatikan sebagai petanda buah pinggang rosak ialah tingginya bacaan urea dalam air kencing ataupun creatinine dalam darah. Bila ini terjadi, pesakit akan dikehendaki menjalani dialisis 3 kali seminggu selamanya. Sekali buat kosnya melebihi RM200, tak termasuk kos ke tempat rawatan dan NILAI keseluruhan masa yang terbuang semasa ke sana. Tiada harapan untuk sembuh dan bebas daripada dialisis. Pergerakan hiduppun akan terhad – kegiatan ibadah akan banyak tergendala dan seadanya. Kesian, malang sungguh! Berhati-hatilah supaya tidak sampai ke tahap ini!

Namun begitu, sedikit sekali dikalangan kita yang terlintas untuk beralih daripada perubatan moden kepada perubatan alternatif, khususnya pengubatan islam. Apakah ini kerana reputasi dan pencemaran sebilangan besar perawat perubatan alternatif islam ataupun kerana semua pusat rawatan alternatif bukan bertaraf doktor panel. Memang diakui bahawa perubatan alternatifpun bukan semuanya BETUL. Kita akui juga bahawa sebilangan besar pusat rawatan tradisional islam berlindung kepada perkataan islam tetapi pengubatan mereka bercampur baur dengan perkara yang menyimpang daripada islam – adanya peranan pendamping. Bila ditanya tentang perkara ini secara khusus, perawat akan melenting kerana jin yang dalam badannya tercabar dan terus merangsang nafsu marah perawat. Pucuk pangkalnya ialah fahaman yang mendalam tentang akidah dan tuntutan islam. Untuk membantu anda membuat penilaian terhadap kemurnian islam di sesuatu pusat rawatan islam, sila terima pakai 17 ciri perawat pengubatan islam ini.

Untuk pengetahuan anda, kaedah rawatan kesihatan perubatan islam yang bukan saja komplimentari MALAH alternatif kepada perubatan moden yang di klinik dan hospital amat bermanfaat untuk kita. Memang tidak mudah untuk mencari pusat rawatan kesihatan yang begini kerana bilangannya terlalu sedikit. Satu di antaranya ialah di tempat kami. Kami bukannya pesaing klinik dan hospital. Kami juga tidak membekalkan sebarang ubat tradisional atau herba, hanya air – kerana itu pesakit kami tidak berdepan dengan masalah kesan sampingan ubat.

Kami juga tidak menjanjikan bahawa semua penyakit boleh disembuhkan kerana kami perawat bukan Penentu Yang Berkuasa. Setakat ini, kebanyakan mereka yang menjalani rawatan kesihatan di tempat kami terdiri daripada mereka yang telah berkali-kali ke klinik dan hospital. Oleh itu, marilah ubah cara berfikir dan elakkan penggunaan ubat moden yang mengandungi unsur haram serta memudharatkan kesihatan diri sendiri. Bila keupayaan untuk bergerak terbatas, samada kerana kesan menelan ubat yang berlebihan ataupun terbiar akibat tak jumpa penawar walaupun sudah berikhtiar berbagai cara, kesanggupan anda untuk beribadah akan terlalu merosot – mungkin akan tiba pada tahap tak lalu nak buat langsung.

Oleh itu, sementara anda masih boleh berusaha untuk berubat, marilah cuba berubat di tempat kami. Ramai yang telah kami bantu dan hampir semua mereka amat berterima kepada kami – ramai juga yang dah menganggap kami sebagai saudara kerana usaha pengubatan yang kami lakukan terhadap mereka. Ini bukan bertujuan hendak mengangkat diri kami – semata-mata hendak menyalurkan maklumat. Kami BUKAN nombor satu dan bukan yang TERBAIK! Muga-muga dengan izin Allah, anda akan sihat dan kami bahgia di dunia dan akhirat.  Insya Allah…

Marilah berubat sebelum melarat – bila dah melarat, payah nak ubat! Ubat perubatan moden banyak kesan sampingannya. Untuk berubat dengan kami, anda perlu buat temujanji dulu. Nak hubungi kami, sila klik telefon kami.

Dikemaskini pada 5hb Januari 2022

Halal Haram Ubat Doktor & Farmasi

Halal haram ubat doktor & farmasi – pernahkah terlintas difikiran anda mempersoalkan perkara ini? Kebiasaanya, bila tak sihat, kita akan segera mencari ubat. Kita tak kesah dan tak ambilkira tentang halal haramnya. Kita biasanya ambil mudah pergi beli di kedai saja. Tak kurang juga yang pergi ke kedai ubat cina. Ada juga yang pergi ke farmasi sebab petugas utamanya seorang yang berpengetahuan tentang ubat dan kesannya serta tak perlu tunggu lama.  Lumrahnya, tempat yang tak asing lagi ialah pergi ke doktor di klinik atau hospital.

Sedarkah anda, setiap kali ke doktor anda akan dibekalkan juga dengan ubat tahan sakit sebagai pelengkap? Kenapa begitu? Jawabannya, supaya tak rasa sakit! Habis, ubat-ubat lain tu apa peranannya? Meragukan ‘kan!

Sila berhati-hati bahawa menelan bermacam ubat serentak juga akan menimbulkan masalah kepada sistem badan kerana wujudnya tindak balas bahan kimia antara ubat.

Mari pula kita hayati fakta berikut ini:-

  1. Utusan Malaysia (2hb Nov 2009) melaporkan tentang hasil kajian makmal Pusat Pengajian Sains Farmasi, Universiti Sains Malaysia bahawa 30 peratus daripada 100 ubat yang diuji, positif mengandungi DNA babi. Produk berkenaan mempunyai sijil halal yang sah ekoran bahan utamanya halal sedangkan gelatin kapsulnya yang haram – 100% tak halal dari segi Islam!
  2. Majalah Milenia Muslim (April 2011) melaporkan bahawa suntikan Insulin, suntikan Botox, vaksin meningitis dan imunisasi: Rubela, Hepititis B, Campak, Tibi, Batuk Kokol, Dipteria, Tetanus dan Polio mengandungi unsur haram daripada babi – jelas 100% tak halal!

Apa dah jadi pada kita? Kita semua telah disuntik sejak kita kecil lagi. Kita elak makanan yang haram tetapi dalam darah dan daging kita memang dah tersemai unsur yang tak boleh disucikan! Kesannya boleh kita perhatikan bahawa ramai yang beribadah tetapi iman tidak meningkat secara yang memuaskan – kita sendiri boleh rasa berdasarkan kecenderungan diri kita sekarang. Contohnya, jika dulu cepat melenting dan panas baran, apakah sekarang sudah bertukar kepada bersikap tenang dan penyabar?

Begitu jugalah halnya dengan mereka yang pergi menunaikan fardhu haji atau umrah. Mereka diwajibkan mengambil suntikan meningitis oleh pihak Arab Saudi. Apa hal pula dengan yang ini? Mereka ke sana hendak menyucikan diri daripada dosa. Sayangnya, belum sempat berbuat demikian, diri mereka dicemari dengan najis berderajat tinggi – haram, 100% tak halal! Mustajabkah doa dan permohonan mereka waktu di tanah suci? Itu jugalah sebab utamanya kita dapati bahawa setelah beberapa bulan pulang daripada tanah suci, ramai yang tak banyak berubah berbanding dengan sebelum mereka ke sana.

Menurut majlis fatwa – suntikan bahan haram tersebut dibolehkan kerana gantiannya belum ada. Masalah boleh, semua boleh tapi di sisi Allah betulke boleh? Dah lebih 20 tahun suntikan meningitis diwajibkan, pihak kita tidak berusaha menghasilkan suntikan serupa yang halal di sisi Islam. Yang adapun, benih asalnya diambil daripada bahan vaksin asal (maklumat daripada seorang doktor yang mempunyai lesen sah untuk menyuntik vaksin jenis itu) – haram jugalah! Apa salahnya kita redho saja tanpa suntikan. Jika kerana itu mati, rasanya syurga lebih dekat berbanding dengan jika ambil suntikan – wallahu a’lam!

Dah tahu ni, eloklah kita tanya tentang halal haram kandungan ubat yang akan ditelan. Yang punya diri kita, jika tersilap, kita sendiri yang menanggung akibatnya. Alam akhirat bukan tempat sementara. Kita buat sempadan mulai hari ini. Yang dah berlalu tu, kita taubat dan minta ampun daripada Allah. Muga-muga dapat keampunan dan berkat…

Itu dari segi Islam. Jika tak kisah halal haram, semua boleh makan!

 

XML Sitemap · Disclaimer · Privacy Policy · Terms Of Use
© Hak Cipta Terpelihara 2014 - 2024 · Pusat Rawatan Alternatif Dr Rasid & Nazar – Perubatan Islam Tanpa Ubat ·