web analytics

Rawatan Kesihatan Perubatan Islam di Rawatan Alternatif Dr Rasid & Nazar

Assalamu’alaikum…
Perubatan Islam di Pusat Rawatan Alternatif Dr Rasid & Nazar adalah rawatan kesihatan perubatan alternatif, bukannya komplimentari perubatan moden, untuk pesakit yang dah naik jemu menelan berbagai ubat (juga herba atau suppliment). Kunjungan anda ke laman sakitke.com ini amat dialu-alukan! Sakitke.com diwujudkan bukan bertujuan untuk bermegah ataupun mahu menunjuk-nunjuk kebolehan kami. Hasrat kami ialah untuk menyalurkan maklumat secara ikhlas tentang perubatan islam yang kami lakukan dan apa yang kami mampu bantu para pesakit supaya sihat, boleh beribadah dan boleh melaksanakan tugas harian dengan baik.

Jelasnya, laman ini khusus untuk pengunjung yang memerlukan maklumat tentang rawatan kesihatan alternatif yang tidak menyimpang daripada Islam. Ramai pesakit yang datang ke kami adalah mereka yang telah menjalani berbagai perubatan di pusat rawatan tradisional, perubatan islam, homeopathy, acupuncture, bekam dan juga yang telah berkali-kali ke doktor tapi masih tak sihat walaupun dos bertambah. Perlu difahami di sini bahawa kaedah rawatan kami bukanlah yang terbaik. Konsep yang perlu difahami ialah sakit bila sesuai dengan ubatnya, insya Allah akan beransur pulih.

Rawatan kesihatan perubatan alternatif islam yang kami laksanakan TIDAK TIPU. Kami tidak menjanjikan hanya sekali rawatan pesakit akan sembuh. Jika nak berubat sekali saja, silalah ke tempat lain! Lagipun, mana ada kaedah berubat yang sekali buat boleh baik? Yang ketara ialah ramai yang lima enam kali ke klinik ataupun ke hospital walaupun tidak merasakan penyakit yang dideritai kian reda, masih berulang-alik ke sana.  Malah ramai pesakit yang berkeadaan makin teruk! Anehnya, tiada tokmahan daripada pesakit – ada juga yang lepas itu berkata bahawa itu biasalah di hospital…

Di tempat kami, jika empat ataupun lima kali rawatan masih tiada kesan, pesakit patut menerima hakikat bahawa Allah dah hampir hendak menjemputnya kembali…

Semuga kunjungan anda di sakitke.com – laman perubatan islam tanpa ubat di Pusat Rawatan Alternatif Dr Rasid & Nazar tidak sia-sia serta mendapat rahmat Allah. Rawatan alternatif kami…

Dikemaskini pada 24hb Jun 2021.

XML Sitemap · Disclaimer · Privacy Policy · Terms Of Use
© Hak Cipta Terpelihara 2014 - 2024 · Pusat Rawatan Alternatif Dr Rasid & Nazar – Perubatan Islam Tanpa Ubat ·