web analytics

Author Archive: DrRasid

About DrRasid

BS in Maths (ITB), MSc in Statistics (Glasgow), PhD in Bayesian Reliability Analysis (Bradford). Expert in business simulation using System Dynamics. Perawat Pengubatan Islam sejak 1999 untuk penyakit fizikal dan yang ada pengaruh jin-syaitan

Apa Itu Saka – Maksud Saka, Saka Keturunan & Jenis Saka

Apa itu saka – ini suatu pertanyaan khusus tentang perkara misteri yang ramai di kalangan kita macam faham sangat tapi sebenarnya masih samar-samar. Tak kurang juga yang masih tertanya-tanya dalam diri apa itu saka – memang tahu itu berkaitan dengan hantu tapi apa dan bagaimana ianya memainkan peranan, entahlah… Penanggung masalah ini sangat tidak bernasib baik kerana ianya menimbulkan gangguan emosi dan kesihatan secara keseluruhan – doktor tak dapat nak kesan, telan ubatpun tak berkesan juga. Malang sungguh mereka yang bersaka keturunan. Ada juga yang terpaksa menelan ubat penenang akibat dah tak tahan menanggung gangguan melampau daripada saka keturunannya – nasihat saya, elakkan ubat itu sebab ianya merosak sistem saraf. Kesihatan tubuh badan anda akan beransur jadi cacat dalam masa yang agak singkat. Kerosakan saraf yang ini kami tak boleh nak pulihkan – pernah cuba tapi tak berjaya, yang lain insya Allah.

Asal Usul Saka – Pendamping

Ceritanya bermula daripada tok nenek atau nenek moyang kita ketika zamannya. Keperitan keadaan dan kehidupan semasa ketika itu telah memerangkap mereka untuk bersahabat dengan hantu & jembalang atau makhluk halus; ringkasnya jin setan. Hantu itu dipelihara dan dijadikan kawan atau pendamping ataupun khadam untuk melakukan sesuatu maksud ataupun kerja tertentu. Sewaktu mengikat janji, samada melalui pertapaan ataupun upacara pemujaan, hantu yang terpilih dan dijadikan pendamping itu semestinya yang bertaraf dan berkemampuan luar biasa di kalangan jin setan yang ada di situ ketika itu. Antara gulungan yang amat dihajati oleh mereka ketika itu ialah jin setan yang boleh memberikan kelebihan untuk:-

  • hebat
  • kebal
  • kuat
  • jadi bomoh atau perawat
  • lari laju
  • melompat jauh atau tinggi atau meloncat dari pokok ke pokok
  • memanggil angin atau ribut
  • membuat harta atau kaya
  • mempertahankan diri daripada kejahatan, baik yang nyata maupun yang maya
  • menahan hujan
  • mencuri harta orang
  • mengetahui sesuatu secara ghaib, baik yang telah berlaku ataupun yang akan terjadi
  • menundukkan orang atau lawan
  • menyakit atau membunuh musuh
  • pelaris berniaga
  • pemanis supaya sentiasa nampak cantik dan menarik
  • tahan lasak
  • terkenal dan disanjung

Perlu diketahui bahawa nenek moyang yang membuat perjanjian asal dengan jin setan itu biasanya memiliki lebih daripada satu jenis pendamping kerana keperluan semasa ketika itu. Contohnya, satu untuk berladang, satu untuk menangkap ikan dan satu lagi untuk mempertahankan diri ketika diserang oleh musuh. Untuk perbomohan pula, satu pihak untuk perubatan, satu lagi untuk mengawal orang atau pesakit dan satu lagi untuk pendinding. Untuk perang pula, satu supaya kuat dan kebal, satu supaya musuh takut dan gerun, satu lagi supaya berani dalam semua hal.

Jenis-jenis Pendamping

Untuk mendalami apa itu saka, kita perlu tahu tentang jenis-jenis hantu & jembalang yang dijadikan pendamping atau khadam tersayang oleh mereka ketika zamannya. Sebilangan besar jenis-jenis hantu & jembalangnya adalah seperti berikut ini:-

  1. hantu air – lubuk, paya, sungai dan tasik
  2. hantu angin (boleh lari laju atau menerbangkan sesuatu ke tempat lain)
  3. hantu bangunan tinggal
  4. hantu batu
  5. hantu busut
  6. hantu gua
  7. hantu gunung
  8. hantu hutan termasuk hantu tinggi (boleh meloncat pantas ke tempat tinggi atau melompat turun dari tempat tinggi), bajang (biasanya untuk sihir), orang bunian dan hantu untuk berladang
  9. hantu jenis boleh bergayut di dahan pokok – ini jenis hantu raya
  10. hantu kubur (biasanya untuk sihir)
  11. hantu laut – sangat membantu untuk pelayaran dan menangkap ikan
  12. hantu pantai
  13. hantu pokok
  14. hantu tempat-tempat berpuaka
  15. hantu yang berterbangan di udara seperti penanggal dan lang suir (lang suyo)
  16. jembalang jenis binatang buas
  17. jembalang tanah

Sesetengah pendamping itu, ada yang berkembar dengan benda-benda seperti senjata, tongkat, permata, perkakas hiasan (terbuat daripada kayu, buluh atau logam), pakaian berwarna tertentu (biasanya kuning atau hitam – ada juga biru, hijau dan merah keemasan), gobek, kacip dan alat penyucuk sanggul.

Apa itu saka

Sebaik saja pembela asal pendamping itu meninggal dunia, semua hantu dan jembalang kesayangannya, juga zuriat hantu-hantu itu, akan berpindah ke tuan baru. Mereka yang terpilih di kalangan zuriat keturunan tuan asal, yakni calon pewaris, akan dihantui dengan berbagai gangguan dan tekanan jiwa supaya sanggup menerima dan menurut serta patuh kepada syarat perjanjian asal seperti yang dibuat dengan tuan asal. Dari segi pewaris, hantu-hantu itulah yang digelar SAKA. Jadi, maksud saka yang sebenarnya merujuk kepada saka keturunan. Peranannya serupa, malah ada yang mahu mengajar sesuatu ilmu dalam mimpi atau memberitahu sesuatu yang diperlukan.

Ringkasnya, saka ialah makhluk halus atau hantu jembalang (termasuk juga zuriat keturunan hantu dan jembalang yang asal) yang berpindah tuan ke kita sebagai pewaris yang ada hubungan darah dengan tuan asal hantu jembalang itu – itulah jin dan setan yang berperanan sebagai saka bagi kita. Itulah saka keturunan yang menimbulkan banyak masalah jika tak akur dengan kehendak mereka. Saka boleh menempat ke tuan baru sesukanya walaupun pembelanya masih hidup.

Jenis-jenis Saka

Saka sebenarnya banyak macam, sesuai dengan tugas yang diperlukan oleh tuan asal hantu-hantu saka berkenaan. Berikut ini ialah jenis-jenis saka yang dibangga-banggakan oleh pembela saka sesuai dengan peranan setiap satunya, walaupun merimaskan pembela dalam banyak perkara:-

  • saka beruang
  • saka bidan
  • saka buaya
  • saka buaya putih
  • saka hantu raya
  • saka harimau atau saka rimau
  • saka kingkong atau orang hutan – ini hantu raya kelas 1
  • saka kongkang
  • saka mawas
  • saka monyet
  • saka naga
  • saka nenek kebayan
  • saka orang asli
  • saka panglima
  • saka pelesit
  • saka penanggal
  • saka polong
  • saka pontianak
  • saka puteri
  • saka raja atau putera
  • saka serigala
  • saka silat
  • saka tok kong – hindu, cina, siam atau budha
  • saka ular

Peranan saka-saka itu ada yang serupa. Umumnya berbeza. Kita sebagai pewaris tak boleh nak memilih jenis yang kita mahu sebab kita dicari. Lain halnya dengan nenek moyang kita – mereka tuan pertama, mereka yang cari dan mereka yang pilih jenis apa yang mereka mahu. Kita terima saja jika sanggup.

Kerenah Saka

Yang sanggup menerima sakanya, saka peliharaan itu perlu diberi jamuan setiap suatu selang masa tertentu – misalnya setahun sekali. Kebanyakannya pula, pembela perlu ada ancak dekat dengan rumah – biasanya di belakang rumah. Ketika upacara berjamu, ada jenis jamuan tertentu yang perlu diletak atas bumi atau atas pelantar tinggi dan juga yang dihantar ke paya atau dihanyut ke sungai atau ke laut.

Ada sesetengah saka itu pula, perlu ada waris yang sanggup menjadi tuannya ketika pembelanya sedang nazak – selagi tiada penyanggup, nazaknya berterusan biarpun kulit dan dagingnya mula reput – tak mati-mati! Sebaik saja ada waris yang bersedia, nyawanyapun habis – pelik ‘kan?! Yang lain pula, ada yang perlu dibuka atap dan diletakkan sebutir tanah atau ranting kayu mati di dadanya, baru dia meninggal dunia. Ini masih ada diwarisi hingga sekarang tapi terlalu kecil bilangannya.

Kebanyakannya pula, bila pembelanya meninggal dunia, hampir semua zuriat keturunannya akan terus diekori oleh saka dan zuriat saka berkenaan. Mana yang bersemangat lemah (yakni aura pertahanan diri yang menyelaputi tubuh badannya tipis), bila ada peluang, mereka (yakni saka dan zuriat mereka) akan terus menyelinap masuk dan menetap dalam badan mangsanya (zuriat yang bakal mewarisi saka). Sebagaimana yang disenaraikan tadi, saka bermacam jenis. Itu jugalah sebabnya, yang ada saka, bila dia tak sedar atau “menurun”, dia akan bertingkah laku lebih daripada satu peribadi – antaranya sekejap mengaum, sekejap mengeleduk, sekejap mengilai, sekejap tergaru-garu, sekejap menggeliat, sekejap berlagak samseng, sekejap bersikap warak, sekejap sendawa, sekejap terkuap-kuap, sekejap gagap, sekejap bongkok macam bertongkat dan berbagai lagi.

Saka itu bila sukakan seseorang pewaris, orang itu akan dihinggapinya dan mula dibebankan dengan berbagai gangguan dan tekanan; baik dari segi emosi dan fikiran, maupun kesihatan; supaya mahu tunduk dengan berbagai kerenah sebagaimana perjanjian asal. Dia akan mengalami tekanan perasaan melampau sehingga jadi serba tak kena dan gelisah tak tentu pasal – biasanya bertukar jadi murung dan selalu tak sefaham dengan orang lain. Kesannya ialah semua kerja tergugat dan kesihatan juga jadi kian merosot. Ini akan terjadi walaupun yang punya diri tak ambil kisah sama sekali. Selagi tak akur, selagi itulah penderaan jiwa dan diri terus dilakukan oleh hantu-hantu saka itu. Bila dah tak tentu hala, mau tak mau, terpaksalah pergi berubat ke sana sini – samada untuk sedia menerima ataupun pergi buang. Yang buang ni, banyak yang gagal!

Walau bagaimanapun, kita tak boleh nak salahkan nenek moyang kita. Semasa zaman mereka, pendamping sangat-sangat diperlukan untuk meneruskan hidup – baik dari segi mencari rezeki mahupun keselamatan diri dan keluarga. Cuma silapnya mereka ialah perjanjian dengan jin setan itu bukan setakat diri dan keluarga mereka ketika itu saja, malah termasuk juga kita: zuriat mereka yang entah di mana ketika itu – bukan setakat 7 keturunan seperti mana yang diwarwarkan oleh orang-orang tua kita.

Untuk penjelasan: khusus kepada nak bercucuk tanam, ketiadaan pendamping tidak memungkinkan kerja-kerja itu terlaksana untuk menampung keperluan hidup mereka ketika itu. Bayangkan… Sebelum bercucuk tanam, hutan yang pokok-pokoknya sebesar dua ke empat pemeluk harus ditebang – untuk menumbangkan satu pokokpun belum tentu terdaya dilakukan dalam masa sehari sebab pokok besar terasnya besar. Teras lebih keras daripada batangnya. Amat sukar untuk dikerat dengan peralatan yang ada ketika itu. Batang pula harus dikerat-kerat sepanjang yang terdaya untuk dialih ke tempat lain. Keseluruhan kerja untuk menumbang dan mengalih segala batang, dahan, ranting dan daun serta membersihkan tapak satu pokok saja memerlukan tenaga dan masa tak kurang daripada seminggu jika dibuat seorang atau berdua – itupun jika bahan makanan dah ada tersimpan, bolehlah terus buat kerja itu saja. Jika guna khidmat pendamping, mula lepas Isya hingga hampir Subuh misalnya, memadang boleh siap. Esok-lusanya dah boleh bercucuk tanam, tak lama lepas tu, dah boleh mengutip hasil. Jika anda berhadapan dengan keadaan itu, kaedah mana yang anda pilih? Saya fikir anda setuju, jalan mudah ialah guna khidmat pendamping! Oleh kerana itulah kita tak usah salahkan mereka jika kita menderita akibat perbuatan saka keturunan yang mereka tinggalkan. Kita ikhtiar dan tawakkal kepada Allah – jalan penyelesaian akan terbuka luas, insya Allah; asal saja tidak pergi ke bomoh atau ustaz yang berpendamping!

Beza saka dan jin setan selainnya

Sebenarnya, saka dan jin setan yang melata sama saja. Cuma bezanya ialah saka bermartabat tinggi, diikat melalui perjanjian dan mesti dijamu. Hingga ke tahun 2000, masih ramai yang mengadakan upacara berjamu. Sekarang ini, kalau adapun, mungkin di kampung-kampung terpencil saja. Sebabnya ialah kita kini dah tak kesah tentang kerenah saka – masing-masing kita bergelut mencari duit untuk menampung keperluan hidup ekoran sengitnya cabaran semasa. Berbaik dengan sakapun, bukan mendatang rezeki, malah terpaksa berbelanja untuk perkara-kara yang tidak mendatangkan faedah dan menjerumuskan kita kepada kemurkaan Allah!

Jin setan yang bukan dipesakai daripada nenek moyang, tidak tergulung dalam kategori saka walaupun kemampuannya menyerupai peranan saka. Contohnya ialah pendamping daripada guru yang menurunkan ilmu kepada muridnya seperti ilmu perbomohan, silat, kebal, kuat, pemanis, pelaris dan seumpamanya. Namun begitu, bila penuntut ilmu itu meninggal dunia, kebanyakan jinnya mencari badan baru – tumpuan utamanya ialah zuriat penuntut yang diminati saja. Saat itu, barulah ianya tergulung dalam kategori saka juga. Jika abaikan mereka, gangguan sebagaimana yang dilakukan oleh saka keturunan akan terjadi pada anak cucu keturunan penuntut ilmu tadi.

Tanggapan Pewaris Saka & Perkara Negatifnya

Sesetengah pewaris saka, ada yang rela dengan bangga dan sayangkan sakanya. Hampir semua mereka beranggapan bahawa saka sebagai penjaga dan penyelamat selain menggunakan saka untuk tujuan perbomohan dan memonitor hal orang lain. Saka memang mampu berbuat demikian dengan izin Allah kerana mereka bermatlamat untuk menunjuk-nunjuk kehebatan mereka kepada manusia. Pada mereka, mereka lebih bagus daripada manusia. Untuk itulah mereka beria-ia mempengaruhi manusia supaya bersikap nombor satu dalam semua perkara. Mereka jugalah yang mempengaruhi kita bersikap pemarah, bertengkar nak menang, menjatuhkan air muka seseorang di depan orang, tak amanah, banyak bohong, tak mengakui kesilapan diri sendiri, nakkan orang ikut kata, tak bertolak ansur dan tak nak dengar nasihat serta banyak lagi perkara-kara yang negatif. Orang yang begitu biasanya tidak berminat untuk melakukan ibadah kepada Allah. Ada yang waktu sihatnya warak, bila lanjut usia jadi sebaliknya – jadi nyanyuk dan tak kurang juga yang hingga sanggup main dan makan najis sendiri.

Dalam keadaan apa juapun, gangguan kesihatan oleh saka akan makin terasa sesuai dengan peredaran masa. Ianya boleh berkesudahan dengan hilang kawalan diri dan bertindak yang pelik-pelik. Yang menjadi mangsa ialah orang yang terdekat dengan kita, pada hal kita dituntut supaya berbaik-baik dan sayang menyayang sesama kita – bukan bermusuhan dan cari gadoh atau menyusahkan orang lain!

Semua itu adalah sifat tercela yang Allah murka. Berbaik dengan saka bermakna mengundang azab Allah di akhirat kelak, lebih-lebih lagi melakukan upacara berjamu, buat ancak dan mendewa-dewakan saka, itu perbuatan syirik! Perasankah anda bahawa hampir semua pembela saka tidak ada yang hidup mewah walaupun ada banyak harta? Soalannya kenapa? Jawabannya ialah kerana Allah murka sebab menduakanNya! Biasanya orang yang bersaka, ibadah kepada Allah dianggap ringan dan kerana itu ramai yang mengabaikan solat ketika dah nak hampir penghujung umur.

Sedikit Nasihat

apa itu saka & ayat pendinding

Lupakan ayat & doa pendinding, jika dah kena, lebih baik berubat ke perawat Islam yang pakar

Dah jelas apa itu saka dan perkara negatifnya, jika anda bermasalah saka dan sayangkan diri – terutamanya tentang keadaan anda di alam akhirat kelak, berusahalah pergi buang saka dalam diri anda. Jika setakat mengamalkan ayat-ayat, saka tak akan terusir keluar sebab ianya makin jadi kebal dengan ayat-ayat yang pernah anda baca dari hari pertama. Jika anda baca beribu bilangannyapun, paling-paling hantu saka tu terpelanting keluar waktu itu tetapi akan masuk balik sebaik ada peluang. Silalah berubat di tempat yang perawatnya tidak menggunakan khidmat pendamping (sila klik untuk tahu ciri-cirinya) dan kaedahnya bukan hanya membaca ayat atau ruqyah semata. Cara itu positif tak akan berjaya mengusir jin setan saka atau hantu saka semuanya sebab jin saka berderajat tinggi dan tentunya memiliki ilmu bertaraf tinggi juga – itu yang susah nak selesaikan masalah saka tu!

Untuk pengetahuan, kaedah kami menarik jin keluar daripada badan pesakit dah banyak membantu menyelesaikan masalah saka yang hebat-hebat. Namun demikian, kami tak sebagus manapun. Yang paling gagah hanya Allah! Kami tak janji sekali boleh selesai. Hajat kami nak buat sekali saja sebab nak tengok hantu selalu bukannya cantik sangatpun. Berminat nak cuba, sila telifon kami (bukan SMS ya) untuk buat temujanji.

Semuga maklumat tentang apa itu saka, saka keturunan dan jenis saka yang saya paparkan tadi lebih mencerahkan fahaman anda tentang maksud saka dan perkara-perkara negatifnya. Lupakan niat mempelajari sesuatu ilmu berkaitan dengan khidmat jin setan dan membela saka – nanti tua jadi nyanyuk dan main kotoran termasuk najis sendiri.

Sama juga halnya dengan mengamalkan sesuatu ayat al-Quran yang dikutip daripada kitab-kitab ugama, youtube, facebook, whatsapp, tiktok dan lain-lain. Positif anda akan didampingi oleh jin setan kerana itu semua bukan diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Nabi kita mengajarkan al-Quran supaya kita umatnya sejahtera di dunia dan akhirat, bukannya untuk kegunaan dunia! Itu yang jin setan dapat mencelah masuk ke dalam badan si pengamal! Nak bergurupun anda kena tengok-tengok orangnya dulu sebelum mempelajari daripada dia. Hati-hati ya! Itu pesan saya untuk anda supaya selamat!

Yang paling baik ialah setiap kali ada masa lapang, bacalah al-Quran – tak perlu banyak, asalkan baca! Sebelum mula, hadiahlah al-Fatihah sekali kepada nabi kita – ini syarat utama sebab al-Quran disalurkan melalui dia. Setiap kali selesai, berdoa supaya selamat di dunia dan akhirat, akhiri dengan selawat 7x. Jika sanggup, amalkan selawat 100x sehari. Insya Allah, Allah akan lapangkan hidup anda dalam semua perkara. Ramai yang akan berbaik dengan anda – kurang masalah keduniaan! Kalau tak percaya, sila cuba hingga 40 hari. Anda akan tau sendiri.

Ketika berdoa, nada suara mesti lembut dan merayu dengan penuh harap. Ini sesuai dengan syarat berdoa yang terpapar dalam ayat 55 dan 56 surah al-A’raf. Jangan guna kalimat TUHANKU sama sekali. Tuhan tu bermaksud ketua dewa. Nama Allah ada 99, tukarlah kepada mana-mana satu daripada 99 nama Allah yang sesuai dan disukai!

Sila ambil manfaat mana yang sesuai! Wallahu a’lam.

 

Dikemaskini pada 3hb Mei 2022

Ayat Halau Jin & Doa Pendinding Diri – betulkah perlu amalan ayat & doa halau jin?

Ayat halau jin, doa pendinding diri & doa halau jin – betulkah perlu amalan yang begitu? Bagi mereka yang tahu atau pernah mengalami masalah gangguan jin (makhluk halus), sihir dan saka; akan tanpa berfikir panjang berkata ya, memang perlu. Hanya sebilangan kecil yang akan teragak-agak untuk setuju. Sebabnya ialah masyarakat kita secara amnya yakin bahawa beramal ilmu pendinding akan menyelamatkan diri dan keluarga daripada terkena gangguan jin, sihir dan saka. Persoalannya ialah betulkah demikian? Alternatifnya, kita pilih amalan yang menjamin keselamatan pengamal di dunia dan akhirat. Jom selami fakta sebenar bersama saya! Insya Allah bermanfaat untuk anda.

Sila ambil perhatian bahawa skop pencerahan ini tertumpu kepada:-

  1. ayat merujuk kepada petikan ayat daripada al-Quran
  2. doa merujuk kepada:-
    • sebarang kalimat atau ungkapan selain daripada petikan ayat al-Quran
    • gabungan sebarang doa dengan cebisan ayat al-Quran
    • mentera

Catitan: Ayat dan doa halau jin setan umumnya digunakan oleh perawat, namun ianya juga amat sesuai untuk tujuan pendinding dan pelindung diri daripada segala kejahatan hantu atau jin setan serta juga khianat manusia.

Secara amnya, matlamat utama mereka yang beramal ayat halau jin dan doa pendinding diri ialah untuk mempertahankan diri dan keluarga terhadap berbagai kejahatan daripada:-

  • manusia
  • jin setan – termasuk juga “orang bunian” dan penunggu sesuatu tempat atau kawasan
  • saka
  • sihir

Pada hemat saya, mereka tak berapa berjaya! Alasan kukuhnya ialah ramai yang masih ke sana sini pergi berubat berkaitan dengan masalah ini.

Jika kita perhatikan atau kita buat tinjauan ringkas terhadap mereka yang terkena atau menderita masalah gangguan jin, saka dan sihir; hampir semua mereka adalah di kalangan orang yang beramal ayat atau doa pendinding diri. Ini yang menimbulkan tanda tanya – dah bersedia dengan amal dan doa pelindung diri serta ayat halau jin, kenapa kena juga? Kenapa ada saja orang yang tak puas hati dan bersikap khianat serta berniat jahat kepada pengamal? Hairan, ‘kan? Macam ada yang tak kena tentang perkara ini. Ditinjau dari sudut lain, itu memberi gambaran jelas bahawa suasana di sekeliling pengamal lebih kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan khidmat jin setan. Suasana yang begitu memanglah memaksa setiap keluarga di situ perlu ada ilmu pendinding – itu tidak dapat dinafikan!

Masalahnya, hampir semua mereka yang berilmu itu makin hari makin jadi panas baras dan cepat melenting – walaupun amalan itu ayat al-Quran dan zikir. Mereka itu, jika bersembang sesuatu, lebih-lebih lagi tentang perkara yang berkaitan dengan Islam, nada suara mereka yang asalnya rendah jadi makin meninggi dan kemudiannya kasar seolah-olah macam nak pergi perang – lebih-lebih lagi bila menyebut nama Allah. Wajarkah itu?

Melantunkan perkataan Allah dengan suara tinggi; lebih-lebih lagi bunyi menengking; adalah sikap orang yang lupa dirinya siapa – angkuh macam Iblis dan jahil serta tak faham tentang Islam. Patutkah makhluk bersuara kasar kepada Penciptanya? Kenapa begitu? Jawabannya – itulah kesan ayat dan doa yang diamalkan! Oleh itu, patutkah amalan yang sedemikian diteruskan?

Kesan negatif amalan ayat halau jin, doa pendinding diri & doa halau jin ialah hubungan pengamal dengan orang yang terdekat dan yang selalu berurusan dengannya, terutamanya isteri dan anak-anak – mereka jadi mangsa tengking herdik; malah ada yang hingga sanggup membelasah isteri yang asalnya memang amat disayangi. Kenapa mereka bertukar jadi pemarah dan seterusnya jadi ganas atau sampai pada tahap panas baran melampau? Jika dihayati sedalam-dalamnya, amalanlah yang jadi penyebabnya kerana sebelumnya tidak macam itu!

Dalam Islam, itu perangai dan sikap yang tercela. Allah murka orang yang bersikap begitu! Yang paling tak bagusnya ialah hubungan dengan keluarga makin renggang – pembinaan keluarga bahagia jadi gagal sama sekali! Asalnya beramal untuk jaga kesejahteraan diri dan keluarga, tau-taunya amalan pula yang jadi punca tergugatnya keharmonian rumah tangga. Pelik, ‘kan? Terbalik kuang la pulak!

Sila ambil perhatian bahawa sesuatu amalan yang tidak berjaya membentuk pengamalnya bersikap lebih bertolak ansur, banyak berlembut dan penyayang adalah amalan yang diterajui oleh jin setan atau hantu. Bila diri dan jiwa pengamal telah dikuasai oleh amalannya, dia merasakan bahawa dialah NOMBOR SATU! Biasanya dia bersikap tidak mahu menerima pendapat atau pandangan orang lain – orang lain semua salah, dia seorang saja yang betul!

Masalah yang ini sebenarnya masalah umum kepada semua pengamal ayat atau doa halau jin dan pendinding diri yang berasaskan:-

  • mentera semata-mata
  • mentera atau doa yang ada kalimah atau selawat
  • mentera atau doa yang bercampur dengan ayat suci al-Quran

Ketahuilah bahawa semua ayat dan doa dalam kategori itu berkhadamkan jin setan atau hantu. Dari segi nama memang amat meyakinkan – ayat halau jin, doa pendinding diri atau doa halau jin. Sayangnya, perlaksanaan kerjanya dilakukan oleh jin setan. Mereka itulah yang berperanan membenteng dan menyampaikan hajat pengamal tapi, dalam masa yang sama, jiwa dan fikiran pengamal sentiasa dikuasai oleh mereka – itulah punca yang jadi ganas panas baran keterlaluan tu! Mereka jugalah sebenarnya yang melaga-lagakan pengamal dengan orang – mereka meransang fikiran orang lain supaya timbul rasa tak puas hati dan memusuhi pengamal. Itu kerja mereka dan kita patut sedar tentang kejahatan mereka.

Yang cebisan ayat suci al-Quran atau zikir pula, hampir semua mereka bermasalah yang sama walaupun pengamal seorang yang warak atau tahfiz. Sebabnya begini:-

  1. Amalan diperolehi dalam mimpi
  2. Amalan diajar oleh orang yang mempelajarinya daripada kitab atau buku
  3. Amalan diajar oleh orang yang hanya mendengar daripada seseorang. Contohnya, dalam majlis ilmu di masjid atau surau, ustaz memberi tahu tiga Qul elok diamalkan – Nabi kita mengamalkan itu. Kita pula mengamalkannya – itulah yang sering terjadi! Kemudiannya terasa nafsu marah sikit demi sikit membentuk dalam diri. Sebabnya ialah kita tidak belajar daripada ustaz berkenaan. Dia hanya memberitahu, kita pula mengamalkannya. Sepatutnya kita jumpa dia dan minta dia ajarkan – barulah kita berguru dengan dia. Itupun dengan syarat dia berguru daripada seseorang. Jika dia mengambil daripada kitab atau buku, masalahlah jadinya!
  4. Amalan melibatkan syarat berpuasa atau pengasingan diri untuk suatu tempoh tertentu
  5. Amalan mensyaratkan supaya menyeru atau berkata assalamu’alaikum kepada wali atau syeikh ataupun khadam ayat
  6. Amalan dipelajari daripada orang yang tak taat kepada Allah – solat 5 waktu & puasa banyak yang terabai ataupun tak buat sama sekali
  7. Amalan dipelajari daripada seorang perokok atau penghisap vapeperokok sentiasa diekori dan didampingi oleh jin setan sebab asap makanan mereka

Sekiranya amalan anda tidak berpunca daripada perkara yang saya senaraikan itu, anda termasuk dalam gulungan orang yang bertuah. Namun begitu, anda masih sedang terdedah kepada masalah dikuasai oleh jin setan. Cuba semak sendiri – jika nada anda berbicara mulanya lembut dan beransur-ansur tinggi atau kasar, lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan teguran seseorang terhadap diri anda atau keislaman anda, anda jadi melenting tak tentu pasal. Itu tanda dah ada jin setan dalam badan anda.

Nak tahu sebabnya? Begini… Perasankah anda bahawa lepas membaca ayat atau doa halau jin atau pendinding diri sekian kali, anda terus bangun dan sibuk dengan kegiatan semasa. Kalau adapun, masa nak mula mungkin anda baca a’uzubillah dan bismillah. Sedarkah anda bahawa dalam perkara itu anda bersikap sombong atau angkuh kepada Allah dan membelakangkan RasulNya?

Sebagai contoh untuk penjelasan: kita khusus kepada amalan ayat Kursi ataupun ayat Seribu Dinar. Katakan amalan perlu dibuat dua kali sehari – baca 7 kali pagi dan 7 kali malam. Bagi orang yang beriman mungkin dia pilih masa lepas solat Subuh dan samada Maghrib atau Isya. Habis baca, biasanya akan terus bangun menjalankan tugas atau kegiatan semasa. Terfikirkah anda bahawa dalam hal itu anda hanya bersandar kepada Ayat? Ayat yang anda baca itu statusnya hanyalah makhluk! Di manakah Allah dan RasulNya diletakkan dalam perkara itu? Anda baca ayat Allah tapi anda mengabaikan Allah dan RasulNya! Wajarkah itu? Inilah satu kesilapan besar yang ramai di kalangan kita telah lakukan – beramalkan ilmu tak kena cara dan sambil lewa. Kita ambil mudah saja dan terlepas pandang tentang perkara ini! Oleh kerana itu jugalah ramai di kalangan kita; termasuk juga ustaz dan mereka yang warak atau tahfiz; masih terus bermasalah dengan gangguan jin setan, sihir dan saka. Sepatutnya, mereka terhindar daripada masalah itu kerana mereka telah bersedia dengan bermacam ayat halau jin, doa pendinding diri, doa pelindung diri, doa halau jin dan berbagai ayat atau doa pendinding rumah dan gangguan saka serta sihir.

Untuk kesejahteraan, sila hayati ini: tahukah anda bahawa kegunaan ayat Kursi untuk hal dunia tidak pernah diajarkan oleh Nabi kita? Tahunya guna Kursi ialah setelah peristiwa harta zakat yang tersimpan susut waktu malam. Suatu malam seorang sahabat Nabi pergi mengintip. Nampak olehnya suatu lembaga yang mengambil. Dia tangkap dan tanya. Lembaga itu mengaku, dia yang ambil. Ditanyakan pula cara untuk mengatasi perkara itu. Diajarkanlah ayat Kursi. Sejak itu barulah berbagai kegunaan ayat itu disebarkan (tanyakan kepada ustaz yang arif tentang ini). Masalahnya ialah gurunya bukan Nabi kita tapi jin! Oleh itu, sesiapa yang beramal dengan ayat itu, akan didampingi oleh jin setan. Saya pernah berjumpa dengan seorang yang terlalu panas baran. Waktu dia tenteram, saya bertanya amalannya. Dia mengaku ayat Kursi. Sepatutnya pengamal ayat Kursi wajahnya sentiasa berseri dan bersikap pendamai. 

Oleh hal yang demikian, jika anda rasa amat perlu mengamal sesuatu doa atau ayat halau jin atau pendinding diri, pastikan kaedahnya memohon serta merendah diri kepada Allah dan tidak mengabaikan RasulNya. Bacaan mestilah dengan nada suara lembut dan perlahan serta penuh tertib. Insya Allah, anda akan diberkati Allah! Jika baca saja jadikan amalan, anda akan mengalami kesan negatifnya seperti yang saya huraikan tadi.

Saya secara peribadi menegaskan bahawa ilmu atau ayat pendinding diri tak perlu diamalkan sama sekali sebab amalan itu menjemput jin setan bermastautin dan berperanan dalam diri kita. Lagipun, jin bukan bagus sangat – tak satupun jin yang berkemampuan dalam semua hal seperti yang kita duga. Serangan jin musuh tetap tembus tak tertangkis oleh jin amalan jika yang datang itu berderajat lebih tinggi – berkemungkinan besar jin amalan lari meninggalkan pengamal. Nak buat apa ilmu yang begitu. Lagipun, jin setan telah dikutuk oleh Allah, kenapa kita nak berbaik dan menjadikan mereka pengawal diri? Memanglah dalam hal amalan, kita tidak membela atau menjemput mereka bertugas tetapi atas kesilapan kita mereka berpeluang menyelinap masuk badan kita. Allah dah bagitahu berkali-kali dalam al-Quran bahawa jin setan musuh kita. Jin setan memanglah suka sangat kalau kita beri peluang mereka berperanan – tak dijemputpun masuk, tambahan pula dipersilakan dengan teratur!

Yang terbaiknya ialah anda amalkan membaca al-Quran berterusan setiap hari, biarpun 2 3 ayat setiap kali dan ada masa sambung lagi – satu huruf disediakan oleh Allah satu pahala. Rugi besar jika tak rebut peluang ini. Sebelumnya bacalah al-Fatihah sekali untuk Nabi kita. Pasang niat dengan nada lembut dan merayu supaya selamat di dunia dan akhirat, tutup dengan selawat dan sebut aamiin, ya robbal ‘aalamiin, sapu dua tangan ke muka. Bagusnya ialah anda didekati oleh malaikat sewaktu anda membaca. Dengan cara ini, anda sesungguhnya sedang mendekatkan diri kepada Allah. Bila anda terbuai dengan kebiasaan membaca al-Quran, masalah gangguan jin setan, saka dan sihir akan makin pudar dan lenyap. Anda akan disukai oleh ramai orang – selesai masalah musuh dan orang tak puas hati, insya Allah! Itu kerana Allah yang pelihara anda bukannya ayat!

Satu perkara yang anda patut tahu ialah jika anda sedang bermasalah gangguan jin setan (juga sihir atau saka), segeralah pergi berubat ke perawat yang mahir. Beramal sesuatu ayat atau doa pendinding diri atau ayat halau jin tak akan berjaya mengusir jin setan yang bersemadi di dalam tubuh badan anda itu. Sebabnya, mereka (jin setan itu) beransur-ansur jadi kebal dengan amalan anda. Jika anda lipat gandakan amalanpun, paling-paling mereka jadi pengsan atau terpelanting keluar waktu itu saja. Bila anda selesai, mereka akan masuk semula sebab ruang dan jalan keluar masuk dah tersedia untuk mereka. Jika teringin nak berubat dengan kami, sila ke menu Telifon Kami.

Semuga penjelasan saya tentang amalan ayat halau jin, doa pendinding diri & doa halau jin ada manfaat untuk anda! Wallahu a’lam.

 

Dikemaskini pada 3hb Mei 2022

 

 

Ubat Sakit Lutut Tradisional, Farmasi & Makanan Sunnah

Ubat Sakit Lutut Tradisional, Farmasi & Makanan Sunnah

Ubat Sakit Lutut Tradisional, Farmasi & Makanan Sunnah

Ubat sakit lutut tradisional, farmasi dan makanan sunnah – jom kita tinjau bersama: kenapa yang tradisional terabai dan betulkah yang terbitan makanan sunnah bagus? Bila dah faham, kebaikannya akan menyusul, insya Allah. Ubat sakit lutut tradisional, farmasi dan makanan sunnah (sesuai di rujuk sebagai supplement makanan sunnah) mempunyai satu matlamat yang sama iaitu untuk penyembuhan. Namun, jika ditinjau dari sudut lain, ubat farmasi memang diasaskan untuk mengaut keuntungan (anda boleh layari internet tentang perkara ini). Supplement makanan sunnah juga untuk keuntungan, mungkin berganda-ganda macam ubat farmasi. Yang untuk keuntungan terkecil ialah ubat tradisional – jika hanya beritahu petua saja; jelas pemberitahunya tak ada untung sama sekali; jika adapun hanya setakat secawan kopi atau teh dan seketul dua kuih ketika berbual tentang perkara itu.

Untuk makluman, ubat farmasi di sini termasuk juga ubat yang diperolehi di klinik atau hospital. Nama dan jenis ubatnya banyak macam. Anda boleh ketahuinya di internet. Penjelasan tentang kesan sampingannyapun ada dilengkapkan bersama.

ubat sakit lutut tradisional

Ubat tradisional pula merujuk kepada ubat daripada bahan semulajadi sebagaimana yang dipesakai daripada orang tua-tua terdahulu ataupun ringkasnya daripada nenek moyang. Khusus kepada masalah sakit lutut, ini ada 3 jenis bahan yang boleh diambil manfaat:-

  • halia: tumbuk dan param ke lutut yang sedang sakit sehingga ianya kering, insya Allah sakit akan beransur reda
  • minyak zaitun yang warnanya kehijauan: minum sesudu pagi dan dua sudu sebelum tidur malam. Amalkan dalam masa seminggu
  • habbatus sauda: secamca waktu sarapan pagi dan secamca malam – eloknya atur lebih kurang 12 jam selang masanya. Atau untuk mudahnya, beli minyak habbatus sauda yang bentuk kapsul atau softgel, telan sebiji pagi dan sebiji malam. – jika dah agak OK sakit lutut tu, berhenti ataupun kurangkan dosnya sebab ada mudaratnya.

ciri sakit lutut teruk yang ubat sakit lutut tradisional tak dapat atasi

ciri-ciri sakit lutut pada tahap teruk

Begitu jugalah halnya dengan penggunaan minyak kayu putih atau rebusan sayur bendi dengan cara yang betul akan banyak membantu mengurangkan kesakitan yang dideritai. Jika TAK SATUPUN cara tersebut tadi berkesan, itu bermakna lutut anda dah berada pada tahap teruk (sila rujuk gambar itu).

Semua bahan yang dinyatakan tadi dan juga yang dalam rujukan ini (sila klik atau sentuh perkataan itu – muga-muga laman sesawang itu masih aktif) ialah ubat tradisional yang asli – menggunakan bahan semulajadi tanpa campuran apa-apa! Yang dah dicampur dengan berbagai ramuan atau bahan bersteroid, tujuannya untuk menonjolkan keberkesanan segera, tidak tergulung dalam kategori ubat sakit lutut tradisional. Begitu jugalah halnya tentang makjun.

Jika anda googleubat sakit lutut tradisional” pada halaman 1 & 2, hanya satu saja laman sesawang yang benar-benar berkaitan dengan ubat tradisional. Yang lainnya, semua berkaitan dengan nak jual ubat komersil – supplement atau herba. Ini menonjolkan fakta bahawa ubat sakit lutut tradisional:-

  • tak banyak macamnya
  • tidak mendapat pasaran yang baik dan untungpun sikit sangat
  • masyarakat kita tidak berminat dengan ubat cara tradisional ataupun mereka dah gelap mata dengan ubat moden dan ubat komersil – sesuai dengan peredaran masa, ubat sakit lutut tradisional akan ditelan masa

ubat sakit lutut komersil

Ubat sakit lutut tradisional sebenarnya tak sama dengan ubat terbitan komersil berjenama yang banyak di pasaran ketika ini – kebanyakannya harus dibeli melalui ejen jualan langsung. Ada juga yang menganggapnya supplement atau herba. Ubat yang sebegini kebanyakannya lengkap dengan kelulusan pihak kementerian. Ubat jenis inilah sebenarnya PESAING ubat tradisional dan ubat farmasi.

Dalam banyak hal, mudarat yang bakal timbul kemudiannya tidak dipaparkan sama sekali. Tegasnya, tiada ujikaji berstatistik melibatkan pengguna (yakni pesakit) untuk sesuatu tempoh masa dilakukan – ertinya matlamat pembuat ialah buat asal jadi dan boleh jual, dapat untung! Mereka tidak prihatin tentang kesihatan pengguna. Sepatutnya ubat yang ada kelulusan pihak kementerian mempunyai maklumat lengkap tentang kesan sampingan ubat berkenaan. Bagusnya ubat doktor atau farmasi pula ialah kesan sampingan ubat boleh diketahui melalui berbagai sumber, termasuk bertanya terus kepada doktor yang merawat. Dalam hal ini, mereka jujur!

Ubat komersil ikut ceritanya, semua bagus. Fakta yang amat perlu dicungkil daripada penjual atau pengedar ubat berkenaan ialah: apa akan jadi jika dah tak sakit, berhenti guna ubat atau supplement tu, sakit balik tak? Jika tegasnya tak sakit balik, itu betul-betul UBAT BAGUS! Jika jawabannya sakit semula atau sakit sikit-sikit ataupun tak pasti, lebih baik lupakan saja sebab ianya semacam juga dengan ubat farmasi – perlu terus bertaguk jika tak nak sakit. Kita seboleh-bolehnya tak nak ubat yang begitu! Betul tak?

ubat sakit lutut makanan sunnah

Sekarang ini, banyak pengeluar ubat berjenama yang menggunakan perkataan makanan sunnah. Ubat atau supplement sakit lutut yang ini mengambil sempena beberapa ramuan makanan sunnah. Secara amnya, ada yang terbuat daripada campuran belasan ramuan; malah ada juga yang puluhan ramuan; dan dikaitkan dengan perkataan makanan sunnah. Ini sedang hebat diiklankan. Anda harus berhati-hati tentang perkara yang begini sebab setiap jenis ramuan mengandungi beberapa sebatian aktif semulajadi. Jika makannya berasingan tak jadi masalah – ianya tergulung dalam kategori ubat tradisional semulajadi juga. Yang gabungan beberapa ramuan, itu yang membimbangkan – lebih-lebih lagi jika pengambilannya secara berterusan.

Ketahuilah bahawa ada di antara sebatian aktif sesuatu makanan akan segera bertindak balas sebaik saja tercampur dengan sebatian tertentu daripada makanan lain. Ini akan mendatangkan mudarat kepada pemakan supplement berkenaan. Kita ambil contoh kurma dan habbatus sauda – kedua-duanya dihebahkan banyak kebaikan untuk kesihatan. Anda boleh layari internet tentang itu. Persoalannya: apakah cuka kurma yang dicampur dengan habbatus sauda mendatangkan kebaikan dari segi kesihatan? Setahu saya, tidak ada pula Rasul kita kata kedua-dua bahan itu bila dicampur boleh jadi ubat. Sekiranya ada hadis yang menegaskan begitu, bermakna itu bukan Rasul kita yang kata! Yang ahli hadis, perlu tapis yang ini!

Faktanya begini: sebarang cuka rasanya masam. Sesuatu yang masam, kandungan asidnya tinggi. Walaupun ianya dicampurkan dengan habbatus sauda – diketahui ramai ianya berkhasiat untuk kesihatan (sila klik atau sentuh ungkapan berwarna itu jika anda nak tahu kandungan sebatiannya), rasanya tetap masam – ertinya campuran itu berasid. Mereka yang bermasalah kandungan asid tinggi dalam badan; sebagaimana pesakit lutut, gastrik, pedih ulu hati pijar naik ke atas, gout, sakit-sakit sendi dan kanser; bila minum campuran ini positif akan beransur menderita. Tak percaya, sila cuba! Tegasnya, walaupun ianya terhasil daripada ramuan sebilangan makanan sunnah, belum tentu ianya mendatangkan kebaikan kepada penggunanya.

Satu masalah lagi tentang bahan makanan sunnah ialah sukatan makannya. Kita ambil contoh habbatus sauda, ianya sesuai untuk mengurangkan masalah sakit lutut dan sakit sendi. Khusus kepada minyak habbatus sauda berbentuk softgel, ada yang mengesyorkan satu atau dua biji sekali pagi dan sekali petang dan ada pula yang kata sebiji sekali tiga kali sehari. Ada pula yang aturkan 2 biji lepas sarapan. Nampak gayanya, sukatan-sukatan itu hanyalah suatu syor daripada pihak pembuat – lain jenama lainlah aturan makannya. Ianya tanpa kajian saintifik melibat pengguna sebenar. Sila ambil perhatian bahawa:-

  • kesan sampingannya ialah terganggunya pembekuan darah bila luka – ertinya, darah akan meleleh berminit-minit lamanya, payah nak berhenti
  • tak lama lepas telan softgel, terasa pula pening kepala – itu kesan terlebih ubat (overdose)

Yang membimbangkan pula ialah entah-entah ada bahan tambahan lain kerana pihak pembuat berlawan-lawan supaya lebih laris. Produk yang cepat memberi kesan, itu yang jadi pilihan ramai. Kesan disebaliknya, ramai yang terlepas pandang. Ini juga berlaku untuk ubat farmasi. Nasihat saya, berhati-hatilah! Sekali tersilap langkah, menderita hingga ke akhir hayat kerana terganggunya sistem badan oleh ubat atau supplement secara beransur-ansur setelah sekian lama masa berlalu. Tiada cara untuk memulihkan kesihatan seperti asal yakni sebelum menelan ubat berkenaan.

Semuga semua penjelasan yang saya utarakan tadi boleh anda ambil manfaat. Anda bebas untuk memilih ubat dan rawatan sakit lutut yang bersesuaian. Untuk anda yang sedang sakit lutut pada tahap teruk tapi masih boleh berjalan, jika boleh, elakkanlah kaedah pembedahan sebab jika tersilap buat, anda akan menderita dan tak boleh berjalan selamanya – ibadah jadi tak sempurna dan banyak yang akan terabai! Pihak yang membedah akan lepas tangan walaupun dia seorang doktor pakar! Banyak yang dah terjadi begitu. Yang bernasib baik, harus bersyukur banyak-banyak! Ramai yang dah mengalami. Yang elokpun hanya untuk beberapa bulan saja, timbul masalah juga kemudiannya.

Untuk anda yang berminat ataupun nak cuba-cuba berubat sakit lutut selain kaedah perubatan moden dan ubat farmasi, saya pelawa anda untuk datang berubat dengan cara kami. Sebelum itu, eloklah cuba fahami dulu kaedah alternatif rawatan sakit lutut kami ini (sila klik atau sentuh ungkapan yang berwarna itu). Kami tak guna sebarang ubat, hanya air! Sila ambil perhatian: kami tak janji apa-apa. Jika anda sembuh, itu rahmat Allah untuk anda – segera dirikan solat sunat syukur 2 rakaat!

 

penawar sakit kepala – jom selami sebab sakit kepala

penawar sakit kepala & sebab sakit kepala

penawar & sebab sakit kepala

Penawar sakit kepala dan sebab sakit kepala adalah dua perkara penting yang patut diketahui oleh mereka yang selalu sakit kepala. Kita masih tertanya-tanya: betulkah ada ubat penawarnya? Jika ya, kenapa masih ramai pengidap sakit kepala yang sama masih berulang-alik ke klinik atau hospital? Tak kurang juga yang berubat cara tradisional dan perubatan alternatif – tapi entahlah, kemudiannya mereka memilih ubat moden juga! Contoh mudahnya, sakit kepala kerana darah tinggi: makan ubat darah tinggi tidak juga menyembuhkan sakit kepala – hanya hilang sekejap saja kerana adanya peranan ubat tahan sakit, beberapa jam kemudian sakit balik. Ini memberi petunjuk bahawa samada perawatnya tak tahu apa ubat dan penawarnya ataupun dia tenggelam punca walaupun adanya bantuan berbagai peralatan moden.

Penawar dan ubat adalah dua perkara yang berbeza. Penawar bertujuan untuk melenyapkan rasa sakit tapi bukan penyembuhan 100%. Bagi kami, penawar sakit kepala yang memberi kesan positif ialah sesuatu yang mengambilkira sebab sakit kepala. Jika fakta ini dibelakangkan, penawar berkenaan hanya bertindak semacam ubat tahan sakit saja. Jika begitu, tak payahlah susah-susah nak cari penawar, telan aje ubat tahan sakit!

Sebab sakit kepala boleh dikategorikan kepada dua faktor iaitu:-

  • faktor dalaman – penyakit atau kesihatan badan yang kian merosot
  • faktor luaran – kebiasaan diri tentang sesuatu; misalnya ketageh, lebih atau kurang tidur, lebih atau tak sesuai ubat, kurang makan atau tak makan ketika lapar dan berbagai lagi

Yang faktor luaran tu boleh kita atasi sendiri – mampu tidaknya, tergantung kepada kegigihan dan kecekalan individu itu sendiri. Yang faktor dalaman itulah yang menjadi penyebab kita perlu segera mendapatkan penawarnya sebelum melarat. Maklumat lanjut tentang sebab sakit kepala boleh anda rujuk ke laman sesawang ini: sebab sakit kepala (sila sentuh atau klik perkataan yang berwarna itu!).

Untuk anda yang sedang sakit kepala, sila cuba cara termudah berikut ini. Muga-muga ada kebaikannya. Jika setelah dicuba, ianya tidak berkesan sama sekali bermakna keadaan sakit kepala anda sudah pada tahap teruk. Jangan biarkan! Segeralah dapatkan rawatan walaupun ianya tak menghilangkan sakit kepala 100%:-

Sebelumnya, pastikan perut tak kosong dan minum air 2 3 gelas dulu. Jirus air sejuk atas kepala berterusan selama sekitar 10 ke 15 minit. Bilas sekejap seluruh badan dengan air sejuk juga. Kemudian samada anda baring atau duduk, halakan kipas laju ke muka sekitar 20 ke 40 minit – pastikan semua tingkap terbuka. Insya Allah, akan reda sakit kepala anda!

Penawar sakit kepala cara Islam pula, yang betul-betul mujarab agak sukar ditemui. Dalam Qur-an memang ada satu ayat penawar yang boleh diambil faedah sebagai doa untuk merawat sakit kepala ataupun doa untuk hilangkan sakit kepala iaitu ayat 19 surah Al-Waqiah. Yang nak jadi perawat, bolehlah mengamalkannya sehingga 100% JADI – tapi awas: mesti dengan cara yang betul supaya jin dan syaitan tak ambil kesempatan! Jika beramal sambil lewa atau baca sekali sekala bila perlu atau masa nak guna baru baca, positif tak akan JADI! Oleh kerana itulah ramai di kalangan kita yang pergi berubat ke perubatan alternatif Islam, ada masanya JADI dan kerap pula yang kesannya ada sedikit saja atau gagal sama sekali. Jika pesakit pula yang buat sendiri, positif tak akan berkesan sebab sesiapapun tak boleh fokus dalam keadaan sakit.

Untuk mengamal sesuatu ayat Qur-an, pengamalnya mesti memiliki suatu kecekalan dan kekentalan atau kualiti diri yang disukai oleh Allah serta tekun sehingga JADI. Dalam keadaan semasa kita ketika ini, bukan mudah nak capai tahap itu walaupun si pengamal seorang yang hafal Qur-an. Mungkin anda kurang setuju dengan pernyataan ini tapi ini fakta yang harus kita sama-sama terima. Boleh cuba jika tak percaya!

Satu perkara yang perlu diambil perhatian ialah berubat berasaskan ayat Qur-an memang bagus tapi perlu ulang. Ianya penawar bukan penyembuh 100%. Ulangannya taklah sampai berpuluh kali, lebih-lebihpun dalam lingkungan 3 ke 7 kali.  Oleh itu, pesakit perlu berubat pada perawat yang pakar dan tahu tentang sebab sakit kepala – hanya perawat yang telah dikurnia oleh Allah ilmu tersebut saja yang boleh menangani masalah sakit kepala dan migrain. Yang lainnya boleh kita kelaskan kepada peringkat belajar dan sedang mencari-cari kerana belum mencapai tahap yakin 100%.

Untuk mendapatkan penawar sakit kepala, mahu tak mahu, anda harus mengenalpasti perawat yang merawat berasaskan sebab sakit kepala. Kaedah rawatannya lebih tepat berbanding dengan cara lain – insya Allah anda akan sembuh daripada penderitaan anda akhirnya! Jika setakat baca-baca saja, payah nak sembuh sepenuhnya – yang sembuh tu kerana penyakitnya belum sampai tahap berat. Untuk yang tak sabar dan nak lekas sihat, sila hubungi kami untuk buat temujanji berubat.

Untuk anda yang berminat atau lebih mempercayai perubatan moden berbanding dengan yang alternatif, silakanlah! Pesan saya ialah berhati-hatilah. Lambat laun buah pinggang anda akan rosak dan terpaksa menjalani dialisis. Secara peribadinya saya nyatakan di sini bahawa pihak hospital atau klinik masih belum ada ubat atau penawar sakit kepala dan migrain yang betul-betul menyembuhkan. Mungkin ubatnya ada tapi dirahsiakan atas faktor keuntungan dan pekerjaan. Wallahu a’laam!

 

Ubat Pening Kepala Punca Pening Kepala Kian Teruk

Ubat Pening Kepala Punca Pening Kepala Kian Teruk

Ubat Punca Pening Kepala Kian Teruk

Ubat pening kepala ialah punca pening kepala jadi kian teruk. Anda setuju tak? Agak sukar dipercayai ‘kan? Jika anda seorang penderita pening kepala, perasankah anda bahawa lepas makan ubat pening kepala, beberapa jam kemudian sakitnya mula terasa semula. Setelah masa berlalu agak lama, pening kepala yang anda rasai makin berat tak boleh tahan pula walaupun makan ubat. Apa yang terjadi sebenarnya?

Ubat pening kepala ada bermacam-macam, baik yang perubatan moden mahupun yang tradisional, juga yang perubatan alternatif dan bekam. Fakta yang agak tak boleh disangkal ialah ramai di kalangan kita sentiasa bertaguk dengan ubat klinik atau hospital. Macam-macam cuba tapi tak baik-baik juga, malah jadi tambah berat tak tertahan! Itu yang saya kata ubat puncanya!

Jika kita layari internet, terdapat bermacam hujah tentang punca pening kepala, malah istilahnyapun mengelirukan. Secara ringkas, punca pening kepala boleh dibahagi kepada dua iaitu:-

  • faktor dalaman – ada penyakit dalam diri
  • faktor luaran – pengambilan ubat atau kekurangan sesuatu yang biasanya ada; contohnya kurang makan, kurang air, kurang tidur atau ketageh sesuatu

Faktor luaran, selain kesan sampingan ubat, mudah diatasi, asal saja kita tahu apa masalahnya (perkaranya). Faktor dalaman pula tidak semudah yang disangka, lebih-lebih lagi jika ianya berkaitan dengan sihir atau jin. Oleh itu, kita perlu tahu apa penyakit dan penyebabnya. Kebanyakan penyakit pula tak mudah diubati atau belum jumpa ubat penyembuhnya. Keadaan inilah yang menjadikan penderita pening kepala terus bermasalah tanpa penyelesaian – asyik telan ubat terus menerus walaupun seluruh badan rasa makin lesu atau terpaksa jumpa pakar sakit jiwa kemudiannya.

Dalam Islam ada diberitahu bahawa segala penyakit berpunca daripada perut – amat disarankan supaya makan tidak terlalu kenyang dan minum tidak sampai terdengeh-dengeh. Kita pula tak ambil kisah atau tak nak ambil tahu langsung tentang kesan makan minum berlebihan atau kita sedia berlapar ketika rasa lapar. Ketahuilah bahawa kesan berlapar atau mengisi perut berlebihan, samada makan atau minum, merosakkan sistem penghadaman kita secara perlahan. Bila kerap begitu, sakit angin gastrik akan muncul diikuti pula dengan pedih ulu hati pijar naik ke atas dan sesak nafas serta kembung melampau diikuti dengan gangguan buang air besar – kesemua keadaan yang begini memang menokok paras toksik dalam badan. Ini menggangu perjalanan darah dalam badan – yang mudah terasa pada kita ialah sentiasa rasa pening kepala. Akibat yang tak boleh dielakkan ialah kandungan asid dalam badan jadi kian pekat – kemudian ianya mengundang sakit gout, sakit sendi, kanser dan berbagai lagi.

Bagi anda yang masih muda dan sihat, eloklah ambil perhatian tentang penerangan dan fakta yang saya paparkan tadi supaya sentiasa segar dan nyah ubat – hidup ceria selalu serta boleh menjalankan tugas harian secara produktif dan kurang masalah penyakit moden.

Semuga kunjungan anda ke halaman ini ada manfaat yang positif. Untuk maklumat secara terperinci tentang ubat pening kepala dan puncanya, sila sentuh atau klik ini: ubat pening kepala dan punca pening kepala.

Marilah fahami kesihatan diri – hati-hati makan ubat dan makan minum!

Marilah fahami kesihatan diri – hati-hati makan ubat dan makan minum! Ramai di kalangan kita yang makan berbagai ubat, herba, vitamin dan supplement tanpa mengambilkira keadaan dalaman diri sendiri. Setengahnya pula ada yang asal beli, pantang dengar ada ubat bagus. Sebenarnya, bagus itu dari segi penjual! Kita pengguna, belum tentu bagus. Berhati-hatilah makan ubat! Mari bersama saya dalami fakta tentang kesihatan diri dan sakit. Semuga banyak manfaat untuk anda. Inilah hadiah saya yang amat berguna untuk anda yang bermasalah kesihatan diri.

Secara amnya, keadaan badan kita yang paling stabil ialah waktu awal muda. Kita rasa amat sihat dan cergas waktu itu. Jarang sakit, jarang selsema, jarang demam dan sebagainya. Jika disuruh makan ubat ketika demampun misalnya, kita mengelak. Sesuai dengan peredaran masa, kesihatan diri beransur kurang memuaskan. Kenapa begitu? Jawaban mudahnya ialah kita tak jaga diri yang diamanahkan Allah kepada kita. Kita makan minum sesuka hati, kita tidur sesuka hati – tak kira tempat dan masa. Lebih-lebih lagi makan secara buffet – selagi tak kenyang tak berhenti, dah kenyangpun sumbat lagi! Itu saya waktu muda-muda dulu. Anda mungkin tak macam saya!

Bila dah sakit, makan ubat tak kira apa. Ada orang kata elok, kita segera cuba – matlamatnya nak cepat baik. Malah halal haram ubatpun kita terlupa nak ambil kisah. Ini kenyataan kebanyakan kita – termasuk juga saya. Akibatnya, kita mula sakit-sakit pada usia yang agak awal daripada yang sepatutnya. Apa yang dapat kita hayati tentang makan ubat ialah boleh dikatakan semua ubat memudaratkan bukannya menyembuhkan – racun! Kesegaran hanya sementara; bertahan dengan ubat tahan sakit; dan terasa kesihatan diri kian merosot kemudiannya. Ini fakta, anda boleh tanya kebenaran ini kepada semua mereka yang berulang-alik ke klinik dan hospital ataupun mereka yang ke pusat dialisis.

Ini ada satu perkara BENAR – umurnya sekarang 25 tahun. Dia mengambil supplement untuk mengurangkan berat badan sejak berusia sekitar 17 tahun. Sekarang dia menjalani dialisis akibat supplement yang dimakannya telah merosakan buah pinggangnya. Jika tak silap, dialisisnya 3 kali seminggu dan minum airpun dihadkan tak melebihi 0.5 liter sehari semalam. Ambillah ini sebagai tauladan – jaga kesihatan diri!

Jika kita perhatikan orang tua di kampung, dah berumur 70 80 tahun lebih, masih sihat dan cergas buat kerja. Kita di bandar, ada yang baru nak masuk tiga puluhan, dah sakit itu sakit ini. Kerana apa? Faktanya ialah mereka itu, siang penat kerja, malam cepat tidur dan makan minum terjaga – contohnya, mereka tak terlalu teransang untuk minum air gas selalu, makanan dalam tinpun jarang mereka makan kerana kesempitan duit. Sayur-sayuranpun banyak yang ditanam sendiri – terhindar daripada racun serangga dan lainnya.

Fakta yang amat perlu diambil perhatian dalam hal ini ialah semua makanan dalam tin dan air bergas kandungan asidnya tinggi. Air RO (osmosis berbalik) juga termasuk dalam kategori berasid. Jika anda tak percaya, beli cairan atau kertas penguji pH di farmasi dan anda uji sendiri.

Fakta selanjutnya ialah semua penyakit kian menjadi-jadi dalam suasana badan yang berasid. Lagi tinggi kepekatan asid dalam darah, lagi menjadi-jadilah berbagai penyakit dalam diri – antaranya untuk pengetahuan anda ialah barah, gastrik, sakit ulu hati, gout, kencing manis, darah tinggi, leaukemia, SLE dan banyak lagi… Khusus kepada penyakit kanser misalnya: sel kanser lebih aktif membiak dalam suasana badan yang berasid tinggi. Itu jugalah sebabnya mereka yang menjalani pembedahan sesuatu penyakit kanser, tak lama kemudian kanser itu ada lagi – kadar merebaknya pula lebih cepat daripada sebelumnya.

Jika dikaitkan dengan oksigen, badan yang berasid, kadar oksigennya rendah daripada yang sepatutnya. Lagi tinggi kepekatan asid, lagi kuranglah oksigen dalam badan – ertinya badan kian bertoksid, lagi biaklah penyakit dalam diri dan selera makan minumpun mula menyusut. Itulah juga yang terjadi pada orang yang dah berumur, menjadi makin lemah dan beransurlah kurang aktif. Limpahan asid penghadaman berlebihan mula terjadi dalam buntil perut, ekoran tiada selera makan. Setibanya makanan terhadam di usus kecil, semua zat makanan dan juga asid diserap ke dalam darah. Ini menyebabkan asid dalam darah kian pekat – mulalah kurang tenaga kerana berkurangannya oksigen, bermakna toksid jadi kian bertambah. Mulalah sakit beransur berat…

Bagi kita yang termasuk dalam kategori sihat, janganlah cepat-cepat melatah nak ambil vitamin ataupun minum itu ini, nakkan lagi sihat. Jika anda buat begitu, kesihatan diri anda akan cepat merosot – jika tak percaya, sila cuba! Kita sepatutnya teruskan kegiatan harian. Bila mula terasa kurang cergas, segera minum madu lebah asli (sila klik atau sentuh untuk tahu selanjutnya). Madu BUKAN gula dan ianya segera diserap ke sistem badan – tak melalui proses penghadaman. Lagipun, Allah dah bagitau dalam Quran, madu lebah banyak kebaikan (penawar) untuk manusia. YAKIN AJE! Namun begitu, elakkan minum madu waktu perut masih kosong – lebih-lebih lagi waktu baru bangun pagi. Tak percaya, sila cuba! Insya Allah anda akan menderita, ianya bermula dengan kembung dan senak ulu hati. Tahap berikutnya sakit ulu hati pijar ke atas. Tahap teruk selanjutnya, sesak nafas atau sakit kepala. Lain-lain penyakit akan muncul kemudiannya..

Bagi kita yang berpenyakit, jika kita terus makan minum bahan yang dalam kategori berasid, badan kita akan terasa makin kurang segar. Makan ubatpun setakat bertahan saja – tak lama kemudian terasa penyakit makin berat pula. Ini terjadi kerana semua ubat bersifat asid kecuali ubat anti-asid. Kegiatan ini sebenarnya menambahpekatkan kandungan asid dalam badan. Satu-satunya cara untuk mengatasi semua ini ialah:-

  • banyakkan bersiar sambil menyedut udara segar di luar rumah – eloknya 3 4 kali sehari, lebih kurang 10 minit setiap kali. Ini penting untuk membekalkan banyak oksigen dalam badan supaya semua sel segar dan akif. Udara terkumpam dalam rumah atau bangunan melemahkan sistem pertahanan badan.
  • kurangkan makan ubat – yang sebaiknya lupakan semua ubat jika mampu dan beralihlah kepada penjagaan kesihatan diri yang teratur
  • makan minum bahan yang sifat alkali – jika tiada pilihan, bolehlah bahan yang asidnya terlalu rendah; sayur-sayuran segar juga lobak dan buah-buahan cukup ranum serta air kelapa dan juga isinya elok diutamakan
  • Jangan biarkan perut lapar lebih dari 10 minit, eloknya bila rasa nak lapar, cepat-cepat makan – tak semestinya nasi tapi makannya agak terasa perut tu ada isinya, bukan setakat sekeping roti atau biskut. Ini bertujuan supaya asid perut tidak merosakkan bahagian dalam dinding buntil perut. Jika terbiar, boleh menimbulkan calar-calar pada dinding itu. Pada peringkat yang lebih teruk, wujud ulser pula. Keadaan ini akan merosakkan saraf-saraf bahagian dalam dinding buntil perut, lambat laun akan menimbulkan masalah asid perut keluar berlebihan. Bahaya dan akan menderita jadinya!

Oleh kerana kepekatan asid dalam badan menjadi punca tergugatnya kesihatan, demi menjaga kesihatan diri supaya sihat sejahtera, eloklah elakkan seboleh-bolehnya makan minum semua bahan yang MASAM rasanya (boleh rasa sikit, bukan tak boleh langsung!) termasuklah semua buah muda dan yang belum cukup ranum, jeruk, sebarang cuka dan sos yang ada bau cukanya. Lupakan jus delima dan durian belanda, cuka epal dan cuka kurma serta lemon. Ikut teorinya bagus – itu sebenarnya bagus untuk orang sihat iaitu kepekatan asid dalam badannya pada tahap paling cair. Namun, jika tak ambil kesah tentang ini (yakni terus makan minum bahan yang masam-masam seperti biasa) kerana badan rasa sihat dan segar, sesuai dengan tabiat makan minum, ketahanan sistem badan akan segera menyusut. Ini kemudiannya akan mengakibatkan paras asid dalam darah beransur tinggi lebih segera daripada yang sepatutnya – ertinya, ada mudaratnya!

Untuk yang bermasalah angin gastrik, sakit ulu hati rasa pijar melonjak ke atas (reflux atau heartburn atau GERD) dan pengidap kanser, sila hindari minum madu kelulut. Juga cubalah sedaya upaya kurangkan seboleh mungkin makan minum semua yang masam rasanya dan semua bahan yang berikut ini:-

  1. daging lembu – seketul dua boleh! Tukarlah kepada daging ayam dan kambing
  2. sotong, udang, ketam dan siput-siput laut tapi jenis ikan segar tak banyak mudaratnya – rasa-rasalah dulu, mungkin ada di antaranya yang tak sesuai dengan sistem badan anda
  3. minuman bergas dan makanan dalam tin (terutamanya sardin) – termasuklah susu kering/tepung dan susu dalam tin (susu segar dan susu kambing OK)
  4. telur, kicap, kacang, roti putih (roti perang OK), kopi – terutamanya kopi 3in1 (ada sejenis kopi yang boleh menjadi penyebab buasir – hati-hati ya!), kerepek pisang dan nasi sejuk (nasi malam yang nak dimakan waktu siangnya ataupun nasi tengahari nak dimakan waktu malam tanpa dipanas secukupnya atau dimasak semacam nasi goreng)

Semuga anda mula memahami keadaan kesihatan diri anda. Elakkanlah semampu mungkin semua jenis ubat termasuklah herba, vitamin dan supplement. Orang yang sihat, tubuh badannya tidak memerlukan itu semua sebab sistem badannya seimbang dan sentiasa bersiap sedia menghasilkan semua unsur keperluan badan semasa. Jika ditambah dengan berbagai ubat dan vitaminpun, semuanya akan jadi bahan buangan dan toksid – membazir serta beransur-ansur akan memudaratkan sistem badan. Kesan utamanya buah pinggang. Agar kesihatan diri sendiri terkawal, berhati-hatilah makan ubat serta makan minum. Insya Allah anda akan sihat dan ceria selalu.

3 Penawar Demam Denggi – Ubat Denggi & Rawatan Demam Denggi

Penawar demam denggi yang benar-benar menjadi ubat demam denggi amat diperlukan oleh semua pihak yang terlibat dalam rawatan demam denggi, lebih-lebih lagi pesakit denggi itu sendiri. Kita tak tahu, mungkin esok atau lusa kita pula yang kena. Mahu tak mahu, kita perlu tahu juga serba sedikit tentang rawatan dan penawar demam denggi yang menjadi alternatif kepada perubatan di hospital. Di hospitalpun, hanya masuk air – masih tiada sebarang ubat yang positif untuk menyembuhkan penyakit denggi. Jalan terakhir ialah tukar darah bila ketara ada tanda demam denggi berdarah nak terjadi iaitu ada tanda nak merah-merah pada kulit, mata putih dan lain-lain bahagian badan.

Berdasarkan anggaran pada 2013, kes demam denggi sedunia sekitar 96 juta. Oleh kerana penawar demam denggi belum ditemui, pihak German pada tahun itu telah menaja kajian vaksin denggi untuk Bazil dan Vietnam. Mereka nampak peluang keuntungan yang melaut!

58% di Selangor saja - penawar demam denggi alternatif amat perlu

Utusan Malaysia 26/2/2015: Kes demam denggi paling serious

Jika kerajaan kita melanggan vaksin itu atau yang lain untuk 1 Malaysia – besar modal tu… Persoalannya, betulkah vaksin itu penawar demam denggi yang berkesan dan bagaimana pula dengan kesan sampingannya? Itu semua harus diambil kira… Kita bimbang terjadi macam vaksin Rubella dulu – ada pelajar yang dilaporkan terlantar tak bermaya. Yang paling utama bagi kita yang Islam, halalkah sumber vaksin itu? Kita tak mau macam suntikan meningitis (untuk bakal haji dan umrah) – yang dikatakan halalpun masih meragukan sebab sumber asalnya.

penawar demam denggi diperlukan segera sebab 66% naik berbanding tempoh yang sama tahun lepas

Utusan Malaysia 25/2/2015: Kes demam denggi di Selangor meningkat 66 peratus

Kita sama-sama tahu, pihak kerajaan sentiasa berusaha untuk mengatasi masalah denggi. Usaha menumpaskan nyamuk aedes dengan cara penyemburan ubat ke kawasan yang positif denggi nyatanya kurang berkesan – penyakit denggi masih berleluasa. Boleh dikatakan setiap minggu ada saja pesakit denggi yang dimasukkan ke hospital. Utusan Malaysia, 25hb Feb 2015, melaporkan Selangor paling ramai yang kena demam denggi untuk tempoh seminggu bulan Feb lalu (15 Feb hingga 21 Feb) iaitu 1716 orang daripada keseluruhan 2959 kes. Tahun ini sehingga 21 Feb, seramai 12,427 orang kena demam denggi di Selangor. Ramai yang kena tu… Ini perkara serious! Marilah sama-sama kita mengatasi masalah ini, sambil membantu pihak kerajaan, dengan satu di antara cara alternatif yang akan dipaparkan selanjutnya.

Rawatan & Penawar Demam Denggi

Rawatan dan penawar deman denggi ada berbagai cara tertakluk kepada tempat rawatan itu sendiri. Di sini disajikan tiga cara yang ramai pesakit demam denggi sihat tanpa menerima sebarang rawatan daripada klinik atau hospital. Anda juga boleh mengambil manfaat satu daripada kaedah berikut ini, asal saja belum sampai pada tahap denggi berdarah:-

A) Kita secara tersendiri sering menggunakan ubat nyamuk lingkar dan sembur. Kita juga tanpa sedar sedang membahayakan diri dan keluarga kerana semburan dan asap ubat nyamuk itu sedikit demi sedikit memberi kesan negatif kepada peparu – mungkin kesannya lebih teruk daripada merokok. Setakat ini tiada kajian saintifik dilaksanakan di negara kita tentang perkara ini. Oleh itu, jika sayangkan diri dan mereka yang kita sayangi, gantilah ubat nyamuk sembur dan lingkar dengan “reket letrik boleh caj” sekali pagi dan sekali petang – nyamuk mati tak sempat nak biak dan anda bernafas dalam udara bersih dan segar! Selesai masalah nyamuk dan denggi! Inilah penawar demam denggi yang termujarab – bersedia sebelum kena! Mari kita sama-sama lakukan…

B) Penawar demam denggi yang kedua ialah daun betik. Jusnya diakui cepat memulihkan platlet pesakit demam denggi dan perincian pengambilannya ada dalam rujukan ini. Namun begitu, ada pesakit yang telah meminum jus tersebut tapi tak banyak perubahan – malah bertambah lemah kerana penyusutan bilangan sel darah putih dalam badan. Itu terjadi kerana dah ketara ada bintik-bintik merah pada kulit dan setelah platlet rendah, baru nak minum jus tersebut.

Apa yang saya nak syorkan di sini ialah ambil 3 pelepah daun betik (pelepah dan daunnya), potong pendek dan rebus dalam 2  3 gelas air guna api sedang sehingga tinggal segelas. Biarkan hampir sejuk dan minum. Insya Allah, esoknya anda akan rasa lebih segar. Cara ini terbukti mujarab, terutamanya yang baru kena demam denggi – malam ni minum, esok sihat! Minumlah penawar demam denggi yang ini sebelum mencapai tahap demam denggi berdarah. Masalahnya – pahit bukan kepalang, tak lalu nak telan! Sila ambil manfaat jika sanggup… Lupakan apa yang mereka kata, terutamanya yang dalam internet!

C) Mari kita perhatikan pula fakta ini: di hospital, pesakit demam denggi hanya dirawat dengan masuk air saja. Tukar darah hanya jika platlet turun ke paras bahaya, ekoran lambat masuk air. Ini memberi PETUNJUK yang jelas bahawa demam denggi boleh diatasi dengan air. Kawan saya seorang doktor perubatan – kena denggi, dia tak masuk hospital. Dia berehat di rumah dan minum banyak air. Dia sembuh tanpa rawatan, hanya minum banyak air.

Ditinjau dari sudut lain, secara mudah, mereka yang tak sihat ialah kerana badan banyak toksik – akibatnya badan kurang oksigen. Banyaknya toksik berpadanan dengan kandungan asid yang tinggi dalam badan. Berbagai virus boleh membiak dalam badan yang berasid – ertinya virus hidup segar dalam badan yang tak cukup oksigen. Lagi kurang oksigen, lagilah rancak pembiakannya – kerana itulah orang yang sihat dan cergas, terutama mereka yang kegiatan hariannya sentiasa berpeluh dan makan terjaga, susah nak kena sakit.

Samalah juga halnya dengan virus denggi. Satu cara termudah untuk mengatasi ini ialah menggunakan sesuatu yang boleh merendahkan kandungan asid dalam badan. Oleh kerana air minum kandungan asidnya amat rendah, itu jugalah sebabnya rawatan demam denggi guna air di hospital berkesan walaupun bukan 100%. Fakta ini meyakinkan lagi bahawa kita boleh guna air alkali sebab ianya bukan bersifat asid. Suasana yang tak berasid secara otomatik membantutkan pembiakan virus denggi. Oleh itu, eloklah pesakit demam denggi merawat diri dengan air alkali saja.

Anda cuba sendiri, minum paling kurang segelas setiap setengah jam. Insya Allah, anda akan sembuh tanpa ubat!

Jika boleh dapat air alkali yang pHnya 9.0 atau 9.5 ataupun yang lebih baik, kesannya lebih cepat lagi. Di Jepun, lebih 250 hospital menggunakan air itu untuk merawat pesakit berbagai penyakit. Nak tahu, sila layari Google “250 Japanese hospitals use water to treat patients”. Jika tak berkesan, tak kanlah sampai lebih 250 buah hospital di sana melaksanakan program rawatan itu! Negara semaju itu guna air tersebut, kenapa pula kita teragak-agak? Lupakan apa Orang Putih kata tentang ini – pada mereka, mereka NOMBOR SATU. Biarkan! Kita nilai sendiri dan ambil yang bagus…

Ada juga jenis kapsul yang direndam dalam air untuk menghasilkan air alkali. Mudah tapi airnya berbau – yang busuk tu setahu saya tak halal walaupun kandungannya herba; tambahan pula negara pengeluarnya bukan negara Islam. Samalah halnya dengan genseng – halal asalnya, jadi haram kerana genseng memang ditapa dalam arak sebelum diedarkan.

TIP UTAMA: Jika anda ada alat yang boleh menghasilkan air alkali yang pHnya sekitar 11.5, anda boleh sembur di dalam dan luar rumah. Kesannya, semua serangga lari termasuklah nyamuk. Insya Allah, anda sekeluarga selamat daripada denggi!

Perhatian: orang yang tak berpenyakit JANGAN cuba bertaguk dengan air alkali. Akan tiba masanya, sistem badan akan mengimbangi dan menyelaraskan kandungan asid dalam badan. Masa itu kelak, jika tak minum air alkali, kandungan asid dalam badan akan melambung tinggi daripada sebelumnya. Macam-macam penyakit akan timbul. Susah nak mengimbanginya semula kecuali minum air itu terus menerus. Bagusnya – badan sihat, tak banyak penyakit. Wallahu a’lam…

Seandainya ketiga-tiga cara di atas tak sesuai untuk anda, kami ada cara tersendiri dengan bacaan ayat-ayat Al-Quran. Yang tahu tentang kami, tak akan mengguna cara lain. Ramai pulih walaupun dalam keadaan terlantar di hospital. Ada juga wakil pesakit yang datang tu tak percaya tapi tak ada pilihan – datang ke kami. Bila ternyata sembuh dalam masa singkat, berterima kasih dengan air muka jernih!

Berhajat nak berubat? Sila telefon kami sebelum datang.

 

 

Penyakit Kanser Atau Barah – kimoterapi & radioterapi rawatan kanser?

Penyakit kanser atau barah dalam bahasa kita adalah suatu penyakit yang tidak mudah disembuhkan. Ianya terbentuk kerana ada sel yang sepatutnya mati setelah cukup usia tetapi tidak mati, malah membiak semacam ketumbuhan. Rawatan kanser oleh pakar penyakit kanser atau barah di hospital biasanya menggunakan kimoterapi (kemoterapi atau terapi kimo) dan radioterapi (terapi radiasi). Kimoterapi biasanya kita rujuk sebagai ubat kimo ataupun ubat kemo. Benarkah kimoterapi dan radioterapi membunuh sel kanser? Anda boleh dapat jawabannya dalam rujukan di bawah ini:-

  1. Dr Peter Glidden: kimoterapi tidak memulihkan penyakit kanser. Di bahagian komen, yang tertulis pada 2hb Sept 2014 menyatakan: jika ada doktor yang hendak mengkimo pesakit kanser disyaratkan bila dia kena kanser nanti dia juga mesti dikimo, kimoterapi akan jadi bahan sejarah saja.
  2. Dr Moss, seorang pakar kimoterapi, dalam bukunya tahun 1990 menegaskan: kimoterapi bukan ubat kanser – tiada sangkalan sama sekali dalam semua jurnal di Amerika.
  3. Laporan terbaru, Julai 2014, tentang kanser payudara merah – hampir separuh yang mati dalam tempoh 5 tahun setelah menjalani kimoterapi.
  4. Laporan terbaru satu lagi, Sept 2014, sekitar 70% pesakit kanser pangkal rahim di Eropah yang terselamat samada melalui pembedahan ataupun kimoterapi. Sekitar 20-30% saja yang ketumbuhan mereka mengecut setelah dikimo dan mereka meninggal tak sampai setahun kemudian.

Ubat kimo itu rupa-rupanya bukan ubat kanser. Tertanya-tanya juga kenapa doktor pakar kita cepat sangat nak kimo pesakit kanser? Jawaban Dr. Moss amat berkaitan, pertama kerana mereka (para doktor pakar) telah dilatih untuk merawat dengan ubat kimo; kedua kerana mereka telah menghabiskan masa bertahun-tahun untuk mencapai tahap kepakaran yang begitu – itu kemahiran mereka, itulah yang mereka buat! Logiknya, jika tak buat, tak adalah kerja mereka – berhenti ataupun diberhentikan kesudahannya!

Menurut mereka, ubat kimo membunuh semua sel kanser dan sel yang baru termasuklah juga sel darah yang baru lahir di dalam tulang pengeluar sel darah. Akibatnya? Anda tentu boleh duga! Kalau sel baru dalam badan hampir semuanya mati, apa yang tinggal… Didakwa juga dalam rujukan di atas bahawa kemoterapi dan radioterapi boleh menyebabkan kanser kemudiannya.

ubat kimo kena kulit

Kesan segera terkena dua tiga titisan ubat kimo, petikan daripada www.whale.to/cancer/

Cuba anda amati gambar di sebelah ini. Itu kesan lecur terkena beberapa titik tumpahan ubat kimo ke kulit. Bayangkan… Kena sikitpun dah dahsyat melecurnya, inikan pula disuntik ke dalam badan pesakit kanser! Boleh ke hidup lama? Rasanya anda dah yakin bahawa kimoterapi bukan ubat penyakit kanser atau barah – menempah maut aje! (Gambar itu dipetik daripada rujukan kedua di atas).

Presiden Reagan telah menjalani pembedahan kanser usus tetapi tidak dikimoterapi kemudiannya – dia selamat! Pesakit kanser selain dia mesti disusuli dengan kimoterapi setelah pembedahan – itu kaedah rawatan… Persoalannya, kenapa Reagan tidak? Anda dah tahu jawabannya ‘kan?

Jika anda terus gali maklumat tentang rawatan penyakit kanser di internet, anda akan mendapati kesimpulan yang hampir serupa dengan pernyataan pakar-pakar dalam keempat-empat rujukan tersebut di atas tadi. Tegasnya, kimoterapi dan radioterapi belum berjaya menyelamatkan nyawa pesakit kanser.

Kita dapat terima dengan lapang dada jika 5 daripada 100 pesakit kanser meninggal dunia kerana kimoterapi dan radioterapi. Ertinya kita terima bahawa kimoterapi dan radioterapi bermanfaat untuk pesakit kanser. Dengan itu, memang patut diteruskan!

Rasanya anda tak dapat terima bahawa itu cara rawatan kanser yang patut dilaksanakan jika 15 daripada 100 orang gagal diselamatkan dengan kaedah itu. Apa pula halnya jika daripada 100 pesakit kanser, hanya dua tiga orang saja yang selamat! Sangat tak masuk akal jika rawatan cara kimoterapi dan radioterapi diteruskan, ya tak?

Di negara kita ini, sekali rawatan dengan ubat kimo kosnya sekitar RM2,000 lebih kurang – jika hospital pakar swasta pula kosnya boleh mencapai RM5,000 – RM8,000 sekali. Biasanya perlu sekitar 7 kali kimo dan kemudian diikuti dengan terapi radiasi sehingga jumlah rawatan boleh mencapai 40 kali semuanya. Habislah berpuluh-puluh hingga ke seratus lebih ribu ringgit. Kalau baik, tak apa habis duit. Biasanya sebaliknya yang terjadi…

Jelas, memilih rawatan kanser di hospital mempunyai risiko yang amat tinggi iaitu nyawa dan duit habis…

Pilihan lain untuk mendapatkan rawatan kanser ialah pusat-pusat rawatan alternatif dan tradisional. Perawat-perawat di sana mempunyai cara tersendiri untuk memulihkan penyakit kanser. Diakui juga bahawa bukan semua pusat rawatan alternatif kanser mempunyai kaedah rawatan yang mampu memulihkan penyakit kanser. Oleh itu, sebelum ke sana, tanya-tanyalah dulu…

Cara rawatan alternatif kanser (sila sentuh atau klik) kami berbeza… ramai pulih walaupun mengidap kanser tahap 4.

 

 

Penyakit Lelah Atau Semput, Inhaler & Ubat Lelah

Penyakit lelah atau semput amat sukar untuk diubati walaupun dengan kaedah dan peralatan moden yang canggih masa kini. Pesakit biasanya bergantung kepada ubat lelah bernama inhaler (ubat pam) untuk melegakan pernafasan. Bila inhaler sudah mula tidak berkesan, pesakit lelah atau asma terpaksa diserkup dengan alat bantuan pernafasan. Ini bererti inhaler adalah ubat pelega sementara saja – bukan untuk pulihkan sepenuhnya.

Kami dah banyak membantu pesakit lelah, termasuklah mereka yang berkeadaan teruk iaitu pada tahap inhaler dah tak memberi kesan. Nak tahu cara rawatan penyakit lelah yang kami lakukan? Sila klik atau sentuh rawatan penyakit lelah berkesan positif ini.

Cepat Lapar & Senak Perut Tanda Gastrik – Mari Fahami Punca Gastrik

Tanda gastrik yang termudah untuk mengesan seseorang tu dah ada penyakit gastrik ialah cepat lapar. Cepat lapar, jika tak makan segera, akan disusuli pula dengan rasa senak perut atau senak ulu hati. Bila dua ini terjadi, sahlah individu itu berpenyakit gastrik. Akan ditinjau beberapa punca gastrik yang patut diketahui ramai.

Cepat lapar tanda gastrik

Tanda gastrik yang paling ketara dan mudah kita camkan ialah cepat lapar. Cepat lapar terjadi ekoran daripada terjadinya limpahan asid penghadaman yang berlebihan daripada yang sepatutnya. Jadi, makanan akan terhadam dalam masa yang lebih singkat daripada yang semestinya – biasanya kita akan terasa lapar setelah sekitar 4 jam makan atau sarapan. Pengidap gastrik akan mula rasa lapar sekitar 1.5 ke 2.5 jam. Kadang-kadang baru lepas makanpun dah rasa lapar – itu dah nak sampai pada peringkat gastrik teruk. Jika tak makan, senak perut akan mula dirasai dan diikuti dengan rasa pedih ulu hati dan seterusnya sesak nafas ataupun rasa sebat nak bernafas, sakit kepala dan kembung perut pada tahap dah teruk. Inilah beberapa tanda gastrik yang senang kita fahami. Yang lain-lainnya boleh anda perolehi dalam rujuk ini: Punca Penyakit Gastrik.doc.

Punca gastrik

Punca gastrik yang terutama ialah tabiat makan yang tak teratur dan tak tentu masa yang lama kelamaan mengganggu sistem pertahanan badan dan fungsi organ serta sistem selaput pertahanan dalam perut. Sepatutnya bila mula rasa nak lapar, kita makan. Kadang-kadang tak laparpun kita makan juga. Yang kerapnya pula, waktu lapar kita tahan dan terus sibuk dengan urusan semasa. Inilah penyebab utama asid pencernaan makanan keluar tak menentu dan waktu perut kosong ianya menipiskan selaput pertahanan dalam perut sedikit demi sedikit. Lama kelamaan, selaput itupun jadi luka dan terjadilah ulser perut pula kemudiannya.

Faktor lain selain daripada penurunan ketahanan badan oleh faktor umur dan tabiat makan, punca gastrik yang ibarat api dalam sekam ialah kesan menelan berbagai ubat yang telah sekian lama terhadap organ-organ penting. Dengan kata lain, kesan ubat menambahkan penyakit lain iaitu tambahan kepada beberapa penyakit sedia ada yang telah cuba dirawat – terutamanya organ dan sistem perjalanan darah. Apabila organ terganggu fungsinya iaitu tidak berfungsi sebagaimana semestinya, ketahanan diri dan penyebaran oksigen dalam badan mula terganggu dan terjadilah pertambahan toksid dalam badan. Kawalan terhadap pengeluaran asid penghadaman juga ikut terganggu – kebanyakan kita asid keluar lebih banyak daripada yang diperlukan. Akibatnya, makanan tercerna lebih cepat maka kitapun akan cepat lapar. Bila tak makan pada masa itu, mulalah rasa senak perut dan pedih ulu hati. Bila dah kerap terjadi, wujudlah penyakit gastrik.

Jadi, jelaslah bahawa cepat lapar ialah tanda gastrik. Puncanya ialah tabiat makan yang tak teratur dan tak tentu masa – perut selalu kosong.

Para pengidap penyakit gastrik bolehlah memanfaatkan penawar gastrik termudah ini. Sekurang-kurangnya untuk melepas sesak sebelum mendapat penawar yang terbagus.

XML Sitemap · Disclaimer · Privacy Policy · Terms Of Use
© Hak Cipta Terpelihara 2014 - 2024 · Pusat Rawatan Alternatif Dr Rasid & Nazar – Perubatan Islam Tanpa Ubat ·