Halal Haram Ubat Doktor & Farmasi
Halal haram ubat doktor & farmasi – pernahkah terlintas difikiran anda mempersoalkan perkara ini? Kebiasaanya, bila tak sihat, kita akan segera mencari ubat. Kita tak kesah dan tak ambilkira tentang halal haramnya. Kita biasanya ambil mudah pergi beli di kedai saja. Tak kurang juga yang pergi ke kedai ubat cina. Ada juga yang pergi ke farmasi sebab petugas utamanya seorang yang berpengetahuan tentang ubat dan kesannya serta tak perlu tunggu lama. Lumrahnya, tempat yang tak asing lagi ialah pergi ke doktor di klinik atau hospital.
Sedarkah anda, setiap kali ke doktor anda akan dibekalkan juga dengan ubat tahan sakit sebagai pelengkap? Kenapa begitu? Jawabannya, supaya tak rasa sakit! Habis, ubat-ubat lain tu apa peranannya? Meragukan ‘kan!
Sila berhati-hati bahawa menelan bermacam ubat serentak juga akan menimbulkan masalah kepada sistem badan kerana wujudnya tindak balas bahan kimia antara ubat.
Mari pula kita hayati fakta berikut ini:-
- Utusan Malaysia (2hb Nov 2009) melaporkan tentang hasil kajian makmal Pusat Pengajian Sains Farmasi, Universiti Sains Malaysia bahawa 30 peratus daripada 100 ubat yang diuji, positif mengandungi DNA babi. Produk berkenaan mempunyai sijil halal yang sah ekoran bahan utamanya halal sedangkan gelatin kapsulnya yang haram – 100% tak halal dari segi Islam!
- Majalah Milenia Muslim (April 2011) melaporkan bahawa suntikan Insulin, suntikan Botox, vaksin meningitis dan imunisasi: Rubela, Hepititis B, Campak, Tibi, Batuk Kokol, Dipteria, Tetanus dan Polio mengandungi unsur haram daripada babi – jelas 100% tak halal!
Apa dah jadi pada kita? Kita semua telah disuntik sejak kita kecil lagi. Kita elak makanan yang haram tetapi dalam darah dan daging kita memang dah tersemai unsur yang tak boleh disucikan! Kesannya boleh kita perhatikan bahawa ramai yang beribadah tetapi iman tidak meningkat secara yang memuaskan – kita sendiri boleh rasa berdasarkan kecenderungan diri kita sekarang. Contohnya, jika dulu cepat melenting dan panas baran, apakah sekarang sudah bertukar kepada bersikap tenang dan penyabar?
Begitu jugalah halnya dengan mereka yang pergi menunaikan fardhu haji atau umrah. Mereka diwajibkan mengambil suntikan meningitis oleh pihak Arab Saudi. Apa hal pula dengan yang ini? Mereka ke sana hendak menyucikan diri daripada dosa. Sayangnya, belum sempat berbuat demikian, diri mereka dicemari dengan najis berderajat tinggi – haram, 100% tak halal! Mustajabkah doa dan permohonan mereka waktu di tanah suci? Itu jugalah sebab utamanya kita dapati bahawa setelah beberapa bulan pulang daripada tanah suci, ramai yang tak banyak berubah berbanding dengan sebelum mereka ke sana.
Menurut majlis fatwa – suntikan bahan haram tersebut dibolehkan kerana gantiannya belum ada. Masalah boleh, semua boleh tapi di sisi Allah betulke boleh? Dah lebih 20 tahun suntikan meningitis diwajibkan, pihak kita tidak berusaha menghasilkan suntikan serupa yang halal di sisi Islam. Yang adapun, benih asalnya diambil daripada bahan vaksin asal (maklumat daripada seorang doktor yang mempunyai lesen sah untuk menyuntik vaksin jenis itu) – haram jugalah! Apa salahnya kita redho saja tanpa suntikan. Jika kerana itu mati, rasanya syurga lebih dekat berbanding dengan jika ambil suntikan – wallahu a’lam!
Dah tahu ni, eloklah kita tanya tentang halal haram kandungan ubat yang akan ditelan. Yang punya diri kita, jika tersilap, kita sendiri yang menanggung akibatnya. Alam akhirat bukan tempat sementara. Kita buat sempadan mulai hari ini. Yang dah berlalu tu, kita taubat dan minta ampun daripada Allah. Muga-muga dapat keampunan dan berkat…
Itu dari segi Islam. Jika tak kisah halal haram, semua boleh makan!